Airil kelihatan tenang menonton televisyen. Qhalisha duduk di sebelahnya dengan jarak 1 meter
"Dia ingat ini zaman covid ke apa, haih nasiblah dari sisi pun hensem" - Qhalisha
Airil sangat fokus dan kadang² tergelak dalam dunia sendiri sebab cerita kelakar
"Abang saya nak tanya sikit boleh?" - Qhalisha
"Apa benda kau ni jangan kacau aku la" - Airil
"Awak cuti ni sampai bilaa? Kerja awak ni selalu keluar malam kan? Memang Inspektor tak friendly eh? Ha lagi satuu awak cubalah jangan kasar sangat kita dah kahwin dah pun" - Qhalisha
Airil mengeluh. Dia jeling kepada Qhalisha
"Kau ni memang tak reti senyap ke? Bernanah telinga aku ni ha dengar kau mengarut" - Airil
Airil bangun dan macam biasa nak ke atas tapi berhenti
"Aku cuti sampai lusa je, ya aku akan rajin keluar malam kalau pagi tu maknanya betul betul luar biasalah kes tu, Buat apa nak friendly dengan orang tak penting? Eh kau ingat eh aku kahwin dengan kau atas kertas je, terpaksa.. Dah aku nak naik atas kau jangan nak memekak kat atas pulak" - Airil
Airil beredar. Qhalisha kelip mata. Laju betul mamat ni berkata-kata. Bekas rapper agaknya
"Wow.. hahaha tak penting, Tak pe tak pe kau tunggulah sampai kau makan kata kata sendiri" - Qhalisha
-
-"Teruk sangat sakit kamu Qhairina.. jom la kita buat rawatan sayang? Mak tak nak hilang kamu please..? " - Faridah
Qhairina yang dari semalam demam, batut dan selesema. Sakit perut semacam menggelengkan kepala
"Ala.. Sikit je ni Mak, tak pe Qhairina boleh tahan lagi ni, Lagipun tak nak la nanti ayah tahu pasal penyakit ni.. kesian dia, dah tua" - Qhairina
Faridah sayu dan diam. Dia tidak sanggup kehilangan anaknya sorang lagi. Hidupnya cukup sunyi
"Kalau Qhalisha ada.. Dia mesti boleh gembirakan kamu.. Maaf Qhai, mak tak dapat jadi ibu yang baik buat kamu berdua" - Faridah
"Ish apa Mak ni, mak dah lahirkan kami tu pun dah cukup baik tau? Lagipun dah sampai masa Qhalisha bahagiakan diri sendiri pulak.. dia dah banyak tolong adik" - Qhairina
Mereka berdua senyum dan berpelukan. Tipulah padahal baru je Qhalisha pindah tapi dah rindu. Dia tu ibarat vitamin rumah kalau ayah tak ada.
-
-Qhalisha keluar ke kedai runcit berhampiran nak beli barang² buat kuih. Ya lah diorang kan jiran baru kena bagi barang sikit
"Rm50 semuanya ya" - Cashier
Qhalisha mengeluarkan duit dan mahu meletakkan di kaunter. Tingkah laku terhenti apabila
"Nah, ambil yang ni cashier.. Takpe you biar i bayar" - Farish
Qhalisha amat terkejut. Farish Asyraf?! apa dia buat kat sini macam mana boleh terserempak?!
"Tak payah (roll eyes) Cashier awak ambil yang ini.. Duit tu haram (jeling) aku tak nak makan sumber haram! " - Qhalisha
Farish smirked. Cashier takut dan memulangkan duit Farish. Qhalisha kemudian beredar
"Eh eh youu nak pergi mana (pegang lengan Qhalisha)" - Farish
"Eh apa ni Farish?! Dah la lepass aku nak balik aku dah kahwin dah tak boleh pegang sesuka hati" - Qhalisha
Farish ketawa. Begitu comel Qhalisha marah. Tapi makin digenggam lengan Qhalisha. Sakit
"Sini i nak ingatkan you.. I harap you tak masuk campur hal i, I tahu Tiara ada jumpa you sebelum dia mati.. I ada belas kasihan lagi dengan you so i said better you senyap faham?!" - Farish
"(muka dah merah sebab sakit) Sa.. Sakit la Farishh! Lepass! " - Qhalisha
"Oh finally.. I dah boleh dapat Qhairina la kan? (smirked) Akhirnya serba salah i dah berakhir ya lah semenjak you wujud ashik nak kena jaga hati you je" - Farish
Qhalisha dah tak tahan. Sakit sangat Farish ni terkam lengannya. Tak potong kuku ni. Qhalisha hampir menangis
"Woi kau buat apa! Lepaskan tangan bini aku" - Airil
Farish dan Qhalisha pandang ke arah suara. Farish kemudian melepaskannya lalu beredar. Sebelum itu dia wink kepada Qhalisha
Airil mendekati Qhalisha sambil tengok Farish takut datang lagi
"(sambil pegang lengan yang sakit) Dasar lelaki bodoh! Ada kang aku kaki!" - Qhalisha
"(flinch) Amboi, ganas. Baik aku tak payah tolong tadi.. (geleng kepala) kau okey tak? " - Airil
Qhalisha tatap muka Airil. Dia jeling dan beredar balik rumah. Airil terkaku
"Aik? Buat baik pun salah? Aku tengking dia elok je kalau aku buat baik merajuk.. Minah ni otak dia kat kaki ke? " - Airil
"Awak tunggu apa lagi kat situ?!! Cepat balik saya nak awak tolong saya buat Something ni!" - Jerit Qhalisha
Airil flinch lagi sekali. Amboi naik suara nampak. Kau kalau bukan sebab Papa aku dah lama dah lari kahwin dengan adik kembar kau tu
"Sabar lah kejap aduhmak dah la tak cakap terima kasih" - Airil
Airil berlari ikut isterinya dari belakang. Farish yang sudah berada dalam kereta masih memerhatikannya
"Kau ingat Qhalisha.. Walaupun kita dah tak ada apa-apa.. Aku tetap akan awasi kau.. selagi rahsia tu dalam tangan kau.. aku akan jadi pendamping gelap kau.. (smirked) kau tunggu je" - Farish
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...