Special Chapter

391 19 1
                                    

Selesai urusan di mamak, Airil balik menuju ke rumah, sampai rumah pukul 4 pagi. Airil naik ke atas menuju ke biliknya namun terdetik perasaan mahu menjenguk si Qhalisha.

Airil membuka pintu bilik Qhalisha hanya untuk nampak Qhalisha yang lena tidur di atas sejadah. Airil kemudian angkat Qhalisha bawa di atas katil. Lama si Airil tenung Qhalisha, rasa serba salah lepas melafazkan talak itu masih terngiang-ngiang di kepala

“Aku minta maaf Qhalisha... aku dah banyak berkasar dengan kau, Ya kau tak salah.. tapi aku tak boleh kawal emosi aku.. sakit yang ditinggalkan Qhairina masih ada dalam hati aku” - Airil

Airil kemudian menyelimuti Qhalisha dengan perlahan, hati-hati dan lembut. Tidak mahu Qhalisha terjaga. Airil mahu ke biliknya namun ditahan Qhalisha yang tidak sedar

“(sambil menangis dan tutup mata) Abang... Qhalisha minta maaf, Qhalisha sayang abang jangan tinggalkan Qhalisha” - Qhalisha

Airil menahan air mata. Dia mengusap pipi Qhalisha lalu beredar ke biliknya.

-

Setelah selesai makan, Airil naik ke atas bilik dan menguncinya. Airil kemudian membawa beg hadiah yang diberikan Qhalisha ke atas katil

Airil kemudian tersenyum apabila mendapati bunga yang diperbuat daripada lego ada di depan matanya. Airil membuka ipad yang dipenuhi dengan slide.

“Saya sayang abang sangat², saya harap abang dapat terima saya balik muahhh rindu Airil Fayyadh yang period memanjang hehehe"

Apalah budak ni.. Tapi memang aku suka marah² ek dulu? Faham. Airil buka lagu yang disuruh. Airil sebak dan tersentuh.

-

“Nah buka mulut lagi aaaa-aaaa--"  - Qhalisha

“Eyh tak nak lah, sikit² sudah lebih² sape nak layan? simpan semua ni aku nak sambung kerja aku” - Airil

Airil pergi ke mejanya dan sambung. Makanan tak habis namun Qhalisha hanya kemas. Dia meletakkan bekal makanan di atas meja. Qhalisha keluar pergi ke tandas untuk basuh tangan. Airil yang berpura-pura melihat skrin komputer menjenguk sekiranya Qhalisha sudah pergi  Cepat² dia berlari ambil sudu dan bekal makanan tersebut.

“Sedap jugak minah ni masak hari ni, ni kalau tak habiskan membazir!” - kata Airil, dia kemudian menghabiskan makanan tersebut.

-

Qhalisha sedang membasuh dan menari-nari di dapur setelah Airil selesai makan. Airil kemudian tertinggal tuala di ampaian belakang datang balik turun ke bawah

Airil terhenti apabila nampak Qhalisha terjoget-joget di dalam dapur, Airil kemudian menyandarkan dirinya di dinding sambil tersenyum

“Oh berlari berkejaran~ Sesudah ke AHHH Bila abang ada kat situ” - Qhalisha

“Lama dah, aku nak ambil tuala kat belakang tapi macam mana aku nak lalu kalau kau halang aku dengan terjoget-joget kat sini” - Airil

Qhalisha malu kemudian dia memberi lalu. Airil geleng kepala lalu menuju ambil tualanya. Qhalisha mula merah  dan Airil sedar itu.

“Boleh lah nanti buat konsert bila bila pergi karaoke nanti" - Airil yang melepasi Qhalisha

“Ha?! Kita nak pergi karoke ke? Yeayy saya pergi sia--" - Qhalisha

“Ehh aku nak mandi nak rehat, Apa pulak nak karokenya eh no no man.. Aku penat banyak kerja semalam, operasi dah la mengejut” - Airil

Qhalisha muncungkan bibir dan angguk. Dia menundukkan kepala dengan sayu. Airil yang sedang menaiki tangga tergelak.

.

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now