Commando Training Camp, US:
"Commando! Today you have three challenges you need to settle in five minutes. First, SCUBA, where you have to dive with your hands tied and untie them in two minutes. Second, you must reassemble the weapon in one minute; third, for confident shooting, you need to settle in 2 minutes! Understand?!" Terang General David sebagai jurulatih di Commando Training Camp, dia ditugaskan mengatur strategi latihan untuk setiap anggota tentera dan polis yang menyertai latihan ini.
"Yes sir!" Jawab 20 orang pelatih dengan tegas dan penuh semangat. Masing-masing lengkap memakai baju tempur berwarna hitam dan juga bertopeng full face hanya dua pasang mata saja yang tidak di tutup supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas ketika menjalankan latihan ini.
"Good! Move now! Move! Move!" Arah General David tegas sambil tunjuk ke arah kolam renang panjang 20 meter lebar 10 meter dengan kedalaman 3 meter.
Adam bersama pelatih lain terjun ke dalam kolam renang dalam keadaan tangan di ikat di hadapan. Mereka duduk di dalam kolam renang tanpa bantuan alat pernafasan atau oksigen masing-masing perlu belajar mengawal penafasan ketika berada di dalam air. Adam menggunakan hujung jari membuka simpul ikatan tali ini, setelah sedaya berusaha membuka ikatan tali yang tersimpul mati, akhirnya Adam berjaya melepaskan diri.
Sejauh 20 meter Adam berenang sebelum naik ke atas darat. Adam mengerling jam tangannya, dia mengukir senyuman kerana berjaya menyelesaikan tugasan pertama kurang dari dua minit. Kemudian, dia berlari ke arah padang di mana di sana tugasan kedua bermula. Adam mengukir senyuman melihat komponen pistol jenis Glock 19 yang berterabur di atas tanah, dia mengambil satu persatu komponen pistol lalu di pasang dengan pantas, dia perlu melakukannya kurang dari satu minit.
Selesai memasang setiap komponen pada badan pistol, Adam mengacu pistol ke arah atas dan melepaskan satu das tembakan menandakan tugasan keduanya telah selesai.
Adam berlari ke Point C yang terletak tidak jauh dari point B. Dia berjalan laju sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah board di mana di hadapan board berdiri seseorang sambil memegang belon di tangan kiri dan kanan serta kepit belon menggunakan kedua-dua lutut. Jika ada yang tercedera, latihan ini dikira gagal keseluruhannya.
Belon pertama berjaya dipecahkan, Adam terus melepaskan tembakan ke arah belon kedua tiba-tiba satu jeritan kuat kedengaran. Adam tidak perduli dengan apa yang sedang berlaku, dia tetap meneruskan tugasannya, satu das tembakan dilepaskan ke arah belon ketiga.
"Yes!" Adam sorak kegembiraan kemudian dia mengacu pistol ke langit lalu melepaskan beberapa das tembakan menandakan dia berjaya menyelesaikan ketiga-tiga cabaran yang telah di beri.
"Congratulations, commando. You successfully finish all challenges in less than 5 minutes. You have already created a new record; Komander Ismail will be proud of you." Kata General David sambil berjabat tangan dengan Adam, dia turut bangga kerana telah menemui seseorang mampu mengalahkan rekod latihannya.
"Thank you, sir, all is because of you." Balas Adam dengan penuh bangga kerana telah mengharumkan nama negara. Dia berjanji akan menjadi seorang anggota pasukan UTK yang beribawa dan juga setia pada pasukan serta negara.
Selesai saja latihan di padang, pelatih di minta masuk ke dalam dewan untuk berlawan sesama mereka menggunakan pisau, tiada sesiapa di benarkan tercedera. Latihan ini adalah untuk menguji kepantasan setiap anggota ketika berlawan dengan musuh menggunakan senjata tajam seperti pisau dan lain-lain.
"Hai buddy, you will die today!" Kata John salah seorang anggota tentera Israel.
Adam menanggalkan tshirt hingga terserlah eightpack miliknya, kemudian dia mengurut bahu yang lenguh.
YOU ARE READING
Lelakiku (C)
Horror(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tu...