"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkan la dosa-dosa aku dan kedua ibubapa ku, tempatkan la mereka dikalangan orang beriman. Panjangkan la umur ku, permudahkan la segala urusan ku. Ampunkan la dosa-dosa isteriku Hawa Zhufairah berikan la ketenangan hati dan perasaan kepadanya, jangan biarkan kesedihan menguasai dirinya. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, semoga rumah tangga kami kekal untuk selamanya dan jauhi la kami dari perasaan dengki manusia. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui, memperkenankan la doa-doaku ini. Aamiin Ya Rabba al alamin." Usai berdoa Lama Adam bertafakur atas sejadah, sesekali dia menoleh memandang Hawa yang sedang lena di atas katil mungkin keletihan kerana semalam dia kerap mengigau dan terjaga.
"Arghhhh!! Pergi! Pergi!" Jerit Hawa di dalam keadaan mata tertutup, tangannya seperti sedang memukul sesuatu.
Adam bingkas bangun dan naik dia ke atas katil lalu dia baring di sebelah Hawa kepalanya dia angkat dan diletak atas lengan kiri dia. Manakala tangan kanannya melingkari pinggang Hawa.
"Astaghfirullah, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyumu wa atuubu ilaih. Astaghfirullah, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyumu wa atuubu ilaih." Adam beristighfar beberapa kali sambil mengucup pipi Hawa.
Tiba-tiba
Pang! Satu penampar hinggap di pipi Adam, terasa pedih dan sakit dek penangan tamparan itu.
"Kenapa kau tampar aku?" Tanya Adam hairan sambil memegang pipinya.
"Sebab saya benci awak! Awak tak jaga saya, sebab tu semua ni jadi dekat saya! Saya tak kuat nak hadap ujian ni, Adam!" Teresak-esak Hawa menangis dia membenamkan wajahnya ke dada Adam. Tangannya ligat memukul lengan Adam sekuat hati.
Sebak Adam mendengar kata-kata Hawa.
Dia bingkas bangun dan menarik lengan Hawa pelahan supaya turut bangun mengikutnya. Kini mereka duduk dan saling berpandangan.
"Aku minta maaf sebab tak jaga kau, aku bagi peluang kau pukul la aku, cubit, gigit la aku sekuat hati kau. Buat la apa kau suka asalkan hati kau tenang dan kau maafkan aku." Kata Adam sambil menghulur tangannya kepada Hawa.
Hawa memandang lama wajah Adam, dia memegang tangannya lalu digigit lengan Adam sekuat hati.
Adam mengetap bibir menahan sakit, dia memejam matanya hingga berair. Perit dan pedih akibat digigit oleh Hawa.
"Saya benci awak! Benci! Benci!" Hawa menampar wajah Adam beberapa kali hingga kemerahan pipinya. Hawa berhenti memukul Adam, dia memeluk erat tubuhnya lalu dia melepaskan tangisan sekuat hati.
"Awak, kenapa ujian ni terlalu berat untuk saya?" Hawa sandarkan kepalanya pada dada Adam, air mata terus mengalir membasahi pipinya.
"Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya besarnya balasan bergantung pada berapa besarnya ujian, dan apabila ALLAH cinta kepada sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang reda maka baginya keredaan ALLAH, namun barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan ALLAH." — Hadis Riwayat Tirmizi. Hadis ni menerangkan Allah uji tanda Allah sayang, sebagai manusia yang beriman kita kena sabar menghadapinya. Dan juga sebagai manusia beriman kita kena menunaikan solat sebelum habis waktu." Kata Adam sambil bangun dan mendukung Hawa. Kemudian, membawa Hawa menuju ke bilik air.
Hawa terkedu dengan perbuatan Adam.
"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Tanya Hawa gelisah sambil memukul bahu Adam.
"Aku nak mandikan kau la, nak solat subuh kena wangi-wangi." Kata Adam sambil mengenyit mata pada Hawa.
"Tak payah la, saya boleh mandi sendiri la. Lagi pun sini hospital malu la kalau doktor or nurse tahu kita masuk bilik air sama-sama." Merungut Hawa, meronta-ronta ingin turun tetapi Adam tidak memperdulikan dia.
YOU ARE READING
Lelakiku (C)
Horror(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tu...