BAB: 14

12K 473 17
                                    

Kekecohan di dalam bilik pembincangan Ibu pejabat UTK menarik perhatian Adam yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik ini.

"Hang tengok apa ni?" Soal Adam sambil menepuk belakang Todak yang sedang menonton rakaman panggilan video antara Cobra dan UTK tempoh hari di dalam komputer riba bersama Jep.

"Komander suruh kitaorang kaji rakaman panggilan video Cobra ni cari klu pasal dia. Aku dan zoom in zoom out tak jumpa apa-apa pun." Merungut Todak sambil bersandar pada kerusi dan menyilang tangan di dada.

"Aku pun tak nampak klu nak tangkap si Cobra ni,licik betul mamat ni." Kata si Jep pula, sesekali dia melepaskan keluhan.

"Kau orang nampak tak dia pakai apa?" Tanya Adam sambil membongkok badan dan mengambil alih mengawal komputer riba ini. Dia zoom in video hingga pada wajah Cobra.

"Topeng?" Balas Jep

"Topeng ni mesti la dia beli kan? So kita kena cari penjual topeng." Kata Adam sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah topeng yang di pakai oleh Cobra.

"Entah-entah dia beli dekat china or shopee, macam mana?" Kata Todak yang kurang setuju dengan kata-kata Adam.

"Topeng ni mesti customade khas untuk dia, kau nampak ni ada ukiran logo RS. Mesti nama company tu." Kata Adam sambil terus zoom in video sehingga tulisan pada topeng nampak lebih jelas. Kemudian Adam mencari maklumat tentang company RS, dia terukir senyuman sinis apabila hasil cariannya berjaya.

"Ha! Ini la company buat topeng Cobra tu, RS company tu syarikat reka kostium untuk filem. Pengasas dia Eric Shah, dia ni geng-geng makan duit haram la, port dia ni selalunya dekat kelab malam or pusat karaoke. Jom kita stalk dia, malam ni dia dekat mana." Kata Adam sambil scroll telefon bimbit dia dan membuka sesawang media social.

"Macam mana kau tahu pasal dia ni? Siap tahu pasal ig dia lagi. Hang crush dengan dia ke?" Tanya Jep hairan.

Todak ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Jep, walaupun spontan tapi sumpah kelakar.

"Bongok la kau ni, aku lelaki tak akan la nak crush dengan lelaki." Balas Adam tak puas hati sambil memukul belakang kepala Jep.

"Habis tu apahal kau tahu pasal dia?" Jep pula tidak puas hati.

"Dia ni kan dikehendaki polis tapi disebabkan tak cukup bukti polis tak boleh nak tangkap dia sesuka hati tapi diaorang tahu ni antara mafia yang ada dekat Malaysia ni. Dia hari ni dia dekat Goldclub, jom undercover." Kata Adam sambil berjalan menuju ke pintu.

"Huish mesti ramai awek seksi dekat sana, aku nak tangkap seorang." Kata Todak teruja.

"Aku pun, tak sabar usha awek seksi." Balas Jep menyokong kata-kata Todak kemudian mereka ketawa bersama.

"Kau orang jangan nak menggatal aku tangkap kau orang menggatal tak buat kerja aku ikat dekat tiang pencawang." Kata Adam memberi amaran, risau sahabatnya ini melakukan perkara bukan-bukan apabila berada di kelab malam nanti.

"Relax la. Hidup kena chill, awek kena ramai cinta tetap satu." Kata Todak sambil meletak tangan atas bahu Adam.

Adam menggeleng kepala mendengar kata-kata Todak.

"Banyak la kau punya chill." Balas Adam yang kurang senang dengan sikap Todak yang terlalu bersosial. Dia berharap sahabatnya ini cepat bertaubat sebelum menemui ajalnya.

Selesai menukar pakaian, Adam, Jep dan Todak gerak meninggalkan Ibu pejabat UTK setelah mendapat kebenaran Komander Ismail untuk melakukan siasatan terhadap Eric Shah. Masing-masing mengenakan tshirt dan seluar jeans supaya kelihatan seperti orang biasa yang ingin berhibur di dalam kelab malam. Mereka perlu memastikan misi undercover berjalan dengan lancar.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now