Flashback
“(memberikan kertas ditulis alamat untuk berjumpa) Malam ni aku pergi mission 740 ni.. Aku dah tahu tempat simpan penyimpanan jadual waktu Walid berdagang.. Tempat letak dadah and so on.. Aku akan update pegawai aku, Tuan Hasanal.. Aku nak kau jumpa dia pukul 9 malam ni untuk dia past benda tu dekat kau.. Kau akan pegang benda tu dan tolong pihak seterusnya” - Fariz
“(ambil dengan sebak) Tuan adakah ini bermaksud... Tuan takkan balik... Tuan jangan macam²--" - PA
Fariz menghembuskan nafas dan senyum. Dia meletakkan tangan di atas bahu PA rumah mereka tersebut. Fariz angguk.
“Kau memainkan peranan penting untuk misi ni selesai, Pihak paskal tidak boleh beterusan stuck so kami akan serahkan kes ni dekat PDRM UTK supaya cara rancangan kita nak hapuskan penjahat... Walid... (sayu) tak terbongkar” - Fariz
PA tersebut akhirnya menangis. Fariz ibaratkan keluarga sebenar baginya. Dia angguk dan setuju. Ya, dialah orang yang dicari Walid dan Farish.
Barang yang hilang dan rosak semuanya disebabkan PA itu, dengan senyap setiap kali team Airil nak ambush sesuatu tempat yang berkaitan mission 740, PA akan memasuk campur terlebih dahulu.
END FLASHBACK
“Aku harap.. Harith dan Hamzah cepat² tangkap dan insafkan dua beranak ni” - isi hati PA
-
-Pekerja upahan Farish datang dengan pelbagai berita dari pihak Qhalisha, Dia memberitahu segalanya bahawa Qhairina sudah lama sakit. Qhalisha tahu tapi lama senyap atas permintaan
Pekerja memberi info bahawa Qhairina berasa di wad ICU sekarang. Ditemani Qhalisha dan Airil. Farish mendapat idea untuk ugut Qhalisha supaya memberikan rakaman suara Tiara dan dia diserahkan. Farish menyiapkan dirinya untuk ke hospital.
(Di hospital)
Qhalisha sedang menyuap bubur kepada Qhairina. Selera tapi makan dengan perlahan. Airil yang tengok dari jauh hanya senyum. Qhalisha turut senyum kerana Qhairina mahu makan kalau tak.. hmm tolak je nurse cakap
“Aduh.. mmm Abang tolong jaga Qhai kejap boleh? Saya nak pergi tandas tak tahan sangat dah ni” - Qhalisha
Airil angguk lalu Qhalisha beredar meninggalkan kedua mereka dengan suasana awkward. Qhairina akhirnya bersuara dengan senyuman
“Awak nampak bahagia dengan kakak.. (senyum) syukur alhamdulillah” - Qhairina
“(tersengih dan hembus nafas) Bahagia la.. sebab doa awak juga.. Tapi dia tu mulut murai sikit eh? berdarah telinga saya” - Airil
“(tersenyum dan angguk) Dia memang macam tu dari kecil lagi.. Ada je cerita dan idea dia.. sebab tu lah dia bijak” - Qhairina
Airil angguk dan menyilangkan tangan. Dia tersenyum dan berkata
“Tapi tu lah.. Kalau dia tak de sehari.. Tak bercakap sehari rasa sunyi.. (senyum) Masa dia sakit haritu diam je” - Airil
Qhairina angguk dan ketawa. Seronok tengok Airil akhirnya bahagia. Dia bangga dengan keputusan yang dibuat.
Sementara itu, Qhalisha yang baru sahaja keluar dari tandas baru nak menuju ke bilik Qhairina namun terhenti dengan satu suara
“Wah wah wah.. Kakak yang berwibawa sungguh Qhalisha sekarang~ Adik sakit sanggup bermalam even dah ada suami” - Farish
Qhalisha menoleh dengan takut. Qhalisha mengundurkan badannya. Dia kemudian bertanya
“APA KAU NAK HA?! KAU JANGAN GANGGU AKU LA FARISH SUDAH LAH” - Qhalisha
“shhh shh hospital ni.. (mendekati Qhalisha) Apa aku nak? Aku nak rakaman suara tu.. selagi kau tak serahkan kepada polis selagi tu aku nak. Kau bagi sekarang! ” - Farish
“Takkan! Aku takkan bagi! Selagi kau tak stop kerja terkutuk kau dan minta maaf sebab kau Tiara mati! lagipun lek la.. aku tak kasi polis apa yang kau nak takut! Aku nak kau serahkan diri sebab buat benda tak elok aku dah habis minta cara lembut ni Farish tolong...” - Qhalisha
Farish senyum sinis. Dia angguk lalu menatap Qhalisha yang masih gelisah. Farish kemudian menggunakan info yang dia tahu
“Takpe.. kau degil.. Aku guna cara kasar, Airil tak tahu kan yang kau tahu lama dah pasal sakit Qhairina? huh (senyum sinis) cuba bayangkan apa perasaan dia kalau dia tahu kau sebenarnya dah tahu lama even sebelum korang dijodohkan tapi sorokkan even dengan parents kau” - Farish
Qhalisha membulatkan mata dan menelan air liur. Dia rasa terkilan lalu menundukkan kepala. Dia kemudian tidak sengaja menoleh ke kanan dan terlambat, Airil dengar perbualan mereka yang itu. Shoot.. I'm dead.
“Abang--” - Qhalisha
Airil mengenggamkan tangan dengan geram dan mahu menangis. Dia marah. Dia kemudian lari meninggalkan mereka. Qhalisha tidak menghiraukan Farish namun mengejar suaminya dengan nekad. Farish senyum sinis lalu beredar pergi ke bilik Qhairina
-
“Abang nanti!” - Qhalisha mengejar suaminya. Airil sangat marah dan tidak berpaling ke belakang namun Qhalisha tidak mengalah. Dia menahan Airil dengan pegang lengannya. Airil tepis
“EH KAU NAK APA HA?! TAK CUKUP LAGI KE KAU DAH MUSNAHKAN HIDUP AKU DENGAN QHAIRINA?! DASAR MUNAFIK” - Airil
“Ab--bang... Saya ada sebab saya, lagipun Qhairina--” - Qhalisha
“SEBAB APA?! CUBA KAU CAKAP DENGAN AKU APA SEBAB BODOH KAU TU? HA AKU TAU KAU TU DENGKI TAK BOLEH NAK TENGOK ADIK KAU LEBIH SIKIT KAU DAH TAK TAHAN SAMPAI SANGGUP BUNUH ADIK SENDIRI DENGAN CARA MACAM NI” - Airil
Qhalisha menampar Airil. Qhalisha kemudian menitiskan air mata. Airil memegang pipi kanannya lalu menatap Qhalisha dengan pandangan yang tajam
Waktu itu
“ARGHHHHHHHHHHH” - Nurse dari tingkat atas
Qhalisha dan Airil terkejut lalu tatap satu sama lain. Mereka berlari kepada Qhairina. Sampai dibilik dipenuhi Staff dan Doktor di katil Qhairina. Qhalisha menjenguk lalu terkejut apabila mulut Qhairina dipenuhi buih dan mesin operator menandakan oksigen dan sebagainya terhenti. Qhalisha mengalirkan air mata
“ADIK TAKK!!” - Qhalisha
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...