BAB:33

12.7K 491 52
                                    

Adam mengelus rambutnya kebelakang, sesekali dia melepaskan keluhan. Adam mundar mandir sambil mendengar cerita yang sedang disampaikan oleh Rooster.

"Kereta polis yang bawa Cobra excident jatuh ke dalam gaung,then meletup. Masalah sekarang ni Todak and Cobra hilang, dua orang lagi pegawai polis yang naik kereta yang sama dengan diaorang meninggal dunia di tempat kejadian." Ujar Rooster panjang lebar di hujung talian.

"Tak akan la Cobra melarikan diri?" Soal Adam hairan, kecederaan Cobra agak parah mana mungkin dia mampu melarikan diri di dalam hutan tebal itu kecuali ada orang yang membantunya.

"Ha.. Komander pun syak benda yang sama, paling dasyat Komander suspek Todak terlibat sekali. Sekarang ni kami masih dalam misi mencari lagi, kalau tak jumpa juga Komander nak kita siasat tentang hal ni sampai kita jumpa mereka berdua." Adam memicit pangkal hidungnya yang mancung, semakin mencabar nampaknya tugas kali ni.

"Nanti aku masuk kerja, kita discuss lagi." Kata Adam sambil memerhati Hawa yang sedang diperiksa oleh Dr.Lisa.

"Bila kau nak masuk kerja aku rindu la." Ujar Rooster dihujung talian tersembur tawanya kerana berasa geli kata begitu kepada Adam.

"Gila apa tiba-tiba rindu dekat aku. Esok aku masuk la kerja. Aku ada hal ni, esok kita jumpa." Balas Adam sebelum menamatkan panggilan telefon ini dan melangkah mendekati Hawa.

"Macam mana keadaan Hawa? Bila dia boleh discaj?" Soal Adam kepada Dr.Lisa sambil menyarung tshirt ditubuhnya, dia kurang selesa dengan pandangan mata Dr.Lisa.

"Ermm.. keadaan Hawa semakin okay, dia pun nampak lebih tenang and luka dia pun dah kering. So boleh la balik hari ni. Just kena letak ubat pada luka selalu supaya lebih cepat sembuh and tolong jaga perasaan Hawa, make sure dia tak stress." Terang Dr. Lisa panjang lebar sambil meneliti laporan kesihatan Hawa.

"In shaa Allah, dia tak akan stress." Kata Adam sambil duduk di sisi Hawa dan mengucup kepalanya.

"Untung Hawa kan dapat suami macam En Adam, dah la sweet,pandai jaga badan pula tu. Maaf la saya gurau je. Saya minta diri dulu ya." Kata Dr Lisa mengukir senyuman kepada Adam sebelum melangkah keluar dari ward Hawa.

Hawa memerhati Dr.Lisa tidak puas hati, berani sungguh doktor itu memuji Adam dihadapannya, dia menoleh memandang wajah Adam lama. Dia memegang tangannya lalu digigit dengan sekuat hati.

"Arghhh!! Mochi sayang sakit la. Kenapa gigit tangan aku ni?"Menjerit Adam kesakitan, bagai nak luruh jantungnya apabila Hawa tiba-tiba saja mengigit tangannya tanpa memberi amaran terlebih dahulu.

"Awak suka kan? Doktor cantik tu puji awak. Suka kan?" Marah Hawa sambil mencubit lengan Adam berkali-kali.

"Mochi sayang, bila masa pula abang kata, abang suka doktor tu puji abang. Masa dia puji abang tu, telinga abang tiba-tiba tersumbat, tapi bila sayang cakap tiba-tiba telinga abang ni okay balik." Kata Adam, dia menarik Hawa di dalam pelukannya dan melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Hawa.

Berkerut Hawa mendengar kata-kata Adam.

"Sejak bila pula awak bahasa kan diri abang ni? Sejak bila panggil saya sayang ni? Mesti ada buat salah ni." Ujar Hawa tidak puas hati, dia cubit lagi lengan Adam.

Adam ketawa, aduhai isterinya ini dia nak romantik pun dikatakan ada buat salah.

"Sejak sekarang la. Saja nak jadi romantik, Mochi sayang suka tak?" Soal Adam sambil menggerakkan kedua-dua keningnya.

Hawa mengecilkan mata memandang Adam.

"Awak ni something la, baik awak cakap kenapa tiba-tiba nak jadi romantik? Kalau tak saya gigit tangan awak lagi." Ugut Hawa sambil mendekatkan lengan Adam dengan mulutnya. Entah kenapa dia sukar mempercayai Adam yang kuat menyakat ingin berubah menjadi lebih romantik.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now