BAB:26

11.4K 466 39
                                    

Hawa mundar -mandir di ruang tamu, gelisah menunggu kepulangan Adam. Hawa berharap lelaki itu akan memaafkannya apabila jiwa dia sudah tenang nanti. Sesekali Hawa melepaskan keluhan, terbit rasa menyesal kerana telah berbohong pada Adam. Jika dia jujur pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Bunyi kenderaan memasuki perkarangan
rumah, mengejutkan Hawa. Dia Kelam kabut melangkah ke pintu ingin melihat tetamu yang datang. Sebuah kenderaan jenis Velfire berwarna hitam berhenti di hadapan rumah, dua orang lelaki berbadan tegap melangkah keluar daripada kereta.

Bulat mata Hawa melihat dua orang lelaki itu kerana mereka adalah gangster yang pernah menculik dia satu ketika dulu. Hawa kelam-kabut menutup pintu utama kemudian dia berlari ke dapur untuk menutup pintu belakang tetapi malangnya dua orang gangster telah masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang.

"Kau orang nak apa?" Tengking Hawa ketakutan.

"Boss suruh jemput kau balik." Ujar Simon sambil mengukirkan senyuman sinis.

"Tak nak! Aku tak nak ikut korang!" Tengkin Hawa lagi sambil membaling barang ke arah mereka, dia berlari menuju ke bilik ingin mengambil telefon bimbitnya tetapi malangnya kaki dia di tarik oleh Josh menyebabkan Hawa jatuh tersembam.

"Kau jangan degil la!" Lengan Hawa di tarik kasar hingga dia berdiri tegak di hadapan Simon kemudian pipinya di tampar beberapa kali.

"Lepaskan aku! Lepas la!" Hawa meronta-ronta ingin dilepaskan, malangnya pipi dia ditampar lagi hingga berdarah.

Hawa menolak kasar tubuh Simon dan berlari menuju ke bilik tetapi rambutnya dia tarik kuat oleh Josh menyebabkan langkah Hawa terhenti dan tubuhnya terdorong ke belakang.

Josh menerkup mulut Hawa menggunakan kain yang mengadungi cecair kloroform supaya Hawa pengsan dan kerja mereka akan menjadi lebih mudah.

Pandangan Hawa mula kabur dan dia jatuh pengsan di atas lantai. Simon mendukung Hawa dan membawanya ke kereta, mereka tergesa-gesa meninggalkan perkarangan rumah sebelum ada orang lain nampak kegiatan penculikan ini.

"Ganas betul perempuan ni sakit dada aku." Merungut Simon sambil menoleh memandang Hawa yang tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang.

"Sebab tu la boss suka, selalunya perempuan yang jadi peneman dia kurus ala model dan manja tapi kali ni lain pula selera dia. Dah la ganas, montel tapi cantik, kalau la bukan perempuan boss dah lama aku try. Orang kata yang chubby ni best." Kata Josh sambil ketawa besar, dia turut menoleh memandang ke arah Hawa. Terliur dia melihat gadis comel gebu itu.

"Aku fikir yang sama macam kau. Aku geram je dengan montel ni tapi aku fikir perempuan boss je. Tapi kalau boss nak puas mesti dia buang, time tu aku ambil la." Simon dan Josh ketawa bersama mengenangkan mereka berkongsi memiliki Hawa, bukan tidak pernah jumpa perempuan tetapi yang kali ini sangat berbeza dengan perempuan lain.

Setelah tiga puluh minit di atas jalan raya, akhirnya mereka sampai di hadapan rumah Cobra. Simon mendukung Hawa ke sebuah bilik mewah seperti yang di arahkan oleh Cobra. Wanita comel ini diletakkan di atas katil, lama Simon merenung wajah Hawa ikutkan hati mahu saja menciumnnya.

"Mana perempuan aku?" Soal Cobra yang sedang berdiri di muka pintu bilik sambil menyilang tangan di dada.

"Err... Ni Boss dia pengsan lagi." Ujar Simon gagap kerana terkejut melihat Cobra yang tiba-tiba muncul, nasib baik dia tak mencium Hawa kalau tidak pasti dia akan dibunuh dengan kejam. Kelam kabut Simon melangkah keluar dari bilik ini meninggalkan Cobra dan Hawa.

Hawa memegang kepalanya yang berasa sangat sakit dan pening. Pelahan-lahan dia membuka matanya,
pandangan yang tadi kabur kini lebih terang.

"Hai, mygirl dah bangun? I really miss you." Ujar Cobra sinis, berjalan pelahan mendekati katil. Dia menelan air liur melihat tapak kaki Hawa yang putih kemerahan, dia usap pelahan.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now