“Sa--sampai hati awak Qhalisha” - Airil
Airil kemudian lari daripada situ. Qhalisha yang juga menangis mahu kejar tetapi lengannya dihalang Kayr
PAP!
Satu tamparan yang cukup kuat diberikan kepada Al Kayr. Al Kayr memegang pipinya itu dan tenung Qhalisha
“Kau memang betul-betul melampau kan! Puas la hati kau sekarang?!” - Qhalisha
Qhalisha kemudian berlari mengejar Airil. Dah lah hujan, anak tak ambil lagi. Qhalisha yang cuba memegang tangan Airil ditepis
“Dah la kau pergi lah dengan Al Kayr tu, Dia lagi sempurna lagi baik dari aku” - Airil
“Tak nak!! Awak kan saya dah cakap dari awal saya dah suruh awak hantar si Al Kayr dekat mana-mana hotel ke apa! Sebab ni lah! Awak tak tahu macam-macam dia buat belakang awak.. Saya dah cuba bagi amaran awak tak nak dengar sekarang senang² je hubungan kita hancur?!” - Qhalisha
Airil menoleh dan menatap Qhalisha dalam kebasahan. Hujan lebat betul waktu itu, diorang berdiri dan bergaduh dalam hujan macam orang gila. Dah la tak de siapa bawa payung
“Tapi dia baik orangnya.. Dia dah banyak tolong saya Qhalisha” - Airil
“Baik? Baik?! Macam tu awak kata baik?! Dia tu syaitan bertopengkan manusia lah! Memang patut dari awal dia takdelah! (menangis) Awak tolong jangan tinggalkan saya.. kesianlah dekat Aidil hm?” - Qhalisha
Airil senyap sambil menatap Qhalisha. Qhalisha juga menatap Airil dengan penuh merayu dan sedih. Dia tidak mahu hilang Airil lagi. Dia sudah cukup bahagia dengan Airil yang sekarang. Airil kemudian membuat muka yang sangat marah dan tepis sekali lagi tangan Qhalisha yang cuba memujuk
“Ahh! Kalau si Al Kayr tu takde sekali pun kau bukan nak terima aku balik, kau memang dah tak sayangkan aku dari awal.. Kau gunakan aku untuk Aidil dah la Qhalisha.. betul cakap awak.. Saya ni gila, terlampau gilakan awak sampaikan saya tak sedar effort saya nak pujuk awak tu takkan diterima dan akan dibuang macam ni la.. Dah la Qhalisha, saya faham awak perasaan awak. Saya takkan ganggu awak lagi, Lepasni saya sekadar singgah untuk Aidil je ya? Itu yang awak nak kan.. Maafkan saya sebab buat kita kahwin paksa lagi sekali haritu” - Airil
Airil menolehkan badannya membelakangi Qhalisha. Airil melangkahkan dirinya pergi dari situ namun terhenti apabila Qhalisha menjerit
“Ya Airil! Baik! Saya mengaku saya memang cintakan awak dan tak pernah berhenti cintakan awak! Ya jujur saya suka awak datang cari saya balik! Ya saya tak nak awak pergi sebab sukar hidup tanpa awak Airil, Airil saya cintakan awak tolong lah saya merayu jangan tinggalkan saya buat kali kedua.. Saya minta maaf sebab bersikap dingin sebab saya nak awak tahu macam mana perasaan saya waktu awak abaikan saya dulu! Tapi apa nak buat .. Tak jadi huaaa (menangis dan rebah)”
Airil menoleh ke belakang hanya untuk melihat Qhalisha rebah terduduk dan menangis seperti budak-budak hilang mak bapak. Airil ketawa kecil pergi ke Qhalisha juga duduk bersama. Qhalisha terkejut lalu mereka saling pandang mata antara satu sama lain
“So nampaknya misi saya nak pikat hati awak berjayalah ni? hehehe alololo comelnya Tweety sayang menangis” - Airil
Qhalisha sedar dia sudah digula-gulakan. Dia geram lalu mencubit lengan Airil.
