BAB:22

12.4K 442 34
                                    

Tuk! Tuk! Adam berjalan menuju ke pintu sambil menyarung kemeja berwarna hitam pada tubuhnya. Dia tahu pasti Hawa yang mengetuk pintu tidak henti daripada tadi.

"Nak apa?" Soal Adam apabila pintu bilik di buka luas.

Bulat mata Hawa melihat dada Adam yang terdedah, dia mengukir senyuman memandangnya.

"Err.. saya nak tengok suami saya la. Nak tolong butang kan baju boleh?" Hawa mendekatkan jarak mereka dan jari jemari ligat memasukan butang baju ke dalam lubangnya.

Berkerut Adam memandang Hawa, tangannya memeluk pinggang Hawa lalu menariknya rapat ke dada dia.

"Ya pun, tak payah buat kerja dekat depan pintu ni." Sindir Adam sambil menutup pintu bilik.

Hawa berdebar apabila Adam memeluk pinggangnya, pelahan-lahan tapak tangan dia mengusap dada tegap Adam ini.

"Awak.. kerja apa sebenarnya? Kenapa tiba-tiba nak pergi kerja?" Soal Hawa hairan. Mana la dia tak mencurigai Adam, tengah berbahagia berjalan sambil menunggang Virgo tiba-tiba Adam ajak balik kata kena pergi kerja. Pakaian Adam pula Kemeja dan slack hitam membuat hati Hawa semakin tidak tenang.

"Nanti la aku beritahu kau. Sekarang ni nak pasangkan butang ke tak?" Soal Adam pula apabila Hawa tidak berhenti mengusap dadanya.

"Nak la tapi saya nak tahu awak kerja apa. Lama ke awak pergi kerja?" Jari jemari Hawa ligat memasang butang pada baju kemeja ini.

"Aku akan beritahu kau juga nanti, malam ni aku tak balik. Jangan lupa makan, kunci pintu and jangan makan jajan banyak sangat." Pesan Adam sambil mengemaskan baju kemeja masuk ke dalam seluar selepas itu dia memasang tali pinggang warna sedondon supaya kelihatan lebih kemas.

"Saya mana pernah lupa makan sebab hobi saya ialah makan tapi saya suka jajan. Bosan la awak tak ada." Kata Hawa sambil memeluk Adam daripada belakang dan mencium belakangnya berkali kemudian menyandarkan pipinya di belakang badan Adam.

Adam mengukir senyuman melihat perbuatan Hawa yang manja ini, dia memusingkan tubuh menghadap isterinya.

"Kau nak pergi rumah Kak Huda? Abang Hud tak ada. Kalau nak aku hantar." Kata Adam sambil meletak tapak tangan atas kepala Hawa.

Hawa menggeleng kepala pelahan.

"Tak nak la, nak duduk dekat rumah je. Nak tengok movie sambil makan jajan." Balas Hawa sambil tersengih sengaja di pekatkan perkataan jajan itu.

"Jangan makan jajan banyak sangat, kolestrol tinggi. Tukar la snek dengan buah ke kacang tanpa garam ke esok aku belikan kau kacang biji gajus as your snek, biji gajus tu untuk makan bukan untuk buat benih pula ." Sindir Adam diiringi ketawa sambil melipat lengan baju kemejanya hingga paras siku.

Hawa mengentap bibir mendengar Adam membebel sempat pula lelaki ini tertawakannya.

"Ya tahu la. Patut la ada eightpack, tak makan jajan rupanya." Kata Hawa sambil menepuk perut Adam, kemudian dia memeluk pinggang Adam lalu sandarkan pipi pada dadanya.

"Take care, buat kerja elok-elok." Pesan Hawa, tenang dia mendengar degupan jantung Adam.

"Kau jangan risau la, jom hantar aku ke motor." Ajak Adam sambil mencapai tudung Hawa yang tersangkut pada Almari dan disarungkan di kepala Hawa.

"Esok belikan saya pau tau, saya nak lima." Kata Hawa manja sambil memeluk lengan Adam, mereka berjalan menuju ke pintu utama rumah kampung ini.

"Banyaknya, cacing dalam perut nak buat kenduri ke?" Risau Adam apabila Hawa tidak kawal permakannya, risau ada penyakit lain yang datang.

"Biar la, saya suka. Makan sikit tak puas kena makan banyak." Balas Hawa, baginya kalau nak makan biar makan betul-betul bukan setakat merasa sikit-sikit.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now