Bab 16
Haris menatap tajam wajah dihadapannya. Sungguh dia benci dengan wajah tersebut. Sudah bagi peha nak petis.
"Kenapa tengok mak ngah macamtu?"
"Daniel dah kata kan Daniel tak nak Sarah. Jangan paksa kitaorang boleh tak? Sarah dah ada pilihan hati sendiri. Daniel pun dah ada pilihan. Kalau mak ngah nak duit Daniel boleh bagi setiap minggu. Please jangan paksa kitaorang ." Tatapan Haris berubah sayu sungguh dia penat hadap perangai mak ngah nya ini.
"Mak ngah tak perlukan duit tu. Mak ngah cuma nak kamu kahwin dengan Sarah sahaja. Fasal Sarah mak ngah akan suruh dia putus." Tegasan itu dapat membuatkan Haris meraup wajahnya. Haris mengeluh sebelum mengambil nafas panjang. Dia perlu selesaikan benda ni secepat mungkin.
"Mak ngah tolong. Daniel merayu. Daniel akan bagi apa saja yang mak ngah nak asalkan mak ngah tak kahwin kan kitaorang berdua." Haris menatap sayu wajah mak ngahnya. Dia berharap mak ngahnya berlembut hati dan mengubah fikiran.
"Mak ngah buat semua ni demi kebaikan kamu. Selama ni kami yang sentiasa ada dengan kamu. Balaslah jasa kami Daniel. Kamu tak sayang kami ke?" Soal mak ngah. Haris mengeluh sekali lagi.
"Mak ngah tak perlu risau semua tu Daniel akan balas jasa mak ngah."
"Balas jasa dengan want ringgit? Kami tak perlukan tu. Mak ngah cuma nak kamu kahwin dengan Sarah susah sangat ke?"
"Susah. Susah sebab dalam hati Daniel ni dah ada perempuan lain. Mak ngah Daniel cintakan dia mak ngah." Haris tidak berputus asa. Dia akan tetap menolak permintaan mak ngahnya. Mak ngah memberi jelingan kepada Haris.
"Ok mak ngah bagi kamu peluang yang penting perempuan tu baik dan hormat orang tua." Haris tersenyum gembira. Akhirnya dunia berpihak kepadanya.
"Mak ngah tak perlu risau dia baik dan pandai jaga hati orang tua."
"Kenapa awak nak jumpa saya? Ada benda penting ke? Or awak nak bagi nasihat lagi?" Soal Hanna tertanya tanya. Tiba tiba sahaja Haris muncul di tempat kerjanya. Haris ketawa mendengar soalan Hanna.
"You menganjing I ke apa? Kelakarlah you ni." Hanna memberi jelingan maut pada Haris. Orang tengah serious dia main main pulak.
"Okay sorry. Tak adalah I saja nak jumpa you. Nak tahu keadaan you ok atau tidak." Haris terus berhenti daripada bergurau selepas melihat wajah garang Hanna.
"Saya ok saja lah. Berkat nasihat awak saya terima dengan hati terbuka. Saya masih belajar untuk melupakan. Bukan senang tau nak move on ." Ucap Hanna . Haris pusing melihat Hanna. Dia terpegun dengan wajah manis Hanna. Manis berserta lesung pipit yang menaikkan lagi seri wajah Hanna.
"Bagus lah kalau you ok. Jangan bersedih lama lama . You berhak bahagia." Hanna tersenyum mesra dia suka berkawan dengan Haris.
"Awak tak ada quotes lagi ke? Saya sukalah quotes awak. Quotes awak dapat menambah semangat saya tahu?" Kata Hanna sambil menyelit rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga.
"You nak ke?"
"Mestilah nak."
"Sekejap I fikir apa eh. Ha jangan menyerah."