“Aduh aduh aduh!! Sakitt Tweety dah dah huhu” - Airil
“Awak ingat kelakar ke?! Eeee orang dah la sayang dekat dia.. (perkataan sayang dibisik)"
“Apa? Tak dengar la sayang~ Apa awak cakap tadi? Cuba ulang” - Airil
Qhalisha malu lalu memukul peha Airil. Airil ketawa lalu mengusap pipi Qhalisha dengan senyum
“Saya takkan tinggalkan awak lagi Qhalisha.. Saya sayang awak sangat-sangat, Awak amanah saya dan awak milik saya.. Mana mungkin saya lepaskan dengan sia sia kan? I love you sayang” - Airil
“(senyum) I love you moreee thank you Airil saya~ Awaklah hadiah dari tuhan yang paling bermakna” - Qhalisha
Mereka ketawa satu sama lain. Akhirnya selesai juga masalah dan ketegangan antara mereka. Kalau dah jodoh memang tak ke mana kan? Cinta tu memang dah lama mekar dalam hidup mereka
“Ehem ehem.. Dah habis drama dah? Nak demam ke masing-masing ha habistu anak korang tu siapa nak jaga? aku? ehhh no man aku banyak kerja lagi” - Al Kayr
Al Kayr datang sindiran dan payung dibawanya. Qhalisha dan Airil memandang Kayr terus pandang satu sama lain. Mereka ketawa lalu bangun masuk ke rumah
--
“Laaaa abang dah lama rancang dengan Kayr? Abistu semua yang dia buat tu semuanya palsu la bukan perangai dia?”
Airil dan Kayr memandang satu sama lain. Kayr tunduk kepala dan senyum malu. Angguk dengan perlahan
“Kayr ni baik orangnya, sangat respect dengan perempuan. Soft spoken tak baran macam saya.. Bijak, act of service, atlet, berjiwa seni eh semua lah kasi dia.. dia sodok belake” - Airil
“Ahahaha jangan puji lebih² eh Ril aku sepak kang.. Ni pun sebab kau dah banyak tolong aku je sebab tu la aku accept jadi penyondol lelaki ni nyehnyehnyeh” - Kayr
Semua ketawa di ruang tamu. Qhalisha kemudian meminta maaf segala kekasaran yang diberi sepanjang Kayr menginap di rumah.
“Eh takpe.. Saya tak kisah asalkan kawan-kawan saya bahagia tu je (senyum) Sepanjang saya duduk sini korang banyak ajar aku tentang cinta” - Kayr
“Oh ya... Awak single lagi la kiranya?” - Qhalisha
Kayr diam dengan segan angguk. Qhalisha angguk dengan teruja. Airil yang sedar terus sergah isterinya itu
“Amboi, Jangan nak mengada-ngada eh aku ni suami kau tolong ingat ke nak suruh saya letak sticky note Husband Tweety baru kau sedar?” - Airil
“Hahahahah elelele jeles pulak orang tu.. Tapi macam pernah dengar la ayat tu kat mana ek” - Qhalisha
Ketawa hanya memenuhi ruang tamu tersebut. Kebahagiaan memang sah jadi milik mereka.
Selang beberapa hari, Airil dan Qhalisha serta ahli-ahli club of Revenge melawat kubur Harith. Mereka mendoakan supaya rohnya tenang di sana
“Mawar kau nak ikut kitorang makan sekali tak?” - Qhalisha
“Korang pergilah dulu.. Aku nak stay lama sikit dekat sini, aku rindu arwah sangat-sangat” - Mawar
Qhalisha angguk lalu beredar bersama yang lain. Dia tahu Mawar masih lagi bersedih dengan apa yang terjadi. Namun dia redha menerima takdir tuhan.
Begitu juga dengan aku, Hari ni agensi lama Airil membuat jamuan reunion. Kami dijemput sebagai tetamu diundang. Seperti polis yang bahagia bersama rakan sekerja, aku juga bahagia dengan keluarga kecilku ini
“Aidil~~ alololo meh sini dengan uncle sayang alahh comelnya anak Airil ni" - Thaqim yang mendukung Aidil
Perkahwinan yang tak dijangka menjadi cinta yang aku pegang sampai ke syurga, Airil.. Dia memang hamba Allah yang tercipta untukku. Aku sayang dia sebagaimana dia sayangkan negara kami. Aku beruntung dapat menggelar dirinya suamiku, untuk aku.
“I was lucky to believe that the soulmate things exist in this universe, Knowing that I was created for you all this time, you're my sayang, My Tweety, My Qhalisha or to be exact mine” - Airil
TAMAT
Terima kasih sudah baca sampai ke sini~ Saya menghargai semua readers saya yang pemurah lagi cantik hehe~ Kita jumpa dekat next book mungkin akan publish tak lama lagi
yang bertajuk ‘Aku Perisainya’ Saya harap rakan-rakan readers saya support ya byee.
![](https://img.wattpad.com/cover/351824025-288-k181783.jpg)
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...