C ; 68

575 19 2
                                    

Faridah dan Rahimah sedang bersiap sedia menghidang makanan di atas meja manakala Kamaruddin dan Razalan bersembang menunggu makanan

Satu ketukan mengalihkan perhatian semua orang ke arah pintu, pintu itu dibuka. Langkah Qhalisha yang menonjolkan diri mengejutkan semua orang terutamanya ayahnya yang berkerusi roda.

“Qha-Qhalisha ke tu..? Anak ayah betul-betul dah balik ke ni? (mata mula menakungkan air)” - Kamaruddin

Qhalisha terkejut dan tersentuh. Akhirnya ayah terima aku?! Sejak bila? Qhalisha menangis lalu berlari ke arah Ayahnya. Mereka memeluk dengan erat

“Qhalisha minta maaf ayah.. Qhalisha minta maaf sebab abaikan keluarga ni” - Qhalisha sambil menangis

“Tak, tak sayang... bukan salah Qhalisha. Ini semua salah ayah yang terlampau taksub dengan dunia.. abaikan perasaan harta ayah ini.. Ayah minta maaf ya?” - Kamaruddin

Qhalisha angguk dengan gembira sambil memeluk ayahnya. Faridah datang dari belakang memeluk sekali dari belakang. Dia juga menangis gembira

“Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kita semua, (toleh ke Airil) Ooo rupanya ini plan kamu nak suruh Mama dan Papa berkumpul di sini~ pandai kamu ya Airil” - Rahimah

Airil menggarukan belakang kepala yang tidak gatal. Keluarga Airil turut berpelukan gembira akan keajaiban yang terjadi

“Ini kalau Qhairina masih hidup, mesti bangga dan turut gembira kan?” - Razalan

Semua angguk senyum. Alangkah Qhairina tahu doanya menjadi kenyataan bahawa aku sudah bahagia.. Semoga arwah tenang di sana

“Eh tapi kejap (melepaskan pelukan) Bukan kamu kata dekat ayah yang kamu dan Qhalisha sudah bercerai? 6 tahun yang lalu ni apasal datang balik berdua ni? Ada apa-apa ke?" - Kamaruddin

“Nak buat macam mana Ayah.. kalau dah jodoh tak ke mana” - ucap Airil senyum sambil mengerling ke arah Qhalisha

Qhalisha turut segan. Semua faham. Faridah kemudian mengesat air matanya dan menjamu ke semua keluarga

--

“Nanti bila² free datang lah lagi bawak cucu mak sekali okay? hehehe dah sampai masa dia tahu akan kewujudan nenek dan atuk dia ni” - Faridah

Qhalisha senyum dan angguk. Rahimah dan Razalan kemudian mengucapkan selamat tinggal. Begitu juga Qhalisha dan Airil. Mereka semua balik ke rumah masing-masing.

Hari berjalan seperti biasa. Qhalisha masih ego untuk menerima Airil, Airil tidak mengalah. Tiap hari dia cuba cairkan ais yang beku itu. Kalau dia boleh buat takkan aku tak boleh kan? Tapi penat juga ye.. rasa macam sia-sia sebab sorang je yang beria.

Qhalisha dikejutkan oleh sekuntum bunga yang diberi oleh Airil yang berdiri dibelakangnya ketika dia tekun menonton televisyen. Qhalisha mengambil bunga tersebut lalu Airil duduk di sebelahnya

“Awak suka babybreath tapi kali ni saya bawa Tulip nak tahu kenapa?” - Airil

“Kenapa?”

“Tulip yang bermaksud cinta yang hakiki. Hakiki pula yang bermakna berlaku dengan sebenar-benarnya. Cinta saya pada awak tak pernah dibuat-buat. Saya ikhlas sayangkan awak Rasydyana Qhalisha. Mungkin sebab tu sampai sekarang jugalah saya masih percaya Airil memang untuk Qhalisha. Cinta kita tulus. Cinta kita ialah Tulip. That's why I meant to love you and it's always you Tweety” - Airil

Qhalisha tergamam. Luluh hatinya apabila dia mendengar keikhlasan lelaki yang dia cintai itu. Waktu itu, tiba-tiba telefon si Airil berbunyi menganggu moment penting. Qhalisha berdahak lalu menyuruh Airil menjawab

Airil kemudian mengikut perintah. Dia bangun dan menjauhkan dirinya supaya perbualan tidak didengar. Qhalisha hanya menatap wajah Airil yang sangat serious. Airil sedar lalu senyum dan waktu itu Qhalisha malu lalu cepat² alihkan perhatian terus ke tv.

(Makan malam)

Qhalisha seperti biasa yang duduk di sebelah Aidil hanya untuk menyuap anaknya tersebut. Airil yang melihat sambil makan tersenyum gembira. Airil kemudian akhirnya teringat atas sesuatu.

“Ha, tadi kawan saya telefon.. Dia dari Los Angeles and flight dia sampai malam ni mungkin dah sampai pun. Dia minta izin nak tumpang rumah kita buat beberapa hari sebelum dia bertolak ke Kelantan jumpa keluarga dia boleh ke?” - Airil

“hm.. Boleh tapi lelaki ke perempuan?”

“Lelaki.. lagipun dia cakap ada kerja nak urus dekat area Selangor ni so.. dia pun dah banyak tolong saya kan?” - Airil

Qhalisha angguk dan menyambung menyuap anaknya dengan diam. Airil tersengih dan mengusik isterinya

“Kenapa? Awak takut eh kalau perempuan.. nanti perempuan tu ngorat saya elelele dah mula sayang saya balik la tu” - Airil

“Eeee mana ada lah! Orang tanya sebab.. sebab (muka semakin merah)”

“Alolo sian Tweety saya ni dah merah macam cili api yang warna merah tu dah, malu tapi mahu nyenyenye” - Airil

Qhalisha makin bengang. Dia sudahi menyuap anaknya dan bangun membasuh pinggan. Airil ketawa lalu high-5 anaknya yang masih gembira makan.

Airil datang dari belakang Qhalisha dengan meniupkan angin di sisi telinganya. Qhalisha terkejut lalu menampar lengan Airil yang sasa.

“Eih!! Suka lah main² gigit kang” - Qhalisha

“Gigitlah~ makan pun saya rela” - Airil

Qhalisha lagi geram lalu memberikan isyarat penumbuk. Baru nak tumbuk tiba-tiba mereka dikejutkan dengan loceng yang dibunyikan dari luar.

“Ha saya rasa itu kawan saya, jap eh Tweety sayang saya pergi sambut dia kejap nanti kita main lawan² lagi hehe”

Gila mamat ni! Aih sabar je lah dah jadi suami balik dah pun. Qhalisha sambung mencuci pinggan dengan diam.

“Sayang, inilah kawan saya” - Airil

Qhalisha menolehkan badannya. Dia tergamam dan terpegun kerana seolah-olah ada dua bidadara di depan matanya. Aku dah mati ke? Awal sangat ni masuk syurga

“Siapa nama kawan awak ni?” - Qhalisha

“Tengku Abu Al-kayr”

BERSAMBUNG

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now