HD Love Story:24

42 4 0
                                    

Bab 24

Pagi yang indah mereka bersarapan bersama sebelum Hanna pulang. Hanna bangun awal pagi kerana ingin membantu mak ngah.

"Morning kakak ku yang tersayang." Tegur Sarah yang baru sahaja bangun daripada tidur. Hanna memberi senyuman manis kepada Sarah.

Sarah memeluk Hanna. Dia sedikit manja ketika bersama Hanna. Dia bahagia kerana mendapat kasih sayang abang dan kakak walaupun bukan adik beradik kandung.

Haris menayang muka menyampah dengan Sarah. Suka hati sahaja peluk kekasih hatinya. Tunggulah dia melamar Hanna suatu hari nanti.

"Kamu ni Sarah bangun tidur terus peluk Hanna. Dah lah busuk tak mandi lagi." Perli mak ngah melihat anaknya yang manja dengan Hanna itu.

"Ishh mama ni Sarah dah mandi okay. Kak Hanna, Sarah wangi kan?" Soal Sarah sambil bibirnya muncung kedepan.

"Wangi adik akak ni." Lembut Hanna membalas soalan Sarah. Hanna meletakkan pinggan di meja makan. Sarah jeling lidahnya ke arah Haris yang sedang minum air.

Haris memberi side eye kepada Sarah.

Mereka semua berada di meja makan untuk makan bersama. Seperti biasa mesti Sarah yang paling kecoh di antara mereka semua.

Sesudah sarapan pagi hanna pamit meminta izin untuk pulang terlebih dahulu.

"Bawak kereta elok-elok kak. Jangan pecut akak dah lah bawak kereta macam esok nak mati." Perli Sarah. Hanna memberi jelingan maut kepada Sarah.

"Elok-elok bawak kereta ye Hanna. Nanti kalau ada masalah telefon sahaja kitaorang. Nanti Daniel tolong pergi tengok." Kata mak ngah. Haris yang berada disebelah mak ngah mengangguk.

Hanna tersenyum kepada mereka semua.

"Baik jangan risau Hanna berhati-hati bawak kereta nanti. Mak ngah jaga diri okay." Mak ngah mengangguk. Hanna menyalami mak ngah kemudian Sarah pula menyalaminya.

Haris hanya melihat mereka berdua salam dan cium Hanna sahaja sedari tadi. Kalau dia nak juga boleh.

Hanna tersenyum kepada Haris. Haris membalas senyuman Hanna.

Hanna masuk ke dalam kereta lalu bergerak pulang. Sempat dia melambai mereka semua.

Sarah dan mak ngah masuk ke dalam rumah. Haris pula masuk ke dalam keretanya. Dia  datang kesini kerana mempunyai urusan penting.

Laju Haris memandu pergi ke tempat yang diarah oleh seseorang.

Sampai sahaja ditempat itu Haris keluar dari perut kereta. Ramai bodyguard orang yang dia perlu berjumpa menjaga kawasan itu.

"Sorry jumpa siapa?" Soal bodyguard tersebut kepada Haris. Haris hanya melemparkan tatapan tajam kepada ke semua bodyguard yang berada di situ.

Soalan bodoh mereka tanya. Sudah tentulah jumpa bos mereka.

"Zayyan." Dingin Haris menjawab soalan bodyguard itu.

"Brayden?" Soal bodyguard tersebut kembali. Dia tidak nampak wajah Haris kerana Haris memakai penutup muka.

Haris membuka penutup mukanya apabila panggilan nickname dirinya diseru.

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now