BAB: 11

12.4K 465 27
                                    

Adam melangkah masuk ke dalam bangunan Ibu Pejabat UTK Seri Aman, dia menuju terus ke bilik loker untuk menukar uniform. Baju Tshirt hitam yang dipakai dia buka hingga terserlah eightpack miliknya, begitu juga dengan seluar jeans juga dibuka dan dia menyarung pula seluar celoreng uniform UTK.

"Huish! Mantap beb badan kau! Aku nak juga gini, kau pergi gym berapa kali seminggu nak buat badan?" Tanya Todak yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik loker, perut Adam ditepuk dengan kuat.

"Sakit la bongok! Aku tak pergi gym pun." Balas Adam sambil menumbuk pelahan perut Todak, baju celoreng UTK yang tergantung di ambil lalu disarung pada tubuhnya.

"Uish! Hebat tak pergi gym ada eightpack. Kau exercise dengan awek ke? Share la resepi." Sindir Todak sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

"Astaghfirullah.. Kau gila ke? Kau buat benda tu lagi ke? Jangan wei dosa, maruah perempuan untuk di jaga bukan buat main. Perempuan untuk di hormati, di cintai bukan untuk di permainkan perasaan dia." Tegas Adam sambil memegang bahu Todak.

"Dia orang on, aku pun okay je la. Lagi pun kau tak try lagi, kalau kau dah try mesti kau nak lagi, masa kau tengah nikmati tak ingat pasal dosa." Bisik Todak kemudian dia ketawa besar. Dia tahu Adam lelaki baik, tetapi ingin juga dia melihat sejauh mana iman Adam mampu bertahan.

Adam mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Todak.

"Bertaubat la bro sebelum ajal kau sampai. Tak ada sesiapa boleh tolong kau kecuali diri kau sendiri." Kata Adam sambil menyusun langkah keluar daripada bilik loker ini.

"Kau tak payah acah suci la, kau nak kan?" Todak berjalan di sebelah Adam sambil meletak tangan di atas bahunya.

"Jangan merepek la." Balas Adam nada suara serius sambil menolak tangan Todak. Dia tidak pernah terfikir langsung nak merosakkan mana-mana perempuan kerana seorang perempuan adalah makhluk yang perlu di hormati bukan habis madu sepah dibuang.

Telefon bimbit Adam bergetar menandakan dia menerima mesej dari seseorang.

"Komander Ismail nak jumpa dekat bilik mesyuarat sekarang. Ada urgent meeting." Kata Adam sebaik saja membaca mesej yang dia terima, dia mula membuka langkah berlari menuju ke bilik mesyuarat.

Todak melepaskan keluhan baru saja mahu mengasut Adam menyertai aktiviti masa lapangnya. Dia turut berlari mengekori Adam.

"Assalamualaikum, Tuan." Ucap Todak dan Adam serentak sambil memberi tabik hormat kepada Komander Ismail.

"Waalaikumussalam, kita ada masalah besar Landak telah diculik oleh geng Cobra. Mereka ada hantar email gambar Landak sedang di seksa." Adam terkejut mendengar kata-kata Komander Ismail, dia mula risau tentang keselamatan sahabat baiknya.

"Kenapa dia culik Landak? Dia nak apa? N2.O?" Tanya Adam tidak  puas hati, pada dia Cobra sudah melampaui batas. Seorang demi seorang sahabatnya menjadi mangsa Cobra.

"Itu saya tak sure tapi saya rasa berkenaan N2.O"
Kata Komander Ismail turut tidak tenang memikirkan tentang hal ini.

"Tuan kita terima video call melalui email." Kata Peter apabila dia menerima notifikasi email berkenaan panggilan video daripada alamat email asing.

"Buka pada skrin." Arah Komander Ismail. Dia ingin siapa yang telah melakukan panggilan video itu.

"Selamat petang semua warga UTK. Apa khabar? Sebelum kita sembang lebih panjang, aku nak memperkenalkan diri, nama aku Cobra. Aku yakin korang semua familiar dengan nama aku dan juga lelaki ni." Kata Cobra sambil menarik kerusi yang diduduki oleh Landak di dalam panggilan video ini.

"Kau nak apa? Jangan nak apa-apa kan kawan aku!" Marah Adam apabila melihat keadaan Landak yang cedera teruk di wajah dan keadaan dirinya kelihatan sangat lemah sambil diikat pada kerusi kayu. Perasaan marah pada lelaki bertopeng joker itu semakin sampai kemuncak, jika dia dapat lelaki itu memang tidak akan dia lepaskan sampai bila-bila.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now