BAB:40

12.6K 455 98
                                    

Beberapa bulan kemudian....

Hafizah memasang butang baju kemeja satu persatu,kemudian dia mengikat tinggi rambutnya. Tudung bawal dicapai dan disarungkan dikepala. Dia menoleh memandang Mamat yang sedang bersandar pada dinding pondok usang sambil menghisap rokok.

"Lain kali cari la tempat best sikit nak beraksi, sakit pinggang tahu tak?" Merungut Hafizah sambil mengurut pinggang yang lenguh.

"Kau yang tak sabar, raba sikit terus je buka tudung, buka baju. Aku ni dah la pantang nampak benda buka-buka ni." Balas Mamat sambil scroll telefon bimbitnya melihat rakaman video yang di ambil ketika dia dan Hafizah sedang beraksi.

"Tangan kau gatal kan jumpa aku je nak raba sana sini, aku jumpa kau nak tanya pasal Adam je. Bila kau nak pujuk Adam ambil aku bekerja balik dekat Pusat Equin tu." Hafizah mendekati Mamat dan duduk atas riba lelaki ini. Dada lelaki itu yang terdedah di usap pelahan.

"Kenapa kau nak kejar lagi si Adam tu? Dia dah bahagia la dengan isteri dia. Apa kata kau stay je dengan aku, kita bahagia bersama. Kau pun suka kan beraksi dengan aku." Hafizah melepaskan keluhan kasar mendengar kata-kata mamat dia bingkas bangun dan melangkah keluar dari pondok usang di dalam ladang getah yang sering menjadi tempat mereka menempiaskan nafsu.

"Aku tak nak kau miskin. Aku nak Adam dia ada harta ada tanah, ada Pusat Equin, handsome and ada motor besar. Kau bukan ada apa pun, dah la aku nak balik la. Tak best la dengan kau hari ni, baik aku beraksi dengan Ezad lagi best." Sindir Hafizah sinis, dia menunggang motorsikal meninggalkan ladang getah ini sebelum itu dia memandang kiri kanan ingin memastikan tiada orang yang nampak dia di sini.

"Dasar perempuan nafsu binatang, aku punya la hebat boleh kata tak best. Anak ustaz tapi perangai syaitan. Memang patut pun Adam tak nak dekat kau, sebab perangai macam bohsia lapar nafsu." Bebel Mamat sendirian sambil memerhati Hafizah yang semakin jauh dari pandangannya. Mamat kembali melayan video yang dia rakam tadi sesekali dia berasa ghairah, dia menyebarkan video tadi kepada kawan-kawannya kerana mereka ingin melihat bagaimana anak ustaz beraksi di ranjang. Jika Hafizah tahu pasti wanita itu mengamuk tetapi dia tidak kisah semua itu janji dia dapat habuan hasil menjual video itu.

*********
Selepas Hafizah parking motorsikal,dia melangkah masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke ruang dapur. Dia membetulkan tudung dan baju agar kelihatan kemas sebelum mendekati Puan Rozana dan Ustaz Ishak yang sedang menikmati minum petang di meja makan.

"Abah, kenapa Hawa tu ada dekat kampung ni? Kata nak halau dia. Fizah tak sabar nak kahwin dengan Adam ni." Merungut Hafizah sambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan Ustaz Ishak yang sedang tekun membaca surat Khabar sambil menghirup tea o suam.

"Betul tu, bila abang nak halau pelacur tu? Buat malu kampung kita je ada bela pelacur. Abang kena la tegas sikit buat kerja tu, jangan bagi orang pijak kepala abang. Budak Adam yang baik mana la sepadan dengan pelacur tu, dia sepadan dengan perempuan baik macam anak kita je." Puan Rozana menyokong kata-kata Hafizah, dia turut tidak sabar mahu melihat Hawa di halau keluar dari kampung ini.

"Sabar la sikit, abang sibuk la dua tiga bulan ni banyak kursus. Tapi bulan ni abang akan pastikan budak perempuan tu keluar dari kampung ni dah Fizah akan berkahwin dengan Adam." Ujar Ustaz Ishak penuh yakin. Dia sudah merancang sesuatu yang menarik agar gadis comel itu keluar dari kampung ini tetapi sebelum itu dia perlu melakukan sesuatu bagi memuaskan nafsu serakahnya.

"Bagus la abah ni, lepas Fizah tak sabar nak tengok perempuan tu kena halau macam anjing kurap. Pelacur macam Hawa tu memang tak layak hidup la sebab memalukan Adam je. Apa la yang Adam suka sangat dengan gemuk tu. Dah la gemuk lepas tu pelacur." Hafizah tidak puas hati kerana Adam tidak pernah langsung memandang ke arahnya, dia sudah cukup sempurna untuk lelaki itu tetapi perempuan tak cukup tinggi itu juga la yang di pandang.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now