BAB:43

23.9K 1K 157
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Hawa terjaga dari tidur kerana berasa perutnya sangat tidak selesa. Pelahan-lahan Hawa bangun dan bersandar pada birai katil, tiba-tiba ada cecair mengalir di celah kangkang dan bayi di dalam perutnya mengeras, tidak melakukan sebarang pergerakkan. Hawa mengusap pelahan perutnya, dia mula berasa sangat tidak selesa.

"Abang... bangun la.. abang!" Jerit Hawa memukul belakang badan Adam yang sedang lena dibuai mimpi.

"Ya sayang? Kenapa ni?" Adam membuka sedikit matanya memandang Hawa.

"Sayang rasa macam nak bersalin la" Ujar Hawa gelisah, dia menarik nafas dan melepaskannya pelahan-lahan.

Bulat mata Adam mendengar kata-kata Hawa, dia kelam kabut turun dari katil dan mencari kunci kereta.

"Sayang nak bersalin sangat ke? Kejap abang cari kunci kereta." Adam turut gelisah apabila mengetahui Hawa bakal melahirkan zuriat sulung mereka.

"Yela abang, cepat la. Perut sayang dah sakit ni, air ketuban pun dah keluar." Merengek Hawa sambil mengusap perutnya, semakin lama sakit perut ini semakin kuat.

"Sabar sayang, mengucap, zikir banyak-banyak." Pujuk Adam sambil dukung Hawa menuju ke kereta. Dia cuba menenangkan Hawa walaupun hakikatnya dia tidak tenang saat ini. Dia hanya mampu berdoa semoga segala urusan Hawa dipermudahkan dan semoga Allah panjangkan jodoh mereka.

********
"ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAL-SALAH, HAIYA 'ALAL-SALAH.
HAIYA 'ALAL-FALAH, HAIYA 'ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH...." Adam melafazkan azan dengan nada suara sederhana di telinga kanan bayi mereka yang telah selamat dilahirkan.

"Bismillahirahmannirahim... Abang nama kan anak kita, Fath Uwais Bin Adam Hayyat. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT." Ujar Adam sambil mencium pipi bayi comel ini sebelum serahkan kepada Hawa untuk menyusukannya

"Fath Uwais, sedap nama tu. Sayang suka sangat, pandai abang pilih." Kata Hawa sambil mengusap pipi bayi sulungnya yang sedang menyusu.

"Terima kasih sayang kerana melahirkan bayi kita, terima kasih kerana terima abang yang serba kekurangan ini." Ucap Adam nada suara romantik sambil mengucup lama dahi Hawa.

"Sayang yang patut ucap terima kasih sebab abang sudi terima sayang yang montel ni. Selalu jaga sayang dan layan karenah sayang yang terlalu banyak semasa mengandung. Terima kasih abang." Balas Hawa, dia mengucup lama belakang tangan suaminya ini.

"Saya adalah anugerah yang terindah daripada Allah untuk abang. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kerana setiap apa yang Allah berikan kepada kita pasti ada kebaikannya macam sayang la." Ujar Adam, dia tundukkan kepalanya dan mengucup bibir Hawa seketika.

Hawa mengukir senyuman saat Adam menghadiakan ciuman yang indah itu.

"Sayang nak makan? Ada sup ikan merah dan nasi putih." Kata Adam sambil membuka bekas makanan yang berisi makanan khas untuk Hawa.

"Nak la lapar, dah la sepanjang pantang tak boleh nak makan pau sedap." Ujar Hawa sayu apabila mengenangkan dia tak boleh menikmati makanan kegemarannya.

"Sekejap je pantang ni nanti dah habis pantang makan la apa sayang suka abang tak halang." Kata Adam sambi menyuapi makanan ke dalam Hawa.

"I love you my cornetto." Ucap Hawa, dia mencuit hidung mancung Adam.

"I love you mochi, sayang." Balas Adam sambil mencuit hujung hidung mancung Hawa. Pipi Hawa diusap lembut dia berjanji akan menjaganya sehingga akhir hayatnya.

🍄🍄🍄🍄🍄

Kompang dipalu bergema menyambut pasangan pengantin baru. Hawa mengukir senyuman melihat Anis bersanding di atas pelamin bersama pasangan plihan hatinya. Dia bahagia apabila melihat sahabatnya bahagia.

"Hawa kan?" Soal Puan Faridah, ibu kepada Anis. Dia memandang Hawa atas bawah tiada perubahan pada gadis ini.

