BAB:35

13.5K 468 46
                                    

Adam menyarung uniform celoreng UTK pada tubuhnya, setelah berasa sempurna dia melangkah keluar dari bilik loker ini. Dia merenung gambar Hawa pada skrin telefom bimbit, terbit perasaan rindu pada isterinya ini. Tiada apa yang dia harapkan kecuali Hawa diberikan ketenangan hati dan juga dilindungi dari mara bahaya.

"Oi! Bila hang mai? Dah tengok ke gambar kereta polis yang meletup tu? Dasyat kan? Aku tak faham la macam mana Todak dan Cobra boleh hilang di dalam keadaan bahaya tu." Rooster dan Adam terserempak di tengah jalan, mereka sama-sama melangkah menuju ke bilik mesyuarat.

"Tiada yang pelik pun untuk Cobra, kau tak rasa dia lompat dulu dari kereta sebelum kereta tu terjunam ke dalam gaung. Kalau betul la Todak terlibat maksudnya diaorang dah rancang lama. Aku dah baca medical report dua orang polis tu, diaorang mati bukan sebab kemalangan tu tapi disebabkan tembakan dikepala." Kata Adam nada suara serius sambil membelek medical report yang di ambil dari makmal.

"Cepat hang buat kerja, masuk je kerja terus dapat laporan dari makmal. Aku tak boleh nak fikir la macam mana Todak boleh terfikir nak khianat kita, bukan setahun dua tau kita kenal tapi dah 7 tahun. Aku tak faham la." Bebel Rooster tidak puas hati kerana salah seorang kawan baiknya telah mengkhianati persahabatan yang terjalin.

"Tak ada yang pelik pun kalau sikap tamak menguasai diri, Todak tu dia tak pernah rasa cukup pun dengan apa yang dia ada, kalau aku jumpa dia memang aku gantung dia dekat KLCC tu. Dia memang ada potensi la nak jadi pengkhianat antara kita, sebab sikap tamak dalam diri dia tu tinggi." Balas Adam yang turut tidak puas hati dengan perbuatan keji yang dilakukan oleh Todak.

Perbualan Adam dan Rooster terhenti apabila melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat ini, mereka memberi tabik hormat kepada Komander. Ismail sebelum duduk di tempat yang telah disediakan.

"Seperti yang kamu tahu Cobra telah hilang di dalam kemalangan boleh kata lain dia telah terlepas dari genggaman kita dan Todak juga hilang. Sekarang ni Cobra dan Todak adalah suspek utama yang kita kena cari dan bawa hidup-hidup ke sini. Hanya seorang saja yang boleh membawa kita kepada Cobra dan Todak iaitu, Simon Lim. Dia orang kanan Cobra, intel saya beritahu dia sangat setia. Dia selalu bekerja di pusat karaoke Star. esok malam  akan membuat majlis ulang tahun untuk Star Karaoke di sebuah banglo mewah. Saya syak itu ialah rumah Cobra." Kata Komander Ismail panjang lebar di hadapan skrin sambil meneliti information pada skrin putih itu.

"Berani pula Simon Lim buat majlis dekat rumah Cobra, mustahil la dia buat sesuatu tanpa kebenaran Cobra, mesti ada sesuatu yang dia tengah rancang." Ujar Adam sambil sandarkan tubuhnya dan menyilang tangan di dada meneliti peta rumah Cobra yang dipaparkan pada skrin putih itu.

"Saya pun syak benda yang sama, Scorpion, Rooster and Tapir, saya ada tugasan untuk kamu. Senang je tugasan tu, kamu perlu undercover menjadi salah seorang pekerja katering. Apa yang perlu kamu buat dapatkan maklumat tentang mereka sebanyak mungkin  dan pasang alat pengesan pada setiap kereta yang ada di rumah Cobra. Pastikan semua berjalan lancar jangan biarkan undercover kamu terbongkar. Apabila semuanya selesai, kamu perlu cepat-cepat meninggalkan majlis tu. Ini semua adalah pakaian dan juga misai yang perlu kamu pakai semasa undercover esok, majlis akan bermula pada Pukul 8 malam, ada apa-apa soalan?." Komander Ismail meletak beberapa helai baju dan juga alatan lain di atas meja.

"Boleh bawa senjata ke Tuan?" Soal Rooster berminat tentang senjata.

Komander Ismail menggeleng kepala mendengar pertanyaan Rooster.

"Tak boleh sebab security di sana sangat ketat, jika apa-apa berlaku kamu kena lawan mereka menggunakan akal dan tenaga. Saya harap semua berjalan lancar. Kita kena bawa balik Cobra dan Todak secepat mungkin, jangan biarkan mereka bermaharajalela lama sangat diluar sana." Ujar Komander Ismail dengan nada suara tegas.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now