Hawa menyusun beberapa bekas lauk untuk nasi lemak di atas meja panjang yang terletak berdekatan dengan pintu masuk restoran. Semasa Hawa sedang leka menyusun makanan di atas meja tiba-tiba dia berasa ada seseorang sedang berdiri rapat di belakangnya. Pelahan-lahan Hawa menoleh.
"Hah!!" Sergah Adam.
Terjatuh senduk yang sedang Hawa pegang kerana terkejut. Dia mengetap bibir memandang Adam yang sedang tertawakan dia.
"Eee.... Apa masalah awak ni?!" Marah Hawa, laju kakinya memijak kaki Adam kemudian dia menyusun langkah meninggalkan lelaki itu. Puas hatinya.
"Argh! Sakit la! Mana aci main pijak-pijak kaki ingat ni permainan pepsi cola ke?" Bebel Adam sambil menahan kesakitan kakinya di pijak oleh Hawa.
"Nescafe tarik kaw!" Laung Adam sambil mengintai ke arah dapur. Terukir senyuman di bibirnya.
Adam mencedok makanan kegemarannya bihun goreng dan rendang daging lalu diletakkan di atas pinggan. Kemudian dia mencari tempat duduk untuk mengisi perut yang kelaparan ini.
"Nah." Kata Hawa sambil meletak secawan nescafe kaw di hadapan Adam.
"Oi mochi sini kejap." Panggil Adam apabila melihat Hawa mula melangkah menuju ke dapur.
Hawa mengecilkan anak matanya memandang Adam kerana sakit hati lelaki itu menggelarnya dengan nama mochi.
"Nama saya bukan Mochi la, awak nak apa?" Merungut Hawa..
"Kak Huda dengan anak dia mana?" Tanya Adam sambil memandang sekeliling.
"Kak Huda pergi kedai, nak apa-apa lagi ke?"
"Air ni tak sedap, pergi buat lain." Kata Adam dengan nada suara serius, sudah mula rancangan nakalnya.
Berkerut dahi Hawa mendengar kata-kata Adam.
"Apa yang tak sedapnya, minum je la." Ujar Hawa tidak puas hati.
"Kau lupa ke customer always right. Pergi buat lain." Arah Adam lagi sambil sandarkan tubuhnya pada kerusi dan menyilang tangan di dada.
Hawa mendengus kasar mendengar kata-kata Adam, dia mengambil cawan nescafe dan dibawa ke dapur semula.
Tidak lama kemudian Hawa datang membawa air nescafe tarik kaw yang baru untuk Adam.
"Tak sedap. Aku tak suka." Kata Adam yang baru saja rasa seteguk, dia menolak cawan ke hadapan Hawa.
Hawa melepaskan keluhan kasar melihat sikap Adam yang seolah-olah mahu mengenakannya. Dia berjalan sambil menghentak kaki menuju ke dapur.
Adam mengukir senyuman sendirian melihat Hawa yang sedang kemarahan itu. Apabila Hawa keluar dari dapur Adam berpura-pura memandang ke arah telefon bimbitnya dengan riak wajah yang serius.
"Nah! Awak jangan nak complain lagi." Marah Hawa sambil cekak pinggang sambil meletak secawan nescafe tarik kaw di hadapan Adam.
"Air apa kau buat ni? Tak sedap. Pergi buat lain, aku nak air nescafe rasa nescafe." Kata Adam sinis sambil menolak cawan ke hadapan Hawa.
"Eee...!" jerit Hawa geram sambil menghentakkan kakinya, kemudian dia menepuk permukaan meja.
"Ini kali ketiga tau awak suruh saya bancuh air. Tu air nescafe la, ada ke air nesacafe rasa sirap! Awak jangan sampai saya uli awak sampai jadi pau tau." Merungut Hawa geram dengan sikap Adam yang suka membuli itu.
"Okay la aku suruh kau bancuh air nescafe rasa nescafe kalau aku suruh kau bancuh air nescafe rasa teh tarik, lagi kau pening." Balas Adam sambil menjongetkan kedua-dua keningnnya.
YOU ARE READING
Lelakiku (C)
Horror(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tu...