HD Love Story: 14

49 4 1
                                    

Bab14

Perlahan lahan Hanna membuka matanya. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Disamping Hanna terdapat seorang sosok yang setia menemani Hanna sewaktu Hanna di masuk kan ke hospital sehingga sekarang.

"Dah jaga. Kepala you sakit lagi?" Soal sosok tersebut. Hanna menggosok matanya untuk melihat sosok tersebut dengan lebih jelas sebelum dia menjawab soalan sosok tersebut.

"Dah ok sikit but awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu saya pengsan." Soal Hanna tertanya tanya. Sebelum dia pengsan yang ada berdekatannya cuma Sarah bukan sosok tersebut. Dimana Sarah dan Bagaimana sosok tersebut tahu keberadaanya di sini. Pelbagai soalan bermain di fikiran Hanna. Soalan itu dapat membuat kan kepalanya bertambah sakit.

"I tahu macam macam soalan yang you tertanya. Jangan terlalu banyak fikir. I will explain to you." Terang sosok tersebut

"Sebenarnya Sarah yang call I mintak tolong bawak you datang sini. I dengan Sarah cousin. Sarah dia dengan Balqish dekat luar."  Terang Haris. Dek kerana panik apabila Hanna pengsan Sarah terus menghubungi abang sepupunya untuk meminta pertolongan

"Awak dengan Sarah cousin Haris ?" Soal Hanna kembali.

"Yea kami berdua cousin. You tak perlu risau you pengsan sebab terlampau stress. Apa yang you fikirkan sampai you stress ni Hanna?" Haris menjelaskan keadaan Hanna mengapa dia pengsan. Hanna menunduk memaikan jari jemarinya apabila ditanya soalan itu.

"Entahlah terlampau banyak masalah yang saya hadapi. Eh kejap mana papa. Tadi hospital call saya diorang kata papa terlibat dengan kemalangan jalan raya. Mana papa saya?" Soal Hanna kerisauan.

"Papa you kritikal Hanna. Doktor kata dia 50/50. You nak jumpa papa you?" Tawar Haris. Hanna menganguk . Haris menolong Hanna untuk berdiri lalu memapah Hanna untuk bertemu Encik Haziq.

Haris membuka perlahan pintu wad Encik Haziq untuk memberi laluan kepada Hanna supaya masuk terlebih dahulu. Hanna memberi isyarat terima kasih. Hanna mendekati katil Encik Haziq. Kedaan Encik Haziq sungguh mengayat hati kecil Hanna. Ujian apa lagi yang Haris dia lalui. Dia sudah lelah.

"Papa jangan tinggalkan Hanna please." Rayu Hanna dalam esakan. Haris menggosok belakang badan Hanna agar sedikit bertenang.

"Hanna daripada you menangis macam ni baik you doakan untuk papà you supaya papa you kuat." Hanna mengangguk lalu menadah tangannya untuk sedekahkan alfatihah dan doa kepada Encik Haziq. Balqish dan Sarah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati mendekati Hanna untuk memberi sedikit semangat kepadanya.

"Ya Allah kau panjangkanlah umur papa ku ya Allah. Sesungguhnya kau yang menentukan qada dan qadarku ya Allah. Aku percaya dengan perancangan mu ya Allah." Hanna mengaminkan doanya. Mereka semua turut mengikuti Hanna.

"Hanna pergilah rehat. Papa kau biar aku jaga. Mesti kau penat kan." Arah Balqish. Riak muka Hanna terlampau lelah lebih baik dia suruh Hanna berehat sebelum Hanna pengsan lagi.

"Terima kasih beb." Hanna bangun untuk masuk kembali kedalam wad nya dibantu oleh Haris dan Sarah. Mereka membantu Hanna membawanya masuk semula ke dalam wad untuk berehat.

Mata Hanna tidak berhenti mengeluarkan air mata. Sungguh malang nasibnya. Langit seperti faham keadaannya . Hujan dan dingin. Hanna merenung jasad tak bernyawa papanya itu.

Apabila Hanna terjaga daripada tidur Haris memberitahunya tentang berita yang kurang bernasib baik. Encik Haziq pergi meninggalkan dirinya seorang diri dalam dunia yang penuh kejahatan ini. Mana janji papanya untuk sentiasa menemani dirinya ketika bersedih.

