BAB:38

13.7K 493 127
                                    

"Welcome,Datuk Seri Rahim. Thanks sebab sudi datang sempena majlis pelancaran my new hotel." Cobra menyambut kedatangan Datuk Seri Rahim hadapan STAR Hotel. Mereka saling berjabat tangan, Datuk Seri Rahim salah seorang jutawan yang paling berpengaruh di Malaysia.

"Dulu arwah ayah you baik sangat dengan I. So, demi mengenangkan jasa baik dia tak salah pun kalau I tolong anak dia yang dah berjaya ni." Balas Datuk Seri Rahim sambil mengusap lengan Cobra.

"Betul ayah saya kata, Datuk baik sangat. Hari ini demi datuk saya mengajak ramai wartawan untuk sebarkan kebaikan Datuk. Jom kita ke dewan utama sebab dah ramai wartawan tunggu di dalam. Demi Datuk saya tak bagi sesiapapun menginap di sini, hari ni hanya milik kita-kita." Cobra mengiringi Datuk Seri Rahim masuk ke dalam dewan yang telah dipenuhi beberapa orang tetamu VIP dan juga sepuluh orang wartawan.

"Bagus kamu ni, pandai ambil hati saya." Datuk Seri Rahim mendaki anak tangga naik ke atas pentas bersama Cobra.

"Assalamualaikum, semua. Terima kasih yang sudi hadir ke majlis pelancaran hotel baru saya yang serba indah ini. Welcome to my world!" Lantang Cobra bersuara, dia mengangkat tinggi tangannya yang memegang senjata jenis Heckler & Koch UMP9 lalu dia melepaskan beberapa das tembakan ke siling dewan ni.

Beberapa orang di dalam dewan lari bertempiaran kerana ketakutan bunyi senjata itu tetapi malangnya pintu dewan di tutup rapat dan di kunci dari luar.

"Diam!! Diam atau aku tembak! Duduk!!" Arah Cobra nada suara meninggi sambil mengacu senjata ke arah para tetamu yang hadir yang telah dijadikan sebagai tebusan.

Beberapa orang pengikut Cobra turut mengeluarkan senjata masing-masing dan melepaskan tembakan kepada semua bodyguard Datuk Seri Rahim. Telefon bimbit semua tebusan di rampas, mulut serta tangan mereka diikat.

"Apa semua ni Haikal?" Soal Datuk Seri Rahim terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Dia mengigil ketakutan apabila Cobra mengacu senjata ke arahnya.

"Nama aku Cobra bukan Haikal. Nama Haikal dah mati sejak kau bunuh bapa aku! Kau khianat dia, kau fitnah dia,kau pecah amanah! Sebab kau la dia mati bunuh diri! Abang aku pula masuk penjara. Aku? Aku terkontang kanting nak sambung belajar tapi tak ada duit, minta bantuan sana sini tak dapat. Tetapi hanya seorang lelaki baik hati tolong aku tapi malangnya dia pengganas. Aku tetap sambung belajar dengan duit yang dia tinggalkan dan aku nekad nak meneruskan legasi dia, Syed Sallehuddin pengganas paling ditakuti. Aku kagum dengan dia." Cobra berjalan mengelilingi Datuk Seri Rahman sambil mengacu senjata di kepalanya.

" Aku minta maaf, aku minta maaf." Merayu Datuk Seri Rahim melutut di kaki Cobra.

Cobra ketawa besar melihat perbuatan Datuk Seri Rahim yang ketakutan ini, dia berasa bangga apabila semua orang melutut dihadapannya.

"Maaf? Dah terlambat, sekarang ni kau mengucap dan bertaubat sebelum aku tamatkan nyawa kau sekejap lagi tetapi sekarang ni aku nak minta duit berjuta-juta dekat pasukan khas polis. Setakat minta N2.O tak cukup so kita minta N2.O then kita minta duit nak renovate hotel ni. Aku nak satu malaysia tahu kau ni pengkhianat, kaki rasuah!" Jerkah Cobra, kemudian dia meludah ke wajah Datuk Seri Rahim, dia benci lelaki ini sejak bapa dia meninggal dunia lagi.

Cobra berjalan menuruni anak tangga mendekati 30 orang tebusan yang sedang menangis ketakutan

"Kau orang nak tahu tak Datuk Seri Rahim yang kauorang sanjung sayang ni pengkhianat, kaki tipu, kaki rasuah. Dia la punca bapa aku bunuh diri! Semuanya dia! Wartawan jangan lupa tulis fakta ni, aku tahu berita ni jadi tajuk utama berita seluruh dunia. Kalau tak aku bunuh semua wartawan." Jerkah Cobra, dia mengacu pistol kepada seorang wartawan.

"Fa... fa.. hamm.."Menangis wartawan perempuan ini kerana terlalu takut apabila senjata jenis HK UMP9 diacu tepat di dahinya.

"Bagus, tapi aku rasa gagap kau ni teruk sangat la, apa kata aku hilangkan." Cobra melepaskan beberapa das tembakan di kepala dan dada wartawan itu tanpa belas kasihan.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now