BAB:7

12.8K 501 18
                                    

Farahana mundar-mandir di ruang tamu sambil menjenguk ke luar rumah. Dia melepaskan keluhan kasar sambil melabuh punggung di atas sebuah sofa, namun hatinya masih berasa tidak tenang lalu dia bangun dan jenguk ke luar tingkap.

"Kenapa dengan kamu ni?" Tanya Rafidah, hairan melihat anak perempuannya yang seperti cacing kepanasan, apa entah yang dia fikirkan sehingga berkelakuan seperti ini.

"Ibu, mana si gendut tu? Dia dah lari ke?" Kali ini Farahana pula bertanya dengan nada suara hairan. Setahu dia Hawa akan balik dari kerja pada Pukul 9 pagi tetapi sekarang ini sudah hampir waktu tengahari, Hawa masih belum pulang ke rumah.

"Ha.. elok la tu dia lari, kita boleh dapat rumah ni." Kata Rafidah sambil melabuh punggung di atas sofa dan menghidupkan televisyen. Dia ingin merehatkan diri selepas keletihan berperang di dapur.

"Farah pun suka kalau dia lari tapi macam pelik je kalau dia tiba-tiba menghilang. Entah- entah ada benda buruk jadi dekat dia." Kata Farahana terus membuat andaian.

"Pergi tanya abang tu, mesti dia tahu." Balas Rafidah apabila mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah.

Farahana melangkah laju menuju ke muka pintu, dia menyilang tangan di dada sambil merenung lama wajah Shahril yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tengok apa?" Soal Shahril, hairan melihat Farahana memandangnya tanpa berkedip.

"Hawa mana? Abang mesti tahu kan dia dekat mana. Kan?" Teka Farahana, dia yakin abangnya pasti tahu di mana Hawa pergi.

"Dia kata tak nak balik sini, dia dah ikut kawan dia ke KL." Balas Shahril selamba sambil melangkah menuju ke bilik, dia tidak mahu Ibu dan adik syak yang bukan-bukan jadi itu adalah alasan terbaik untuk menyembunyikan hal sebenar yang telah terjadi pada Hawa.

Terkejut Farahana dan Rafidah mendengar kata-kata Shahril, mereka serentak memandang ke arah lelaki itu.

"Yeke abang? Macam pelik je?" Tanya Farahana tidak puas hati dengan jawapan Shahril.

"Betul la, tadi dia ada jumpa abang. Dia cakap dah tak nak duduk dekat rumah ni lagi sebab nak pergi bekerja di KL." Tipu Shahril menyembunyikan kebenaran yang dia telah menjual Hawa pada Mafia.

"Ibu harap betul la, jangan sampai melibatkan polis. Kalau ada polis datang dekat rumah ni, ibu gantung Shah dekat pokok kelapa. Tahu tak?!" Rafidah memberi amaran risau jika anak lelakinya terlibat dengan kes polis.

"Hmm." Balas Shahril acuh tak acuh sambil melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu perduli tentang polis, apa yang penting dia sudah kaya dan malam nanti dia akan pergi mencari kepuasan nafsu di luar.

Rafidah merenung tajam ke arah susuk tubuh Shahril yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik, entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Dia berharap Shahril tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya di kampung ini.

"Akhirnya ibu, rumah ni jadi milik kita selamanya." Kata Farahana girang memikirkan dia bebas di dalam rumah ini dan bilik besar Hawa akan menjadi miliknya kerana dia sudah bosan duduk di dalam biliknya.
Malah dia juga tidak sabar ingin tidur di atas katil Hawa yang besar dan selesa itu.

"Ibu pun tak sabar nak hias rumah ni ikut suka hati ibu." Kata Rafidah yang turut gembira apabila Hawa telah keluar dari rumah ini kerana dia sangat membencinya. Impian dia ialah menghalau Hawa jauh daripada kehidupannya, kini telah tercapai. Semoga anak tirinya itu tidak muncul di hadapannya sehingga dia mati.

**********

Adam memberhentikan motorsikal di hadapan restoran Hud&Huda, sesekali dia melepaskan keluhan. Nampaknya, mulai sekarang dia kena beli nasi bukan hanya untuk dia seorang saja tetapi juga untuk Hawa. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia membantu perempuan yang dia tidak kenali itu.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now