"Arghh!! Aku minta maaf , aku salah tak jaga barang tu elok-elok! Tolong la lepaskan aku!" Meraung Eric yang di ikat pada batang pokok kelapa tanpa seurat benang dan badannya di pukul bertalu-talu menggunakan batang besi panas.
Cobra ketawa mendengar kata-kata Eric, dia menghidupkan pemetik api dan mencucuh rokok pada api yang menyala.
"Aku kan dah kata jaga barang macam nyawa kau sendiri. Kalau barang tu hilang nyawa kau pun hilang, kau tahu kan Mr. Darren dah bayar RM5 juta untuk N2.O dan dia nak hari ni kalau dia tak dapat barang tu rosak la nama aku!!" Jerkah Cobra, dia mengangkat tinggi kakinya dan menendang kuat kemaluan Eric.
"Arghh! Sakit!!! Kan aku dah kata bukan salah aku! Aku dah letak dalam peti besi!" Eric menangis menahan kesakitan yang teramat ini.
"Setakat kau simpan dalam peti besi bodoh kau tu! Tak mustahil la tiga polis tu boleh senang-senang je ambil benda tu. Diaorang bukan polis biasa tetapi dari Unit Tindak Khas, kemahiran diaorang tinggi, lain kali buat kerja pakai otak!" Cobra menumbuk wajah Eric berkali- kali hingga tersembur gigi dia.
Cobra melepaskan keluhan kasar, dendamnya kepada pasukan polis UTK semakin membara terutamanya polis bernama Adam Hayyat kerana lelaki itu banyak menganggu urusannya.
"Tolong la maafkan aku, aku janji akan ambil balik barang tu. Tolong la.. tolong la.." Merayu Eric supaya Cobra menghentikan penyeksaan ini.
"Maafkan kau?" Sindir Cobra sinis sambil mencengkam kuat leher Eric.
"Boss ni air yang Boss nak." Kata Simon menghulur satu baldi air panas mendidih kepada Cobra.
Eric menggeleng kepala melihat air panas di hadapannya. Dia seperti dapat agak apa yang akan dilakukan Cobra sebentar lagi.
"Aku jenis manusia tak maafkan orang lain. Sekali kau buat salah seribu kali aku seksa. Kesalahan kau ni teramat la besar sampai aku rasa hanya kematian layak untuk kau!" Tengking Cobra lalu dia menyimbah satu baldi air panas ke tubuh Eric yang tanpa seurat benang itu. Dia ketawa terbahak-bahak melihat Eric melihat menggelupur.
"Arghh!! Argh!! Arghhhh!!!" Menjerit Eric menahan kesakitan yang teramat ini. Keseluruhan badannya melecur hampir 90% kulit badannya mula mengelupas berdarah.
"Bakar dia!" Cobra mengarah pengikutnya membakar Eric secara hidup-hidup. Dia sempat melambai ke arah Eric sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Tak! Tak! Jangan! Jangan!! Tolong! Tolong!" Jerit Eric apabila Simon mula menyimbah petrol keseluruhan badannya. Dia menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya sebentar lagi.
Simon menghidupkan pemetik api lalu di baling ke kaki Eric.
"Arghh!!" Jerit Eric lagi apabila api mula membakar kakinya dan pelahan-lahan api naik ke badan hingga la kepala Eric. Meraung, menjerit, dan meratap Eric di pokok kelapa itu apabila api mula memakan kulit badannya. Lama-kelamaan suara Eric tidak lagi kedengaran, api terus marak menyala.
"Bau satay.. tapi aku sekarang ni rasa macam nak bau perempuan comel." Kata Cobra yang sedang duduk di sebuah sofa sambil di temani seorang perempuan seksi di atas ribanya.
"I boleh teman you." Ujar Natalia sambil mengusap dada Cobra yang terdedah.
"Aku tak nak kau, aku nak perempuan chubby, montok, gebu. Aku akan bawa dia jumpa kau, boleh la kau berkawan dengan dia." Balas Cobra sambil mencuit hujung hidung Natalia.
"Sejak bila you tukar taste nak yang chubby ni?" Tanya Natalia hairan, setahu dia semua perempuan simpanan Cobra kurus ala model.
"Sejak dia cari pasal dengan aku." Terukir senyuman sinis dibibir Cobra, sesiapa saja mencari pasal dengan dia. Kehidupan mereka tak akan pernah aman dan tenteram untuk selamanya.
YOU ARE READING
Lelakiku (C)
Horror(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tu...