C ; 17

407 16 0
                                    

Lama si Qhalisha memikirkan apa yang terjadi malam tadi. Sekarang dah pukul 4 pagi, Qhalisha tak boleh tidur

Qhalisha dan Airil tidur bilik asing. Selepas kejadian malam tadi, Airil mengemaskan baju di bilik tidur lalu keluar selepas selesai

"(intai dari tingkap) Haih tak balik lagi ni.. Banyak ke aku salah cakap semalam? " - Qhalisha

Qhalisha malas nak layan sangat perasaan negatif. Qhalisha menutup mukanya dengan bantal

"Ahh Lantakk la abaikan kejadian semalam. Aku tetap dengan pendirian aku , aku akan goda kau Airil" - Qhalisha

Qhalisha angguk dengan semangat. Dia dah tak bekerja dekat club of revenge tu buat sementara so mission dia dekat rumah

"Make Airil Fayyadh fall in love with me" - Qhalisha

Qhalisha tersengih sorang-sorang dan terbayang kehidupan bahagia mereka bersama

"Alaa lagipun tak salah~ Qhairina pun suruh aku jaga kau baik baik Airil so yeah! aku takkan mengalah!" - Qhalisha

Malam itu. Misi bermula. Qhalisha akhirnya boleh tidur dan berhasrat bangun pagi esok

(Pagi itu selepas solat subuh)

Qhalisha bersiap cantik² walaupun tak biasa tapi nasiblah pandai bukannya kekok langsung

"Aku kan cantik, so aku akan cantikkan lagi diri aku.. Konferm! Kau mesti lembut hati punyalahh nanti" - Qhalisha

Qhalisha kemudian turun ke bawah dan pergi ke dapur. Susun semua barang dapur yang dihadiahkan semasa kahwin haritu

"Aku nak masak apa ek? Emm kena tanya Qhairina ni dia suka makan apa" - Qhalisha

Qhalisha chat Qhairina. Mujur si Qhairina ni dah bangun tapi sayang.. Qhairina pun tak tahu sebab tak pernah tanya

"Aku dating dengan dia haritu pun.. dia banyak bagi ayat manis bukannya cerita pasal dia" - Qhairina

Qhalisha meletakkan telefon. Yang kau pun satu Qhai asal tak tanya.. Patutlah aku ada jodoh dengan Airil dan bukannya kau

"Ahhh stop daydreaming Qhalisha.. Kau masak je la apa pun asalkan sedap, what about.. Nasi goreng paprik! Okay okayy semangatt" - Qhalisha

Qhalisha terus mula memasak. Qhalisha ni sebenarnya lagi perempuan idaman sebab selain cantik diluar namun cantik di dalam

Banyak bakat yang orang tak nampak. Sebabtu lah Harith suka dekat dia

(After memasak)

Qhalisha tengok keadaan rumah yang bersepah. Dengan pantas kemas dan ubah mana yang patut.

Qhalisha menyapu diluar rumah dan mop. Qhalisha kemudian tunggu di meja makan sambil intai dah balik ke belum si suami

"Lambatnya.. Dah pukul 8 dah ni.. Pergi mana mamat ni? lama kan aku yang lahap semua ni aku masak sedap apa? " - Qhalisha

Qhalisha baru nak give up dan simpan semua yang dihidangkan namun niatnya terbatal apabila mendengar kereta

"Dah balik dah balik!! okay okay (tengok cermin) Make up glowing, rambut hensem (sebab disanggulkan) Okay semua perfect lah" - Qhalisha

Qhalisha ni rambut dia cantik tapi suka disanggulkan. Tapi sekali down je fuhh pakwe semua melekat. Harith je pernah tengok dia lepas rambut

Airil yang keluar dari kereta lihat sekeliling rumah. Pelik asal nampak berkilat semacam. Airil baru nak bukak pintu, Pintu dibuka

"Assalamualaikum abangg dah balik hehe masuklah~" - Qhalisha

Airil kelip mata dua kali. Apakebenda perempuan ni tak betul ke? Semalam rasanya kena marah tak merajuk ke?