"Papa dah janji dengan Hanna tak nak tinggalkan Hanna kan tapi kenapa papà tipu Hanna. Mama papà pergi tinggalkan Hanna sorang sorang. Hanna tak kuat. Hanna dah penat papa. Kenapa papa tak bawak Hanna sekali jumpa mama? Kenapa papa pergi seorang diri? Hanna penat papa." Esakan Hanna mampu membuat orang di sekelilingnya turut simpati dengan apa yang terjadi.

"Hanna kau kena kuat. Janganlah sedih. Aku ada dengan kau kan. Aku Akan sentiasa teman kau."Kata Balqish turut menangis.

"Kak Hanna kena kuat tau jangan sedih sedih. Allah tak suka bila seseorang hambanya terus bersedih. Menangis boleh tapi jangan menyerah." Pesan Sarah.

Hanna menghapuskan air matanya. Dia melihat pusara Encik Haziq. Tanah masih merah petanda ianya baru lagi. Satu demi satu ucapan Hanna terima. Tetapi dia tidak mampu untuk membalas semuanya.

"Terima kasih." Ucap Hanna dengan suara serak dan mata sembab.



Hanna termenung di hadapan halaman rumah papanya. Mereka semua menemani Hanna. Aqil, Haris,Sarah dan Balqish turut berada sama. Hanna memandang kosong langit yang mendung itu.

"You nak tahu sesuatu tak Hanna?" Soal Haris yang tiba tiba muncul. Hanna toleh memandang Haris yang menghampirinya lalu duduk di sebelahannya.

"Apa dia?"

"I pernah dengar Habib Umar cakap benda ni. Sekarang I nak sampaikan ni kepada you. Habib Umar once said semakin kamu ikhlas, maka kamu akan semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita ingin itu yang terbaik menurut Allah . Sesulit apa pun keadaaamu, ajarilah hatimu agar selalu boleh menerima semua keadaan tanpa benci." Kata kata Haris sungguh dapat membuatkan Hanna tersentak. Bukan kerana terasa tetapi Bagaimana Haris tahu hubunganya dan Irfan.

"Awak dah tahu?" Soal Hanna memandang wajah Haris.

"Sarah dah cerita semua benda pada I. Belajar mengikhlaskan Hanna."

"Semua tu makan masa. Susah untuk saya lupakan. Semua masalah terjadi kepada saya dalam sekalip mata." Luah Hanna kembali.

"Hanna one day you will meet someone who is your destiny. Where you don't need to force your heart to love him. And you don't force him to love you. Because without asking you will continue to be together." Sedaya upaya Haris memujuk Hanna tetapi Hanna seperti sudah mati pucuk.

"Thank you you dah banyak bagi kata kata semangat dekat I. Start from now saya susah nak terima orang baharu . Sekarang saya nak berdamai dengan diri sendiri, berdamai dengan sesuatu yang tidak boleh diubah. " Hanna cuba menarik senyumannya walaupun kelat.

"Hanna you know what. Quran said dan lupakanlah mereka yang membuatmu sakit dan sedih. Ayat ni ada tertulis dalam surah at-taubah ayat 40. Lebih baik kita lupakan daripada kita menangung sakit. Sedangkan dia dah bahagia dengan pilihannya tetapi you meratapi pemergiannya . I tak nak push you Hanna. You dah besar you dah tahu mana baik mana buruk." Pesanan Haris mampu menusuk hati Hanna .

"Terima kasih." Itu sahaja yang mampu Hanna katakan. Dia tidak mampu bercakap banyak.

" Life is all about adjustment between your feelings and reality. There are so many situations in your life where you have to quit your feelings and accept the reality." Nasihat Haris kalini dapat menyedarkan Hanna. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Haris. Lebih baik melupakan daripada meratapi pemergian seseorang yang hanya mempergunakan kita.

"Terima kasih awak dah sedarkan saya. Betul apa yang awak kata tu. Jangan terlampau ikut perasaan sehingga menyakiti diri sendiri. " Hanna kembali tersenyum. Senyuman Hanna dapat membuat kerisauan Haris sedikit menghilang. Sungguh cantik senyuman itu. Senyuman yang terdapat lesung pipit. Indah sungguh ciptaan tuhan.

"You're welcome now you kena makan dari malam semalam you tak makan. Jom ikut I makan." Hanna menganguk mengikuti langkah Haris masuk ke dalam rumah.

TBC

Mungkin saya akan banyak update dalam sehari sebab saya nak hahiskan this story secepat mungkin🤍

Love Story (Hiatus)Where stories live. Discover now