"Ya makcik Hawa ni." Jawab Hawa sambil bersalaman dengan Puan Faridah.

"Tadi ada nampak Hawa datang seorang lelaki dan bayi, diaorang tu siapa? Elok rupa lelaki itu." Puji Puan Faridah berkenan melihat rupa paras lelaki yang datang bersama Hawa.

"Dia suami Hawa, nama dia Adam. Bayi tu anak Hawa, umur dia baru tiga bulan. Suami Hawa memang selalu orang puji handsome." Balas Hawa mengukir senyuman mengenangkan suami dia sering mendapat pujian jika sesiapa saja melihatnya.

"Sejujurnya makcik cakap kan, Hawa tak sepadan la dengan dia. Dia handsome tapi Hawa ni montel pendek. Tak sesuai langsung, harap Hawa jangan la ambil hati dengan apa makcik cakap tetapi makcik hanya nak jujur je." Sindir Puan Faridah sinis.

Hawa tergamam mendengar kata-kata Puan Faridah, dia cuba menahan perasaan sebak saat ini.

"Adam sayang Hawa, dia terima Hawa seadanya. Hawa yakin kami boleh bahagia walaupun berbeza." Kata Hawa yakin walaupun ada perasaan sedih di dalam hatinya.

"Hawa yakin ke dia bahagia dengan Hawa? Entah-entah ada orang lain lagi cantik lagi slim." Tersentak Hawa mendengar kata-kata Puan Faridah, dia tetap mengukirkan senyuman walaupun perasaannya sakit kerana dia sedang melihat Adam melangkah kearahnya. Tenang hatinya melihat senyuman suaminya itu.

"Makcik, dah habis ke hasut isteri saya? Saya ni bahagia dengan dia, saya bangga ada isteri yang comel macam Hawa Zhufairah, sebab dia unik untuk saya. Makcik ni baik jaga mulut dan amalan tu sebab kubur pun dah panggil. Assalamualaikum." Kata Adam sinis, dia menggelus jari jemari Hawa dan menariknya meninggalkan makcik mulut puaka ini.

"Abang, sayang minta maaf sebab sayang tak cantik." Kata Hawa sayu sambil mengekori Adam menuju ke kereta.

Adam berhenti melangkah, dia menoleh memandang Hawa, terukir senyuman dibibirnya saat mendengar kata-kata Hawa, pipi isterinya diusap lembut kemudian dia mengucup ubun-ubunnya.

"Jangan perduli apa orang lain cakap, apa yang penting kita berbahagia sesama kita, tak semestinya seseorang yang pendek dan berisi tak boleh cantik. Cakap je sayang nak pakai baju apa, abang belikan. Biar abang yang mencantikkan isteri abang ini.Sayang, kita jangan lihat apa yang orang lain miliki tetapi lihat apa yang kita miliki kerana apa yang telah Allah kurniakan untuk kita itulah yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan tak baik untuk kita. Abang ikhlas mencintai sayang, apa pun rupa sayang, sifat sayang abang ikhlas terima semuanya." Kata Adam bersungguh-sungguh, dia tunduk mencium dahi Hawa kemudian beralih ke bayi lelaki mereka yang sedang dia dukung ini.

"Abang, terima kasih kerana menjadi lelaki saya, lelaki yang tak pernah jemu mencintai saya dan terima saya seadanya." Hawa tunduk mencium tangan Adam, dia sangat berharap hubungan mereka kekal selamanya seperti ini.

"Semoga Allah SWT tetapkan di dalam hati kita tidak jemu mencintai satu sama lain hingga ke hujung nyawa kita. Selagi abang ada, abang akan sentiasa menjaga mochi sayang abang." Ujar Adam sambil meletak tapak tangan kanan pada ubun-ubun Hawa.

Hawa mengukir senyuman mendengar kata-kata Adam yang romantik dan menenangkan hati ini.

Adam mengelus jari jemari Hawa kemudian mereka berjalan bersama menuju ke kereta, sesekali Adam mengucup belakang tangan Hawa tanpa jemu seperti dia tidak pernah jemu mencintai isterinya.

🍒♥️Adam Hayyat adalah lelaki yang dicipta
oleh Allah SWT untuk
Hawa Zhufairah .🍒♥️

🍄TAMAT🍄

Special chapter akan update selepas
capai 500k read..
Thank you♥️

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now