"Kau jangan ingat kau tu dah bijak sangat, Cobra lagi bijak daripada kau." Kata tango di belakang Adam sambil mengacukan pistol di kepalanya.
"Owh? Yeke? Dia bijak ke macam bodoh je, or kau yang bodoh sebab ikut cakap manusia bodoh macam dia." Balas Adam sinis sambil pelahan-lahan mengeluarkan pistol jenis Glock 19 yang diselit pada poket seluar di peha kanan.
"Berani kau cakap aku bodoh!" Tango itu berang ingin memukul kepala Adam dengan pistol.
Tetapi Adam lebih pantas bertindak, dia mengelak dan melepaskan beberapa das tembakan pada kaki tango itu pada masa yang sama dia menepis pistol yang sedang dipegangnya. Lalu Adam menendang kuat perut tango sehingga lelaki itu terperosok masuk ke dalam sebuah bilik kecil dan pengsan di situ.
"Padan muka! Kata aku bodoh lagi." Bebel Adam puas hati melihat tango itu pengsan di atas lantai.
"Falcon 1. Send hostage location." Arah Adam kepada Peter di hujung talian, dia melangkah laju sambil pegang pistol diacukan ke hadapan, dia perlu berwaspada kerana tango ada di mana-mana saja.
"Falcon 1. Dragon 1, hostage ada pada jarak 10 meter di hadapan, bersama 3 orang tango, seorang hostage dan juga Komander Ismail." Balas Peter di bilik kawalan Ibu pejabat UTK dia cekak pinggang memerhati skrin yang memaparkan rakaman video dari kamera dron yang tersembunyi.
"Copy that."Adam berjalan terus ke hadapan ada sebuah pintu di situ. Pelahan-lahan Adam membukanya, rupanya ini pintu menuju ke arah rooftop bangunan. Adam mengintai untuk melihat kedudukan tango, hostage dan Komander Ismail.
"Macam mana? Ada berapa ramai Tango?" Tanya Jep yang baru muncul bersama Tapir selepas menyelesai menewaskan beberapa orang tango di selatan bangunan.
"Tango ada tiga orang, tapi seorang bersama hostage. Bila aku dapat N2.O tu kauorang bertindak, Tapir kau selamatkan hostage, Jep hapuskan tango di belakang Komander Ismail. Clear? Bertindak sekarang!" Tegas Adam memberi arahan, pelahan-lahan mereka keluar ke rooftop dan bersembunyi di belakang tong besar. Kini jarak mereka hanya beberapa meter dari tango.
"Dragon 1. Falcon 2, buat syarat untuk baling N2.O dan dia tolak Rooster, buat pertukaran serentak." Kata Adam kepada Komander Ismail di talian kerana dia ada rancangan terbaik yang ingin di laksanakan.
"Copy." Balas Komander Ismail pelahan. Dia tahu dia boleh harapkan Adam untuk menyelesaikan misi ini.
"Bagi aku N2.O tu." Arah tango tegas sambil mengacu pistol ke arah Rooster yang diikat pada sebuah kerusi beroda.
"Boleh tapi kita deal serentak, aku baling N2.O kau tolak dia pada aku." Kata Komander Ismail sambil menunjuk bag berwarna oren berisi cecair N2.O.
Tango mendengus kasar mendengar kata-kata Komander Ismail. Jika dia sudah dapat N2.O dia akan membunuh dua orang polis ini.
"Okay, aku pun dah bosan tunggu lama sebab boss aku pun nak cepat. jom kita mula, 1.... 2... 3!!" Selepas melakukan kiraan, tango itu menolak kerusi Rooster ke arah Komander Ismail.
Manakala Komander Ismail membaling bag berwarna oren ke arah tango sebagai pertukaran.
Apabila melihat Komander Ismail membaling tinggi bag itu ke udara. Adam berlari dan melompat menangkap bag itu lalu dengan pantas dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua tango di hadapannya.
Jep turut bertindak menembak tango di belakang Komander Ismail dan Tapir berlari menyelamatkan Rooster yang hampir terjatuh dari bangunan kerana di tolak kuat oleh tango tadi.
Rooster cemas apabila kerusi beroda ini bergerak laju menuju ke kawasan terbuka yang tiada penghadang, mujur ada Tapir sempat menarik kerusinya.
"Good job semua, kita berjaya kali ini. Saya akan bawa balik N2.O ke makmal semula. Terima kasih untuk hari ni." Komander Ismail memuji pasukannya yang tangkas dan bijak mengatur strategi.
YOU ARE READING
Lelakiku (C)
Horror(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tu...