Harith&Farish past Pt 1

436 19 0
                                    

"Farish past bola tu dekat aku gile" kata Fariz, abang sulungnya itu

Farish dengan gembira menyepak bola kepada Fariz. Setelah bola berada dalam genggaman Fariz, terus disepak ke gol

Harith yang menjadi penjaga gol terlepas dan akhirnya dua beradik itu menang. Mereka sangat gembira

"Haish memang duo maut korang ni, tapi tadi tu aku bagi can je" - Harith

"Eleh, sembang la ko bang~ Cakap je la kau tak pandai sebenarnya" - Farish

Harith dan Fariz ketawa. Banyak mulut betul si Farish ni. Elok bergembira tiba tiba datang seorang perempuan.

"Hi Fariz, Harith.. Farish sorry datang lambat rini hehe ni aku ada bawak karipap sape nak?"

"Wahhh seriouslahh akak Alicia masakkan untuk kamii yeayy nakkk" - Farish

Semua ketawa. Harith dan Fariz mendekati Alicia. Fariz tatap mata Alicia dengan penuh cinta

"Patutlah aku chat tak habis habis cakap busy, eyy aku ni kalau ikutkan lagi busy auw ni pun cuti ye dok Rith? " - Fariz

"Ha ah, nanti kitorang dah ada atas laut balik baru tau kau" - Harith

"Alaaa sorrylah korang, aku just nak suprise sikit je. Alang² tu Fariz cakap nak bawa adik bongsu ni kan" - Alicia

Farish yang syok tak ingat dunia makan karipap angguk setuju. Mereka pun hanya menikmati masa lapang itu.

(Farish dan Fariz akhirnya sampai di rumah)

Baru je buka pintu tapi apabila terserempak dengan ayah mereka kelihatan tergesa-gesa

"Walid nak pergi mana? " - Farish

"(toleh ke arah suara dan senyum secara awkward) Walid ada kerja sikit okey? Fariz. Kamu cuti kan dua hari ni jaga adik" - Walid

Fariz menunduk kepala tanda faham. Walid pun beredar naik kereta yang dah lama tunggu depan rumah

"Abang, Kau tak rasa pelik ke? Walid semenjak dua menjak ni asyik busy dan gopoh. Tak tau cepat-cepat nak pergi mana" - Farish

Fariz diam dan hanya pandang kepada kelibat Walidnya walaupun sudah tiada.

"Bang.. Kau okey tak ni? asal senyap je? " - Farish

"(toleh ke arah Farish) Esok kau sekolah kan? Pergi buat kerja sekolah pastu mandi semua tidur.. Ha solat magrib luu dah lewat ni" - Fariz

Farish tabit hormat kepada Fariz. Meniru lagak abangnya seorang paskal tersebut. Fariz hanya tersengih.

--

"Semakin banyak lanun terlibat dengan jual dadah ni.. Biasanya gelandangan atau orang orang kongsi gelap je" - Hamzah

"Sekarang ni kalau tak nak kantoi.. Semua pergi laut tapi diorang lupa.. kerja paskal kebanyakan dekat laut" - Harith

"Kan? Diorang hanya fikir polis dan another tentera khas lain.. diorang tak tahu ke kita wujud ahhahaa" - Hamzah

Harith dan Hamzah tergelak kecil. Hamzah kemudian pandang ke arah Fariz yang sangat senyap pada hari itu.

"Aik Fariz, lain ni.. Tak pernah pernah kau senyap tiba-tiba hari ni kenapa? ada masalah eh? " - Hamzah

Fariz angkat kepala dan tenung mereka berdua, Hamzah dan Harith pandang satu sama lain hairan

"Kalau aku cerita ni.. Korang janji akan senyap dulu? " - Fariz

"Kenapa ni Fariz? Kau ada masalah kan? Nak kata gaduh ngan Alicia.. elok je kelmarin hari tu" - Harith

"Itulah tu lagipun korang dah kawan lama sejak universiti lagi.. Jarang lah aku tengok korang gaduh" - Hamzah

Fariz bangun dan geleng kepala. Fariz kunci pintu office mereka. Fariz isyarat kepada mereka supaya tunduk

"Aku dah yakin.. Malam tu bukti yang aku kumpul selama ni memang betul! Walid aku lah villain di sebalik semua ni.. " - Fariz

"Ha! Kau ni biar betull takkan la Walid kau nak buat macam tu haritu aku datang rumah--" - Hamzah

"No Hamzah.. Dia pakai topeng waktu tu, malam semalam Walid aku masih outstation and aku decides nak masuk bilik dia senyap², guess what? He forgot his thing and dokumen perjanjian dia dengan lanun pihak jiran.. " - Fariz menceritakan dengan sebak

Hamzah dan Harith sangat terkejut. Muka baik, layanan baik Walid tu.. sebenarnya penjahat sebenar?!

"Habis tu kau ada plan pape ke? kau nak ambush Walid kau? " - Harith

"(geleng kepala) Kau pun tau once kita dah tahu dalangnya.. Mission 740 ni kena jalankan.. peperangan besar akan berlaku, aku sayang Walid aku.. aku decides nak bincang dia elok elok rith.. Dia boleh bertaubat! " - Fariz

Hamzah menundukkan kepala. Harith sigh. Fariz kecewa. Rasa beban dan gagal menjadi pewira bangsa

---

"Nanti kau ambik adik kau dekat akademi ya Fariz, Walid dah nak kena pergi ada hal--" - Walid

Fariz membalingkan pasu sehingga pecah. Kelakuan Fariz mengejutkan Walid

"FARIZ KAU DAH GILA--" - Walid

"WALID TU YANG GILA! STOP IT WALID PLEASE I KNOW WHAT YOU DID (gugur air mata jantan) "

Walid membulatkan mata dan tak terkata. Fariz yang marah sambil menangis

"Kenapa Walid buat macam ni?! kenapa jual dadah! Kenapa ambil dadah!! Walid semua tu berdosa walid.. " - Fariz

"Aku buat semua ni nak tanggung kau dengan adik lah sengal! Kau ingat aku tak penat?! (menangis) Hidup tanpa isteri tu lelah Fariz kau apa tau?! Kau tu tak kahwin lagi" - Walid

"Memang Fariz tak kahwin lagi tapi tau beza halal dan haram! Walid stop ini untuk kepentingan Walid.. Fariz boleh tanggung keluarga ni tolong la Walid.. (menangis) "

Walid dan Fariz menangis dan diam. Walid kesat air mata dan bertegas

"Jangan halang aku Fariz. Kau nak buat apa kau buatlah" - Walid

Lalu Walid meninggalkan Fariz keseorangan. Harith yang baru datang toleh ke arah Walid yang endahkan nya. Harith cepat cepat lari ke dalam rumah.

"Fariz! " - Harith

Fariz rebah. Menangis kecewa. Kenapa Walid? Kenapa Walid berubah macam ni sekali?

"Aku rindu Umi Rith.. (menangis) " - Fariz

Harith cuba tahan sebak. Dia memeluk sahabatnya itu.

BERSAMBUNG

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now