"Abang?" - Airil

"Yaaa lahh abang (awkward smile) tak boleh eh?" - Qhalisha

"Suka hati kau la" - Airil

Airil kemudian masuk. Terkejut rumah kemas nak mampus padahal baru sehari pindah. Airil tengok sekeliling dia duk angguk²

"Eish dia ni bukan nak puji aku rajin ke apa erghh takpee aku akan cuba lagi" - bisik Qhalisha

"Abanggg~~~ Jom kita makan nak? Saya buat nasi goreng paprikk mantapp" - Qhalisha

Airil hanya pandang dengan muka batu. Qhalisha semakin awkward. Dia pun kemudian tarik lengan Airil pergi ke meja makan

"Eh apa ni lepaslaa jangan pegang pegang" - Airil

"Shh jangan banyak cakap" - Qhalisha

Airil akhirnya terduduk di kerusi. Qhalisha senyum sampai ke telinga sambil menghidangkan nasi

"Tak betul minah ni.. " - kata Airil dalam hati

Airil kemudian tengok je nasi tu macam tunggul Qhalisha sigh

"Kenapa abang tak makan? Ke nak saya suap meh say aaaa--" - Qhalisha

"Ehhh tak payah mengade eh aku ada tangan la, aku just nak pastikan mana tau kau letak racun" - Airil

Qhalisha membuat muka menyampah. Ehh aku ni tau lah mana baik mana buruk. Sejahat aku tak ada lagi niat nak bunuh orang kecuali Farish hahaha

Airil akhirnya sumbat sesuap nasi itu. Terkaku tak expect sedap macam beli dekat kedai favourite dia

"Acaneee? sedapp ennn heheheh saya tahu dah sebab saya kan chef terhandall" - Qhalisha

"Ek eleh kau jangan nak perasan eh, biasaaa je ni aku pun boleh buat" - Airil

Qhalisha tidak menghiraukannya namun duduk di depan Airil dan tatap nya sampai puas

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Aku jolok kang mata tu haa" - Airil

"Jolok laa tak takut~ awak punya pasal jugak la sape suruh hensem haih untungnyaa sayaa" - Qhalisha

Airil yang mendengarnya tersedak. Qhalisha risau terus lari ke dapur ambil air. Air tersebut selamat mendarat di tangan Airil.

"Haa tu la makan tak baca Bismillah kan dah mendapat? Saya tahu awak lapar makanan saya ni sedap tapi adab makan tu jangan lupaa" - Qhalisha

"Eh kau ni banyak mulut pulak dah ah, (letak pinggan kat tepi) habiskan malas aku" - Airil

Airil kemudian naik ke atas dan meninggalkan isterinya sorang-sorang

"Haih.. Hati Inspektor ni memang keras macam batu ek? Takpe² Aku tak mengalahh la dia tak kenal aku Qhalisha muahaha" - Qhalisha

Qhalisha kemudian habiskan nasi tersebut. Sudah je, dia membasuh dan membersihkan kawasan itu

Airil yang berada dalam biliknya terus ke cermin

"Dia tu kena rasuk demam rumah baru ke? Aku rasa semalam aku tengking dia pagi ni elok pulak.. Pastu tadi tengking juga dia okey lagi tak ada menangis macam perempuan gedik luar sana pelik pelik.." - Airil

Lama Airil tenung muka sendiri dekat cermin tanpa sedar tersenyum

"Sapa suruh hensem sangat... (tersengih) Aku hensem eh? hihihi" - Airil

Akhirnya Airil tersedar. Dia menggelengkan kepalanya lalu berkata

"Ha sudahhh aku pun dah kena rasuk sekali aaa mamaa aku nak mandii" - Airil

BERSAMBUNG

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now