C ; 69

712 20 0
                                    

“Kayr, I prefer you call me just that”

Jelas seorang jejaka yang seakan berbadan kacukan pakistan itu. Lembut sekali ton suara. Ketinggiannya hampir sama dengan tinggi suami aku. Mempunyai gaya rambut ‘low fade’ idaman wanita. Hidungnya juga mancung diiringi bibirnya yang cukup merah.

“Tengok dari luaran macam kaya semacam je mamat ni mm” bisik hati Qhalisha

“Dah habis dah ke tenung, si gatal? ingat sikit awak tu dah ada suami” - Airil

Qhalisha kemudian sedar kepada realiti. Dia menjeling kepada Airil lalu menundukkan hormat kepada Kayr. Dia menyambung kerjanya yang masih tidak sudah di dapur.

Airil ketawa kecil lalu toleh ke arah Kayr, Kayr kemudian kenyit mata lalu mereka beredar pergi ke bilik tetamu.

---

Hari esoknya, Airil sangat gembira bersama Aidil bermain satu permainan budak-budak. Qhalisha yang membawa bakul dipenuhi dengan baju basah terhenti dan memerhati kemesraan itu daripada jauh. Tanpa sedar dia turut senyum akan kecomelan mereka

“Sayang betul you dekat diorang eh?" - Kayr

“(menoleh ke arah Kayr yang berbisik) H--ha? hmm sayang la.. diorang dunia saya”

Kayr angguk apabila turut juga memerhati Airil dan Aidil bermain dari jauh. Kayr kemudian toleh ke Qhalisha yang gementar dan agak menggigil di sebelahnya. Dia merapatkan badannya dan mengepung Qhalisha ke suatu tempat

“E--eh awak buat apa ni Kayr? Nanti suami saya nampak tak elok la!”

“Oh tak boleh eh? (menyisirkan sedikit rambut Qhalisha ke belakang telinga) I thought you are still mad at him.. Airil cakap you masih tak nak terima cinta dia so i think why not--” - Kayr

Waktu itu Qhalisha menepis Kayr sehingga badannya ditolak terkena dinding. Bunyi agak kuat membuatkan Airil datang ke arah mereka

“Eh Tweety awak buat apa kat sini? Kayr? Kau dari mana ni? dari bilik?” - Airil

Qhalisha yang agak segan dan bengang itu menyorokkan mukanya yang merah. Dia mengangkat bakul dan menuju ke ampaian luar.

Airil dan Kayr melihat satu sama lain dan mengangkat kening. Diorang menuju ke ruang tamu dan bermain bersama Aidil

“Harapkan muka je hensem, badan muscular semua tu ergh perangai!! Biadap betul eee aku lah nak je halau kau” - Qhalisha yang membebel sambil menjemur kain

---

(Di dapur)

Qhalisha masih membebel tentang sikap Kayr yang sangat biadap. Cepat betul kerja yang dibuatnya. Airil yang datang dari jauh menutup mulut dan tengok sekeliling dapur

“Perempuan kalau marah² memang auto jadi robot seberguna ke apa?! Saya rasa awak baru je masuk dapur tengok² satu lauk dah nak siap” - Airil

“(menjeling dengan maut) Daripada awak tercegat kat situ dengan banyak songehnya baik awak tolong saya!” - Qhalisha

Airil gugup lalu cepat² dia ambil apron. Duduk di belakang isteri yang masih membebel sambil menumis dan menumbuk bahan-bahan

Walaupun disuruhnya Qhalisha untuk menolong, Kerja di dapur itu seakan-akan Qhalisha sahaja yang buat. Airil tolong hidang dan letak dalam tudung saji sahaja

“Haih awak ni kenapa dari awal sampailah akhir saya ada kat dapur ni membebel je, saya rasa memang kena dan bijaklah saya bagi nama manja awak Tweety” - Airil

Qhalisha kemudian berhenti dan menatap Airil. Airil membaiki posisi berdirinya. Qhalisha mengerling jika Kayr dengar ataupun berada berhampiran mereka atau tidak

“Awak saya rasa baik awak cakap elok-elok dengan Kayr or suruh dia pergi check in hotel boleh kan? Lagipun saya tengok gaya dia tu macam kaya semacam setakat hotel budget takkan la tak mampu” - Qhalisha

“(ketawa kecil) Awak dah kenapa ni? Bukan ke awak juga yang setuju dia tumpang lagipun kan saya cakap dia dah banyak tolong saya waktu saya kerja polis dulu.. Yes dia memang kaya dan tersangat kaya tapi sayang..., Saya dah lama betul tak jumpa dia apa salahnya dia stay kat sini kejap bukannya lama pun okay?” - Airil

Qhalisha memuncungkan bibir dan memasamkan muka. Dia kemudian sambung buat kerja. Aku just rasa memang vibe tak betul dekat si budak Kayr tu aih.. takpe² aku sabar selagi boleh

Airil yang menatap belakang Qhalisha tersenyum. Dia cabut apronnya lalu bergerak ke bilik. Sudah hampir 3 hari Kayr tinggal bersama Qhalisha dan Airil. Ya, makin menjadi-jadi perangai playboy dan gatalnya kepada Qhalisha namun Airil masih tidak tahu.

Qhalisha sekarang sedang kemas bilik tidurnya dengan fikiran yang serabut. Dia kemudian tiba-tiba menjadi nekad dan berdiri tegak

“Ahh! Aku tak boleh jadi senyap macam ni lagi, maruah aku mahal kot~ Kau nak memperlekehkan aku pula ya Al Kayr?! Harapkan nama je bermaksud goodness(baik) tapi perangai ergh! Kau tunggu aku siap kemas bilik ni aku halau kau ni rumah aku sukati aku le” - Qhalisha

Qhalisha final touch up dekat katil kemudian mahu menoleh ke belakang. Kayr masuk lalu menutup pintu bilik dan memberikan isyarat suruh senyap

“(mundur ke belakang) K--kayr!! Awak sedar tak awak buat apa ni! Saya isteri oranglah!”

“(smirked sambil maju ke hadapan dengan membuka butang baju sedikit demi sedikit) Peduli apa aku? Asal aku dapat kau.. untung si Airil ada bini lawa patutlah cair tiap-tiap hari bila cerita dekat aku” - Kayr

Qhalisha mencapai barang apa yang patut dan dibalingnya kepada Kayr. Kayr mengelak lalu mengepung Qhalisha dengan segera. Dah dapat tangkap Qhalisha dia mencampakkan Qhalisha ke atas katil. Qhalisha makin takut dan cuba lari tapi tak boleh

“Eh lepaslahh! Airill!! Tolong sayaaa Airil”

“Airil takkan dengar lah sape suruh buat bilik guna dinding sounproof muahahaha”

Qhalisha kemudian lagi tak selesa dan cuba melepaskan diri. Terlalu kuat Al Kayr ni aku tak mampu langsung! Siapa dia ni sebenarnya? Nak kata polis macam Airil tidak sebab Airil cerita dia cuma business man biasa.

Qhalisha mula pasrah dan menangis dengan perlahan. Dia berasa sangat jijik. Dia juga berasa bersalah sebagai seorang isteri. Kayr baru sahaja mahu membuat kerja kotor terhadap Qhalisha tetapi

“Qha--Qhalisha! Kayr korang buat apa ni?!” - Airil

Airil yang membuka pintu pada saat itu tidak sengaja menakungkan air mata. Qhalisha terkejut lalu Kayr melepaskan Qhalisha kerana sudah tertangkap

“Tsk haih.. Kacau ah” - Kayr

BERSAMBUNG

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now