BAB:27

11.2K 477 33
                                    

Usai membaca surah Yasin dan Al Fatihah, Adam menadah tangan berdoa supaya Allah mengampuni segala-gala dosa kedua ibubapanya yang telah meninggal dunia. Walaupun sudah hampir 9 tahun ibu pergi meninggalkan dia, hatinya tetap sedih setiap kali datang ke kubur arwah ibu.

"Assalamualaikum... Ibu, Adam rindu ibu. Adam datang ke sini sebab nak beritahu yang Adam dah berkahwin dengan seorang perempuan yang comel. Dia yatim piatu dan memerlukan seseorang melindungi dia, Adam mengaku Ibu, perkahwinan ini terjadi sebab kasihan dengan dia. Tapi bila tahu dia menipu, Adam kecewa sangat. Kenapa ibu? Adam dah sayang dia ke? Sejak ada dia muncul, Adam rasa lain sangat." Luah Adam sendirian sambil mengusap batu nisan yang menghiasi pusara Arwah ibunya. Sebak perasaannya ketika ini apabila mengenangkan apa yang telah terjadi.

Adam mendongak memandang langit sesekali dia melepaskan keluhan. Wajah Hawa menerjah di dalam fikirannya, tiba-tiba terbit perasaan rindu di dalam hati ini. Mungkin Hawa salah kerana menipu tetapi dia berhak mendapat kemaafan kerana apa yang telah berlaku tidak boleh diputarkan masanya kembali. Sebagai manusia yang beriman kita percaya pada qada dan qadar Allah SWT.

"Ya Allah berikan lah ketenangan hati agar aku tabah menghadapi semua dugaan ini. Buka kan la pintu hati aku untuk mencintai dia seperti mana dia mencintai aku." Ujar Adam sendirian sambil memandang ke arah langit yang membiru, dia belajar untuk mencintai walaupun sukar tetapi dia tak akan berputus asa untuk mempelajarinya.

Jari jemari Adam ligat mencabut rumput yang tumbuh liar di atas pusara ibunya. Kemudian, dia menanam pokok dan menabur batu sungai di atasnya. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti seperti ini, membersih dan menghias pusara wanita yang paling dia sayang. Semasa sedang leka membuang daun kering di sekeliling pusara ini, telefon bimbitnya berlaku menandakan dia menerima panggilan telefon daripada seseorang. Berkerut dahinya melihat nama Ustaz Ishak di skrin telefon bimbitnya, apa tujuan lelaki ini menghubunginya?

"Assalamualaikum.. Adam dekat mana? Free ke? Boleh jumpa sekejap dekat warung Pak Hassan, sekarang ya." Ujar Ustaz Ishak di hujung talian.

"Waalaikumussalam... Sekarang? Kenapa Ustaz nak jumpa saya?" Soal Adam hairan, apa yang penting sangat sehingga Ustaz Ishak terburu-buru mahu menemuinya.

"Datang je la, nanti kamu tahu la." Kata Ustaz Ishak sebelum menamatkan panggilan telefon ini.

Adam mula berasa tidak tenang, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tiba-tiba hatinya berdebar memikirkan apa yang akan berlaku sebentar lagi.

"Assalamulaikum... Ibu, Adam balik dulu, In Shaa Allah kalau Adam free nanti Adam akan datang dengan Hawa." Ujar sambil memegang batu nisan sebelum bangun dan melangkah menuju ke motorsikal. Hatinya diselubungi pelbagai persoalan sejak Ustaz Ishak menghubunginya mengatakan hasrat ingin bertemu.

🍄🍄🍄🍄

Setelah hampir 2 minit menunggang motorsikal, Adam tiba di hadapan tiba di hadapan warung Pak Hassan.

"Kenapa Ustaz nak jumpa saya?" Soal Adam sambil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Ustaz Ishak.

"Minum-minum la dulu, Adam nak makan apa? Ustaz belanja." Kata Ustaz Ishak sambil memegang tangan Adam.

Berkerut dahi Adam mendengar kata-kata Ustaz Ishak, lain macam baik orang tua ni. Hati dia semakin tidak tenang kerana seperti ada udang disebalik batu.

"Saya tak nak minum. Ustaz terus terang la, nak apa sebenarnya?" Adam tidak suka berdolak dalih, berterus terang lebih baik supaya segala urusan dapat diselesaikan dengan segera.

"Okay, macam ni la. Saya nak sangat Pusat Equin tu. Saya sanggup bayar RM500 ribu pada kamu."

Adam menggeleng kepala pelahan.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now