BAB:42

13.4K 494 56
                                    

"Abang tak sangka kan, rupa-rupanya tanah di Pusat Equin tu bukan Adam yang punya, kalau tahu dari awal senang kerja abang nak beli tempat tu." Kata Puan Rozana menoleh memandang Ustaz Ishak yang sedang memandu, dia masih terkejut apabila suaminya memberitahu sudah membeli Pusat Equin milik Adam. tidak lama lagi mereka akan memiliki kandang kuda sendiri yang terletak berdekatan dengan air terjun.

"Sebelum ni Hj Abdullah duduk dekat dubai tu yang susah nak berbincang. Bila dia dah selalu balik senang la urusan kami, tak sia-sia usaha saya memujuk Hj Abdullah." Kata Ustaz Ishak, dia mengukir senyuman sinis, dia sudah membuat perjanjian agar segala berlaku semalam adalah rahsia. Jika isternya tahu berlaku semalam pasti meletus gunung berapi wanita ini.

"Adam dah keluar dari kampung ni, macam mana Fizah nak kahwin dengan Adam." Merengek Hafizah yang masih mengidam ingin berkahwin dengan Adam.

Ustaz Ishak mendengus kasar mendengar kata-kata Hafizah yang sedang duduk ditempat duduk belakang.

"Lupa kan je la Adam tu, dia bukan baik sangat. Kita dah kaya tak perlu lelaki miskin macam Adam." Marah Puan Rozana, dia tidak mahu Adam menjadi menantunya kerana lelaki itu kini telah jatuh miskin dan keluarga mereka kini sudah kaya raya.

"Betul kata ibu tu, Fizah perempuan baik sepatutnya dengan lelaki baik. Kita dah sampai sini kena meraikan kejayaan kita." Ustaz Ishak mengukir senyuman melihat dewan rakyat di hadapannya, hatinya sudah tidak sabar mahu merelisasi mimpinya supaya menjadi nyata. Ustaz Ishak mematikan enjin kereta dan melangkah keluar dari kenderaan ini.

Hafizah mengetap bibir mendengar kata-kata Ustaz Ishak apa pun berlaku di hanya mahukan Adam menjadi suaminya.

******

Orang kampung mula berkumpul di dalam dewan rakyat Kampung Chempaka. Mereka di arahkan ke sana oleh Ustaz Ishak kerana lelaki itu sedang mengadakan satu majlis menandatangani perjanjian jual beli Pusat Equin Al- Haq dan tanah bersama HJ Abdullah.

"Assalamualaikum.. Apa khabar semua penduduk kampung, sihat ke? Hari ni saya dan Hj Abdullah akan menandatangan satu perjanjian jual beli Pusat Equin, saya janji akan beramal dengan kamu semua." Kata Ustaz Ishak yang sedang berucap di atas pentas dewan ini.

Orang kampung bersorak dan menepuk tangan saat mendengar kata-kata Ustaz Ishak.

Hafizah dan Puan Rozana yang duduk di atas pentas bangga apabila Ustaz Ishak mengumumkan tentang pembelian Pusat Equin itu kerana tidak lama lagi mereka akan menjadi keluarga yang paling kaya di kampung ini.

"Ini perjanjian di tangan saya, saya sudah tidak sabar mahu menjemput pemilik Pusat Equin Al-Haq, Hj Abdullah untuk kami bersama-sama menanda tangan perjanjian ini." Ustaz Ishak menepuk tangan apabila Hj Abdullah bangun dan berjalan menuju ke sebuah meja kecil.

Tiba-tiba lampu dewan terpadam dan projector dipasang cahaya memancar ke arah skrin putih yang tergantung di atas pentas dewan ini.

"Apa dah jadi ni buka lampu." Arah Ustaz Ishak gelisah apabila suasana dewan tiba-tiba gelap hanya bertemankan cahaya projector.

Tiba-tiba ada satu rakaman video CCTV ditayangkan pada skrin putih itu. Rakaman video itu memaparkan perbuatan keji Ustaz Ishak yang sedang cuba ingin merogol seorang wanita mengandung wajah wanita itu dikaburkan demi menjaga aibnya. Ustaz Ishak gagal melakukan perbuatan itu kerana wanita itu bertindak agresif dengan mengigit telinga dan tangannya.

Tergamam Hj Abdullah melihat rakaman video itu, dia tidak sangka rupanya apa yang dikatakan oleh Adam adalah benar belaka. Hawa bukan la wanita yang keji, dia tidak salah faham tentang wanita itu.

"Aku ni dah lama mengidam kau tapi orang lain yang dapat, aku ni langgar bapa kau sampai mati sebab dia tolak pinangan aku, masa tu aku nekad kalau bapa kau mati aku nak pinang kau tapi tak sangka pula kau boleh jadi milik budak si Adam tu. Sekarang ni aku nak kau jadi milik aku!" Kata-kata Ustaz Ishak di dalam video itu sangat jelas, Puan Rozana hampir pengsan saat melihat rakaman video itu.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now