BAB:34

13.3K 471 55
                                    

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunkan la dosa-dosa kami, Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mengingati Engkau, orang-orang yang tahu berterima kasih terhadap kurniaan nikmat-nikmat Engkau, orang-orang yang sabar dalam menerima dan menghadapi qada' dan qadar serta bala bencana dari Engkau, orang-orang yang mendapat rezeki yang halal dari Engkau, orang-orang yang terpelihara dari segala dosa, orang-orang yang terjauh dari seksaan api neraka. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau kurniakan la kebahagiaan rumah tangga kepada kami, jauhi kami daripada hasa dengki manusia. Kekalkan la kasih sayang antara kami hingga hujung nyawa kami. Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami mohon keampunna, memperkenankan la doa kami ini. Aamiin Ya Rabba Alamin." Adam menadah tangan berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT sebaik sahaja menunaikan solat fardhu isyak. Adam menoleh memandang Hawa dan dia mencium dahinya. Tiba-tiba dia mendengar perut Hawa berbunyi.

Adam ketawa sambil meletak tapak tangannya pada perut Hawa.

"Eh? Mochi ni lapar la, patut la abang dengar macam ada bunyi harimau mengamuk rupanya perut dia." Sindir Adam semakin galak dia tertawakan Hawa,kemudian dia menarik Hawa duduk di atas ribanya.

Hawa mengetap bibir mendengar kata-kata Adam.

"Eee.. awak ni kan, jangan sampai saya gigit-gigit tangan awak ni. Mana ada perut saya macam bunyi harimau bergaduh." Marah Hawa sambil memukul dada sasa Adam.

"Ada la, sayang tak dengar ya? Bunyi dia macam ni aum,aum, aum."Kata Adam sambil menggomol lama pipi Hawa. Terbahak-bahak Adam ketawa melihat riak wajah geram Hawa.

"Saya lapar tau, jangan sampai saya makan awak. Saya nak pergi masak la, malas nak cakap dengan awak." Merungut Hawa, dia bingkas bangun dari riba Adam. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, dia mana pandai masak setakat, goreng telur tu boleh la.

Hawa tersengih memandang Adam, dia menghulur tangan kepadanya.

"Awak... awak..." Panggil Hawa dengan nada suara manja.

Adam mengukir senyuman melihat telatah Hawa, dia menyambut tangan Hawa dan bangun berdiri di hadapannya. Dia tahu Hawa pasti mahu menyuruh dia masak kerana bab kerja dapur memang la Hawa fail..

"Abang memang nak masak untuk mochi montel ni, hari ni abang masak sup ikan merah la sebab badan-badan sayangkan banyak luka untuk proses pemyembuhan kena la kurang makan benda berminyak." Kata Adam sambil memimpin tangan Hawa dan menariknya mengekori dia menuju ke dapur.

"Wah! Hebat la macam mak bidan nak rawat orang bersalin. Mana awak tahu semua tu?"

Adam ketawa mendengar kata-kata Hawa, ada ke patut rupanya yang kacak ni katakan macam mak bidan.

"Arwah ibu yang ajar semua tu. Sayang duduk sini, tengok abang masak. At least kalau abang tak ada dekat rumah, sayang lapar boleh la masak sendiri." Kata Adam sambil dukung Hawa naik duduk dia atas permukaan kabinet dapur ini.

"Saya pandai masak telur goreng la, kira hebat juga kan?." Kata Hawa memerhati Adam yang sedang mengeluarka barang dari peti ais.

"Hebat, I proud of you. Lagi hebat kalau goreng telur tu elok je membulat. Bukan senang nak goreng telur ni."Hawa mengetap bibir mendengar kata-kata Adam, boleh tahan pedas juga perli suaminya ini.

"Awak perli saya, kan?" Soal Hawa geram.

"Eh? Mana ada, abang bangga isteri abang pandai masak telur goreng. Ni orange untuk sayang, elok untuk proses penyembuhan. Anything else? Sayang nak minum?" Kata Adam sambil menghulur satu piring orange mandarin yang telah siap dipotong. Kemudian dia menghulur segelas air kosong kepada Hawa.

"Awak, tak boleh ke saya turun dari sini?" Soal Hawa yang berasa gayat dan ingin turun dari kabinet dapur ini.

"Abang nak ajar sayang masak, tengok ni ada bawang besar, ada bawang putih, semua ni untuk masak sup ikan. Abang bukan nak sayang masak untuk abang tetapi cukup untuk mengisi perut sayang kalau abang tak ada dekat rumah, abang tak nak sayang kelaparan tak pasal nanti perut isteri abang bunyi macam harimau bergaduh, aum.. aum.. aum.." Adam ketawa sambil  memicit pipi tembam Hawa.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now