"Papa punya syarikat... Tengah terganggu sekarang ni Ril... tolong papa ye?" - Tuan Razalan
Airil yang mendengarnya seperti mimpi. No, kenapa tiba-tiba suruh kahwin ni
"Pa tak ada cara lain ke boleh selamatkan syarikat papa why kena kahwin pa!" - Airil
"Cik Kamaruddin nak sangat anak dia kahwin, lagipun diorang dah tua... Kita ikutkan aje ya nak? Ini untuk kebaikan kamu juga" - Rahimah
Airil masih lagi tak percaya, cuba tahan untuk tidak menangis
"Mama cakap apa tadi..? Tunang? Airil dah tunang tanpa Airil tahu? Ya Allah Mama (air mata keluar demi sedikit) Airil dah ada girlfriend maa kenapa buat Airil macam ni" - Airil
Mama dan Papa pun terkejut. Tak tahu pula tapi dah terlepas. Nak tak nak kena langsungkan perkahwinan
"Airil boleh tanggung mama dan papa laa kenapa macam ni Ya Allah.. " - Airil menangis
"Papa minta maaf ril, Papa cuma nak selamatkan keluarga kita.. Tolong papa ya nak" - Razalan
Airil diam. Masih menangis senyap. Suasana mencari tegang. Airil tak nak jadi anak derhaka
"(sayu tapi angkat kepala) Baik pa.. Kalau inilah yang papa nak, Airil cuba kuat" - Airil
Aku kena kuat demi Mama dan Papa, Aku tahu diorang dah lalui macam macam. Walaupun susah aku kena juga
Demi Qhairina juga... Saya minta maaf awak, saya mungkir janji, saya akan tinggalkan awak...
"(cuba untuk senyum) Airil jangan risau, pasal baju semua tu kami uruskan.. Tinggal datang hari nikah je ya? " - Rahimah
"Baik Mama... " - Airil
Airil kemudian agak kecewa lalu masuk ke dalam biliknya. Ibubapa nya berasa serba salah namun apakah dayanya?
"Nak cancel pun tak boleh.. saya kesian dengan Qhalisha tu" - Razalan
"Betul bang.. At least kalau dia ada dengan keluarga kita mungkin kita boleh layan dia lagi baik" - Rahimah
Malam itu, Hanya Allah je tahu betapa sedihnya, kecewanya Airil.
(Di Markas PDRM)
Tuan Hasif termenung. Stress macam mana boleh ada bomb pada malam kejadian
Nak kata penculik? Takkan diorang nak mati sekali
"Ada apa apa yang menganggu tuan ke?" - Pembantu peribadi
"Kau rasa, Apa motif bomb tu ada kat sana malam tu? dan jenis bomb tu pun payah nak didapatkan" - Hasif
Pembantu peribadi senyap. Betul juga, bomb tu ibaratkan edisi baru dari negara luar
"Aku rasa tu tanda ugut untuk kita stopkan misi 740 tu.. Mungkin situ pernah jadi tempat mereka berdagang" - Hasif
"Saya pun rasa begitu tuan, Hamzah mengatakan kepada saya dia dan Harith terjumpa banyak dadah yang rosak ada dekat satu bilik" - Pembantu
Hasif mengangguk. Faham akan gerak geri musuh. Hasif kemudian menutup file
--
"Ha?! Kau nak putus dengan Airil?! Tapi kenapa do Qhai korang sepadan" - Qhalisha
"(dengan muka yang pucat senyum) Kak.. Aku tak nak dia terseksa dengan sakit aku ni.. Lebih baik dia cari yang lain" - Qhairina
Qhalisha membuat muka tidak percaya. Qhalisha berasa sayang kenapalah si Qhairina ni cepat putus asa
"Kau tak kesiankan dia ke? Dia tu sayang gila gila kat kau tau tak? Kau pun selalu duk cerita cerita dengan akuu" - Qhalisha
Qhairina akhirnya menangis. Qhairina kemudian peluk Qhalisha
"Aku tak kuat kakak.. Aku tak boleh bahagiakan dia.. Sakit aku ni boleh bawak mati" - Qhairina
"Tapi kau boleh sama sama dengan dia rawat sakit kau tu Qhai, Lagipun (menangis juga) Kalau aku dah kahwin nanti siapa nak jaga kau? " - Qhalisha
Mereka berdua menangis bersama. Sukar sebab masing-masing ada masalah masing-masing, Sorang diabaikan keluarga, Sorang sakit barah.
Malam itu, Selepas menuliskan satu surat untuk Airil dia menarik nafas. Dia memberanikan untuk menelefon Airil
"Airil... Awak buat apa?" - Qhairina
"Saya..? (sedih tapi tak nak bagitahu) Saya ada ni tak boleh tidur pandang dinding je dari tadi hahaha" - Airil
Qhairina diam. Tangannya shaking. Dia melihat kakaknya yang tidur
"Minggu depan saya nak jumpa, ada benda yang saya kena cakap dengan awak" - Qhairina
"boleh sayang.. Tapi kenapa tak esok ke lusa lagipun saya cuti lagi tuu" - Airil
"Tak. Saya nak minggu depan, tolong bagi saya masa" - Qhairina yang cuba tahan nangis
Airil terdiam. Suara Qhairina tidak seperti selalu namun dia setuju untuk berjumpa minggu depan.
.
.
Seminggu berlalu dengan pantas. Hari itu, Qhairina memakai baju dengan cantiknya. Boleh diingatkan dengan hari first date"Kau betul... nak lepaskan semua ni?" - Qhalisha
Qhairina angguk dan senyum. Dia kemudian mengambil surat yang disimpannya di dalam laci
"kak.. (bagi surat tu) Kau simpan ya benda ni, dah sampai masa kau boleh bagi Airil" - Qhairina
"Qhai.. Aku... " - Qhalisha
"Ini untuk kebaikan kami, kebaikan kau (senyum) Aku harap kalau ada jadi pape kat aku kau boleh jaga dia dengan baik ya" - Qhairina
Kata-kata Qhairina seolah dia dah tahu ajal dia. Takkan dia tak nak berubat langsung? Takpelah Qhai. Aku akan pegang wasiat kau tu sampai bila bila.
Qhairina keluar. Qhalisha kemudian sigh dan tengok kalender. Qhalisha pegang kalender tersebut
"Lagi 2 minggu.. Aku akan keluar dari rumah neraka ni, Aku akan lepaskan semua macam Qhairina buat.. (tengok tingkap) Aku harap kau terima aku seadanya bakal suami" - Qhalisha
(Di cafe)
Qhairina dan Airil tidak bercakap langsung. Suasana sangat sunyi. Airil jenguk keadaan Qhairina yang agak sayu
"Sweetheart? Awak okay ke?" - Airil
Qhairina tidak menjawab dan dari tadi main straw. Airil agak tersinggung kerana Qhairina abaikannya
"Kalau awak tak okay.. kita boleh pergi tempat lain. Air tu tak sedap ya? Ha jom--" - Airil
"Kita putus" - Qhairina
Airil terkejut dan tersentap. Airil tatap muka Qhairina dengan kecewa
"(hembus nafas dan angkat kepala hadap Airil) Kita putus Airil, saya dah tak nak teruskan semua ni" - Qhairina
Tak.. Tak mungkin.. NO! Ni mimpi kan
Tapi kenapa?
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...