BAB:29

12K 516 45
                                    

Selepas selesai menyarung lengkap uniform tempur, topi taktikal full face, baju kalis peluru dan kasut kulit tartikal, Adam bersama  9 orang anggota UTK melangkah menuju ke bilik mesyuarat untuk bertemu dengan Komander Ismail.

"Assalamualaikum.. Tuan." Ucap Adam sambil memberi tabik hormat kepada Komander Ismail yang sedang berdiri di hadapan skrin besar berwarna putih ini.

"Ini adalah pelabuhan, keluasan 221 batu persegi tetapi serangan kita tertumpu pada pelabuhan barat. Kawasan sini agak terpencil, ada banyak kontena dan satu gudang lama, di sini la Cobra melakukan kajian untuk virus dan racun yang dia cipta tu. Group Sniper, Sierra 1, Rooster take high point north. Sierra 2, Ryan take high point west. Standby ETA at 1930. Group Dragon 1, Adam, Jep,Todak, and Tapir standby ETA at 2000. Group CAT 1, Raf, Man, Das dan Ant pergi ke Havillion mall kenal pasti kedudukan bomb yang dikatakan dipasang di dalam bangunan itu, standby ETA at 1900. Group Dragon berpecah kepada dua group, tiga utara dan tiga selatan. Saya nak kamu serbu makmal dan kilang haram ni.Bawa Cobra kepada saya hidup-hidup sebab kita perlukan maklumat penting daripada dia. Jelas?" Soal Komander Ismail nada serius dia memandang seorang demi seorang ahli pasukannya.

"Jelas Tuan." Balas Adam nada suara serius, dia mewakili anggota UTK yang lain.

"Scorpion,kamu assault leader untuk OPS BERKAS kali ini, tangkap scorpion dan balik isteri kamu. Di dalam bag ini ada cecair N2.O hanya untuk mengaburi mata musuh, jangan serah pada musuh. Saya percaya pada kamu." Komander Ismail menyerahkan bag sandang berwarna hitam yang mengandungi cecair N2.O kepada Adam.

"Saya janji akan jaga barang ni sebaik mungkin dan serahkan semula kepada HQ. Kami gerak dulu, Tuan." Sepuluh orang anggota UTK memberi tabik hormat serentak kepada Komander Ismail, sebelum masing-masing menyusun langkah meninggalkan bilik mesyuarat Ibu pejabat UTK Seri Aman. Mereka telah bersedia untuk bertempur mengalahkan musuh bernama Cobra and the geng.

🔥🔥🔥

Kereta khas pasukan operasi UTK kumpulan 1, Sierra 1 dan Sierra 2 tiba di lokasi misi tepat jam 1930. Sierra 1, Rooster  mencari tempat high point di utara bangunan untuk dijadikan sarang serangan mereka. Manakala Sierra 2 berjalan pelahan ke barat bangunan dan naik ke tempat lebih tinggi bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa.

Ryan  menggunakan scope untuk memerhati kedudukan Tango.

"Sierra 1, dua Tango di luar gudang." Ujar Ryan memberi maklumat kepada Peter dan Komander Ismail yang sedang memerhati di pusat kawalan menggunakan camera dron tersembunyi.

"Roger, Sierra 1." Balas Peter di hujung talian. Sambil memandang skrin di pusat kawalan, Peter yang akan mengawal alat komunikasi dan camera dron.

Komander Ismail berdiri di belakang Peter sambil menyilang tangan di dada memerhati rakaman camera dron yang berkeliaran di dalam sarang musuh.

"Sierra 2, dua Tango di tingkat dua gudang." Rooster menghantar maklumat

"Roger, Sierra 2." Komander Ismail memerhati kedudukan setiap pasukannya.

Kereta pasukan khas UTK yang membawa kumpulan dua tiba dan berhenti pada jarak 10 meter dari gudang pelabuhan barat. Pelahan-lahan kumpulan Dragon 1 melangkah keluar daripada kereta dan bersembunyi di tepi kenderaan menunggu arahan untuk masuk ke dalam gudang.

"Dragon 1, ready to move.." Adam menghantar laporan kepada Komander Ismail.

"Copy. Pastikan semua zone clear, then Dragon 1 buru Cobra dan geng dia yang lain. Pastikan kali ini kita dapat tangkap Cobra hidup-hidup, ingat jangan sesekali serah N2.O kepada Tango. Kalau boleh cuba melengah masa Cobra hingga semua bomb dijumpai. Bertindak segera!" Arah Komander Ismail tegas, dia harap OPS Berkas kali ini akan membawa Cobra balik kepada mereka.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now