Pagi itu,
Qhalisha bangun dengan membuka matanya perlahan-lahan. Rasa pelik kenapa tangan rasa dipegang
"(mamai toleh ke kiri dan terkejut, terbeliak mata) AHHH SIAPA KAU" - Qhalisha
Airil terus tersedar akan jeritan tersebut. Dia memandang ke arah Qhalisha lalu mengerutkan kening
"Bising lah aku nak tidur pun kau nak kacau eish dah la (bangun)" - Airil
Qhalisha masih terkejut dia mengekori gerakan Airil yang naik ke atas
"Ab--abang nak pergi mana?!" - Qhalisha
"(berhenti dan toleh) Nak solat subuh la kau tengok tu dah pukul 6.30 dah" - Airil
Qhalisha baru perasan rupanya sudah pagi. Eh jap!! Maknanya semalam Airil tidur dengan aku la OMAIGADD!!
"Kau pergi siap² cepat mandi solat semua hari ni kau ikut aku gi tempat kerja jangan lupa" - Airil
Qhalisha angguk lalu lari ke biliknya. Airil memandangnya menggelengkan kepala
"Apalah nak jadi dengan dia tu mulut bising je memanjang memang sesuai dengan nama Tweety yang aku panggil" - Airil
"Saya dengar la!" - Qhalisha
Airil terus diam lalu pergi ke arah biliknya dan bersiap. Selepas beberapa minit, Airil baru selepas memakai baju dan on the way nak solat. Tiba-tiba biliknya diketuk
"(toleh) Ha kenapa? Tak nak ikut aku ke pergi tempat kerja" - Airil
"Hehehe bukan.. Abang baru nak solat kan? Abang imamkan saya boleh? saya teringin nak solat sekali dengan abang.. kan lagi banya--" - Qhalisha
Airil kemudian mengambil sejadahnya dan keluar ke ruang solat. Qhalisha hanya mengelipkan mata akan tindak balas Airil
"Ha kau tunggu apa lagi? masuk saf sekarang subuh dah nak habis dah ni" - Airil
"H--ha baik baik!" - Qhalisha
Mereka pun berjemaah bersama. Selepas beberapa minit salam pertama dilaksanakan.
"Alhamdulillah.. Abang nak salam!" - Qhalisha
Airil toleh sebelah mata lalu memusingkan badannya. Airil menghulurkan tangan
"Benci benci abang dekat saya pun buat je apa saya nak hehehe sweett" - Qhalisha
"Hemph.. Dah jangan banyak songeh tadah tangan sekarang aku nak berdoa ni" - Airil
Airil berdoa dengan kusyuk. Qhalisha hanya tatap dan berkata dalam hati bersyukurnya dia dapat makhluk Allah yang terlampau sempurna ini
"Amin... dah kau pergi bersiap cepat pakai cantik cantik sikit jangan nak pakai macam tomboy kau selalu buat malu aku" - Airil
"Abang malu ada isteri cam saya? (muncung bibir) Kalau tak suka pun tak yah la hina pakaian saya" - Qhalisha
"(sigh) Kau tu perempuan.. Aku nak kau jadi perempuan lagipun tak elok la kau ada niat nak berpakaian macam lelaki, tak manis" - Airil
"Sooo saya manis lah dimata abang (matanya bersinar)" - Qhalisha
Airil mengeluh. Kalau aku cakap ngan dia ni ada jela jawapannya. Airil kemudian bangun dan masuk ke dalam bilik
"Saya manis la tu~ Hehehe abang pun manis jugaaa kat mata saya" - Qhalisha
Qhalisha kemudian masuk ke dalam biliknya dengan malu tapi confident. Airil yang dengar dari bilik tersengih tanpa disedari
(Di tempat kerja)
Airil datang diiringi Qhalisha. Semua pelatih, Perkerja di situ hanya fokus ke arah mereka. Qhalisha berasa tidak selesa
"Abang! Abang ni memang famous di mana-mana ke? Asal semua pandang kita ni" - Qhalisha
"Kenapa? Tak suka? kalau tak suka kau pergi main jauh-jauh" - Airil
Qhalisha membuat muka menyampah. Eh mamat ni semalam dia yang ajak aku datang tempat ni pastu nak halau aku pula?
"Kawan² aku tu nanti dia bising sikit.. Kau tak payah la layan" - Airil
"Ohh okay abang" - Qhalisha
"Tapi kalau kau nak layan boleh je sebab kau pun sama tak betul ngan diorang" - Airil
Qhalisha terus memberikan pandangan maut. Heyyy! Dia kata aku gila ke apa? Eee dia nia lah sabo je la
(Di office)
"Waaah besarnya office abang~ bau pun wangi mesti best kan jadi polis" - Qhalisha
"Ni pun office baru sebenarnya.. Office lama ada rosak sikit, Ha kau duduk la kat situ kalau ada apa² aku kat meja aku" - Airil
Qhalisha angguk lalu duduk di sofa yang tersedia. Waktu itu juga pintu dibuka
"Itulah aku pun-- Wuishh Airill~ awal datang" - Darwish
Airil hanya senyum dan angguk sambil menuju ke meja kerjanya.
Mereka masuk dan terkejut lalu terjerit. Airil bangun risau
"Ka--kau bawak bini kau ke Ril? Ke ni kelibat mana pulak ni" - Thaqim
Airil mendengarnya dan tergelak.
"Ya aku bawak bini aku, Saje nak suruh dia rasa office baru ni juga" - Airil
"Eleh padahal tak boleh berpisah langsung dengan bini dia kan kan Qhalisha kan" - Safwan sambil on the way ke meja
"Ha ah~ Airil ni kerek pastu ego pula tu padahal kat rumah--" - Qhalisha
"Ehh ehhh kau jangan nak buat cerita eh, betul la aku nak kau datang sebab nak tunjuk office baru ni je alamak ai" - Airil
Qhalisha hanya nyenye Airil. Airil bengang tapi malas nak layan terus duduk dan mula buat kerja. Kawan yang lain ketawa melihat gelagat pengantin baru itu
(4 jam kemudian)
"Dari kanan cepat jalan!" - Airil kepada squad
Maka pelatih² semua terus berkawad. Qhalisha hanya tengok dari jauh. Dia admire suaminya sebab kelihatan sangat hensem
"Tengoklah tu.. Dengan tingginya, Musculine, jawline tajam tuu suara sedap ahhh terAiril-airil akuu" - Qhalisha
Qhalisha sangat sibuk angau dalam dunia sendiri. Dia sedang duduk sambil ayunkan kaki
Namun, keselesaannya hanya sebentar
"You ni Isteri Airil Fayyadh ke?"
Tegur seorang perempuan. Qhalisha terus bangun dan menghadapnya
"Siapa... " - Qhalisha
"Sayang~ You buat apa kat sini (meletakkan tangan ke atas bahu)"
Qhalisha memandang ke arah suara itu pula. Matanya membeliak
"Farish Asyraf!"
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...