Bab 27
"Aku terima nikahnya Hanna Delisya Binti Haziq dengan mas kahwinnya sebanyak seratus satu ringgit di bayar tunai." Dengan sekali nafas Haris melafazkan akad nikah.
Hanna berada tidak jauh dari Haris memandangnya teruja tidak sangka angannya terjadi juga. Balqish dan Aqil dengan muka tidak puas hati memandang Hanna dan Haris.
Baru sahaja dia ingin kenakan pasangan itu tetapi mereka berdua telah mengetahuinya terlebih dahulu.
Haris bangun setelah selesai bacaan doa lalu menghampiri Hanna untuk menyarung cincin pada jari manis milik Hanna. Hanna memerhati langkah suaminya yang menghampirinya. Ada senyum kecil terpancar di bibirnya.
Haris duduk didepan Hanna. Dia tersenyum sebelum mengambil cincin yang dihulurkan oleh mak ngah. Hanna menghulur jari manisnya kepada Haris. Haris memaut jari Hanna lalu memasukkan cincin berlian itu pada jari manisnya.
Hanna turut melakukan benda yang sama. Dia mengambil cincin lelaki yang dihulurkan oleh Sarah. Sarah tersenyum menyakat. Hanna menyarung cincin itu pada jari manis milik Haris.
Dia menyalam tangan Haris. Haris menarik kepala Hanna perlahan lalu cium. Sempat Haris membaca sedikit doa ringkas.
Mereka berdua pusing memandang kamera. Masing-masing tersenyum mesra.
"Thank you sudi terima I jadi suami you." Bisik Haris perlahan. Hanna tersenyum sebelum membalasnya.
"Saya yang patut cakap macamtu dengan awak. Saya tak sempurna. Aurat saya pun terdedah." Wajah Hanna berubah sedikit sayu. Haris menarik pinggang Hanna agar Hanna merapat dengan tubuhnya.
Hanna sedikit tersentak lalu toleh melihat Haris. Haris merapatkan mulutnya pada telinga Hanna.
"Jangan rasa diri you tak sempurna I lagi tak sempurna Hanna. Kita boleh berubah pada jalan yang lebih baik." Bisik Haris pada telinga Hanna. Dia menggenggam tangan Hanna.
Hanna tersenyum kecil.
"Kak Hanna tengok sini nak ambik gambar." Rungus Sarah geram melihat pasangan itu. Tahulah dirinya seorang sahaja single.
Hanna toleh apabila namanya diseru.
"Senyum honey bun." Tegas Haris berbicara. Serentak mereka berdua senyum.
"Congrats Daniel. Kau masih berhutang dengan aku." Perli Michel dengan wajah terpaksa. Dia hanya menunggu di luar masjid sahaja. Haris mengangkat bahu lalu tersenyum.
"Dah semua boleh pergi makan. Aku dengan bini aku lapar. Korang nak sweet, sweet sorang-sorang kami semua tak nak tengok." Bebel Aqil lalu meraut pinggang Balqish.
Balqish mengangguk. Bukan hannya Balqish Sarah turut sama mengangguk.
"Ikut kau lah Aqil. Jom Hanna kita makan." Haris menjeling Aqil lalu meraut pinggang Hanna menuju ke meja makan.
Mereka duduk beramai-ramai. Mereka berdua hanya menjemput keluarga dan rakan-rakan sahaja. Masing-masing seronok berbual. Haris menatap wajah Hanna yang tersenyum manis apabila disakat oleh Balqish dan Sarah .
"You look so pretty Delisya." Hanna sedikit terkejut apabila Haris berkata sebegitu. Dia pusing menatap wajah Haris. Haris tersenyum kecil sebelum menyuap nasi ke dalam mulut Hanna. Hanna menurut lalu membuka mulutnya.