Qhalisha menarik Airil keluar dari Universiti serta cancel kelas petangnya. Qhalisha mengerutkan muka namun Airil masih dengan muka selambanya
“Awak memang suka susahkan saya ke? Tak cukup masa kahwin awak dah buat ni dah cerai pun awak nak buat! Macam budak-budak” - Qhalisha
“huh, budak-budak? Eh budak-budak ni la selamatkan kau dari kena sexual tadi tau. Aku just protect apa aku punya je” - Airil
“Sape cakap saya awak punya? Awak jangan nak anggap saya ni barang eh” - Qhalisha
Airil kemudian sharp menatap Qhalisha. Qhalisha mula gugup. Airil mendekatkan diri perlahan-lahan secara seductive. Qhalisha menelah air liur
“Selagi awak bernafas... awak saya punya Rasydyana Qhalisha dah jom" - Airil
“Ehh nak pergi mana?” - Qhalisha
“(roll eyes dan tarik Qhalisha suruh ikut juga) Ikut je lah banyak mulut pula” - Airil
Airil membawa Qhalisha kepada motor superbike miliknya dan memakaikan helmet. Mereka pergi dengan meninggalkan bunyi yang kuat.
Mereka akhirnya sampai pada sebuah cafe yang agak aesthetic. Airil kemudian dengan gembira masuk
“Tunggu apa lagi kat situ? Jom lah" - Airil
Qhalisha agak segan dan ragu-ragu. Airil kemudian memaksa dengan menarik tangan Qhalisha. Apabila masuk mereka disambut dengan mesra
“Selamat kembali tuan, Jemput duduk” - Pekerja
Qhalisha hairan. Airil ketawa dan membawa Qhalisha duduk di tempat favorite. Airil kemudian memberitahu supaya buat menu baru yang dikeluarkan hari ini
Airil menatap Qhalisha yang masih bingung. Airil menarik nafas dan explain
“Lepas je mission tu selesai, Saya berhenti jadi polis.. Ada hasrat nak fokus dengan awak tapi tak jadi (senyum hampa) awak kecewa sangat dengan saya so selama 6 tahun berseorangan ni saya bukak cafe ni dengan nama awak, awak tak perasan?” - Airil
Qhalisha masih diam. Dia mengenggam tangannya dan masih melihat sekeliling kedai. Cantik, kemas. Memang style Qhalisha
“Nama cafe ni RQ cafe.. stand for your name, and kalau awak tengok lukisan kat setiap dinding ni.. Awak akan perasan urutan perjalanan cinta kita.. First date and banyak lagi la (ambil menu) ni.. menu banyak saya masukkan tentang keunikan awak hihihi menu pasal gajah pun ada” - Airil
Qhalisha tersentuh. Qhalisha check semua apa yang dikatakan Airil. Benar tiada satu pun yang mamat ni tipu. Airil kemudian menjadi lebih serious
“Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak Qhalisha, sayang sangat.. Awak memang stand out dalam hidup saya yang gelap ni.. Saya rindu sangat dengan awak sampai buat semua ni.. Pekerja kat sini pun tak ramai sebab ramai yang tersuka dengan saya hahahaha tapi ya lah.. Awak tetap pemenangnya.. saya sayangkan awak sampaikan saya sanggup korbankan semua demi awak, jujur saya masih nak fix balik semua ni.. Masih lagi letak harapan hidup kita akan jadi macam dulu tapi... tapi saya tak mampu saya tahu. Saya takkan mengalah Qhalisha itu janji saya! Awak dah susah payah buktikan waktu kita kahwin dulu kini giliran saya pulak” - Airil
Gugur air mata Qhalisha apabila mendengar luahan isi hati Airil. Dia lemah, dia tak mampu menipu lagi namun ego Airil sudah pun menguasai dirinya. Qhalisha kesat air mata, waktu itu makanan sampai, mereka hanya makan dengan suasana yang sunyi
(Hari berjalan seperti biasa)
Qhalisha berlari dalam hujan menuju ke sekolah untuk mengambil Aidil. Qhalisha terhenti apabila Airil sampai dulu yang sedang melutut mengusap rambut Aidil
“eh mama lah papa! mamaaa” - Aidil
Airil menoleh ke arah Qhalisha yang berdiri dalam hujan. Dia kemudian membuka payungnya dan bawa Aidil kepada Qhalisha. Qhalisha masih terkaku dan matanya hanya ikut gerak geri Airil.
“Saya tahu jadual awak pack sangat hari ni saya tengok dekat bilik lecturer waktu rehat itu lah saya ambik Aidil ni alang² hujan pulak” - Airil
Airil kemudian menoleh kepada Qhalisha yang lama menatapnya. Dia kemudian senyum dan mengambil tangan Qhalisha suruh pegang payung. Dia mencabut hoodie yang dipakai lalu disarungkan kepada Qhalisha. Dia mengambil payung semula dan memimpin tangan Aidil
“Dah jom kita balik, Nanti hujan makin lebat kot kot kita yang terpelanting kang” - Airil
Aidil ketawa akan lawak papanya itu. Mereka berjalan menuju ke rumah Qhalisha. Masuk² rumah dengan keadaan yang basah
“Aidil sayang pergi mandi dulu ya? Lepastu siap² kita makan ubat demam pula nanti" - Qhalisha
Aidil angguk dengan riang. Dia berlari ke arah bilik tidurnya. Qhalisha menoleh ke arah Airil, dia meletakkan tapak tangan ke atas dahi Airil
“Awak pun nak makan ubat sekali tak? Takut nanti balik demam pula” - Qhalisha
Airil tiba-tiba menjadi manja dan angguk sambil memuncungkan mulut. Qhalisha memandang dengan muka judge namun dia hanya pergi membawa diri ke dapur. Airil baru nak ikut tapi disergah
“Ehh aip!! Tak boleh lebih-lebih awak kena tunggu kat pintu nanti saya bawa ubat.. Kita ni bukan suami isteri dah, pastu tiba-tiba awak datang kita sembumbung tak manis orang nampak nanti tunggu situ!” - Qhalisha
Airil mengeluh dan hanya tunggu. Dia menyandarkan dirinya di pintu, lama juga tunggu Qhalisha ni cari ubat sehingga ada sinaran di matanya. Dia kemudian senyum sinis
Tak manis kan? Bagus² kau ni bijak lah Qhalisha.. Kau ingatkan aku, Airil mengeluarkan telefon dan call seseorang
(Selang beberapa minit)
Aidil siap mandi dan duduk di ruang tamu seperti disuruh Qhalisha. Qhalisha menghampiri Airil dengan membawa 2 biji panadol dan segelas air suam
“Nah, (hulur satu biskut) makan dulu ni pastu baru telan panadol nanti masuk angin pula” - Qhalisha
Airil angguk. Dia ambil kesemua tersebut dan makan biskut yang diberi. Dia mahu menelan panadol namun dikacau oleh satu ketukan dari seseorang
“Aik? Siapa pulak tu? Awak cuba tepi sikit.. Tak pon awak buka nak tengok” - Qhalisha
Airil hanya ikut arahan Qhalisha. Dia menelan panadol dan minum seteguk air kemudian membuka pintu, Qhalisha membulatkan mata apabila sekumpulan itu bercakap
“Kami dari majlis jambatan agama mendapat aduan ada pasangan yang tidak sah berdua-duaan dalam rumah ni betul ya cik?” - Jais
Qhalisha kemudian menatap Airil. Airil juga menatap Qhalisha dan mengenyit sebelah mata. Qhalisha mula stress
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Aksi[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...