BAB: 20

13.2K 511 33
                                    

"Arghhh!!!" Suara menjerit yang datang dari dapur mengejutkan Adam yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Berlari dia ke dapur untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Kenapa ni? Kau okay tak?" Tanya Adam gelisah apabila melihat Hawa sedang duduk di atas meja makan, dia menuruni anak tangga dan mendekati isterinya.

"Tu.. tu... binatang tu?" Ujar Hawa ketakutan sambil memeluk kedua-dua lututnya.

"Apa dia? Binatang apa?" Soal Adam sambil mencapai parang panjang yang disorok di bawah kabinet dapur.

"Mana binatang tu?" Adam tunduk mencari binatang yang dimaksudkan oleh Hawa.

"Ada tu bawah tong sampah tu, dia berjalan ke sana." Adam mengalih tong sampah menggunakan parang panjang ini, seekor lipas keluar dari celah tong sampah dan berlari masuk bawah kabinet.

"Ha! Tu dia dah keluar dah! Dia masuk bawah kabinet! Cepat bunuh dia dengan parang tu! Cepat la!" Jerit Hawa sambil menunjuk ke arah kabinet dapur.

Adam cekak pinggang sambil melepaskan keluhan kasar.

"Binatang tu lipas? Menjerit bagai nak rak tu sebab lipas? Kau suruh aku bunuh lipas guna parang?" Soal Adam tidak puas hati, dia punya la ingat ular atau binatang berbahaya lain tetapi rupanya seekor lipas kecil.

"Tu bukan sebarang lipas tau kalau dia terbang nama dia binatang warna pink tak ada leher tu. Nama dia oink oink." Balas Hawa yang sangat geli dengan binatang bernama lipas itu.

"Lipas je pun, kau pijak terus mati lipas tu." Sindir Adam sambil menyimpan parang di bawah kabinet dapur dan melangkah mendekati Hawa yang masih duduk di atas meja makan.

"Kan saya cakap dia bukan sebarang lipas la." Balas Hawa geram kerana Adam tertawakan dia.

"Yela, apa-apa je la turun dari meja ni tak baik duduk dekat atas meja tempat kita makan." Adam menghulur tangan kepada Hawa ingin mengajaknya turun dari meja ini.

"Tak nak takut." Meregek Hawa sambil tunduk memandang lantai, risau jika lipas tadi munculkan diri lagi.

"Habis tu? Kau nak tidur dekat sini?" Perli Adam kerana geram mendengar kata-kata Hawa.

" Tak nak la tidur dekat sini tapi saya takut nak turun."

"Naik belakang, aku gendong kau." Kata Adam sambil membelakangi Hawa.

Hawa mengukir senyuman mendengar kata-kata Adam, pelahan-lahan dia memanjat belakang Adam dan memaut lehernya erat. Manakala kedua-dua lututnya dipegang oleh Adam. Dia melentok kepala di atas bahu suaminya yang sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

"Erm.. aku nak tanya something tapi asyik lupa je, dekat kampung kau tak ada pakwe ke? Risau pula kalau aku ni rampas makwe orang." Soal Adam
berminat dengan kisah hidup Hawa.

Dia masih menggendong Hawa dan berjalan pelahan menuju ke bilik.

"Tak ada siapa nak dekat saya. Saya tak cantik, tak slim macam perempuan lain. Tapi kelebihan saya tak suka membazir makanan." Jawab Hawa penuh bangga kerana dia bukan manusia yang suka membazir.

"Kau cantik di mata orang tepat and one more thing, semua ciptaan Allah tu indah termasuk la kau.So, kau kena yakin pada diri tu." Kata Adam sambil meletak Hawa atas katil lalu dia berdiri mengadap Hawa.

"Kecantikan tak terletak pada rupa paras tp hati dan sikap seseorang. Dah malam, ni jom tidur." Kata Adam lagi sambil meletak tapak tangan atas kepala Hawa sebelum dia melangkah menuju ke sebelah kanan katil.

Hawa mengukir senyuman mendengar kata-kata Adam, dia memerhati gerak-gerinya yang sedang baring sambil mengereng kemudian menutup matanya. Hawa baring mengereng mengadap Adam lama dia merenung wajah lelaki ini.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now