Harith rebah pada dakapan Qhalisha. Qhalisha mengusap pipi Harith dengan air mata yang tidak berhenti mengalir
“Harith kau kuat kan?! Kau tak boleh pergi lagi! Kau tak boleh tinggalkan aku!” - Qhalisha
Airil dan polis yang lain masih terkejut. Begitu juga Farish yang tanggannya berlumuran darah sambil menggigil. Harith dengan perlahan walaupun sakit menekan butang di loket tersebut.
///
"WALID SUDAH! BERTAUBATLAH.. (dengan suara menangis) Ingat umi! Ingat Allah!" - Fariz
"Kau jangan sibuk! Kau pergi!!" - Walid
"Shamsul bin Yusof! Ayahku.. Walid.. Tolong berhenti anda ditahan atas penyalahgunaan kuasa dan barang serta pengganasan terhadap negara sendiri" - Fariz
///
Semua terkejut. That's it bukti paling kukuh. Penamat segala ribut. Farish keliru lalu mengundurkan diri
“Walid lah villain segala ni Farish... Aku dan Fariz cuma mahu melindungi negara kita.. Sedar Farish tolong” - Harith
Harith kemudian memuntahkan lebih banyak darah. Qhalisha risau dan tidak berhenti nangis. Mawar datang semula juga menangis. Aiman dan Azman sebak di belakang. Polis terdiam.
“Fariz rindu keluarga dia yang dulu.. Rindu hidup yang aman dan sentiasa bergantung dengan Allah.. kenapa boleh jadi sampai macam ni Farish?” - Harith
“Harith sudah.. kau tak payah seksa diri kau lagi cukup berhenti bercakap!” - Qhalisha
Farish akhirnya menangis. Dia agak terganggu dan mamai. Dalam pening tersebut, Walid dan geng² baru muncul di bahagian belakang
“Cukup Farish! Kita kena lari dari sini abaikan mereka! Protect our peace remember?!” - Walid
Farish tersedar. Namun dengan rasa serba salah dia berlari ikut Walidnya. Airil masih lagi terkejut akan Harith yang nyawa² ikan
“(senyum) selesai juga misi kita kan Mawar..? Qhalish... Terima kasih... terima kasih sebab selalu ada dengan aku” - Harith
“Tak Harith (genggam dua pipi Harith) awak dah janji awak takkan tinggalkan saya awak akan jaga saya kan hm? (menangis) jangan macam ni jangan cakap macam tu” - Mawar
Qhalisha hanya menangis bersama Mawar. Harith senyum kepada Aiman dan Azman. Pandangan Harith akhirnya kepada Airil yang masih tidak percaya
“Airil... Tolong jaga Qhalisha elok²... aku sayang dia macam mana aku sayang keluarga aku... Jangan sia² kan kandungan dalam perut dia ya (senyum dan mengalirkan air mata) Aku percaya dekat kau Airil.. Aku percaya jawapan yang kau cari hari ni tepat... ” - Harith
Air mata Airil akhirnya gugur. Lagi-lagi dia tahu akan kandungan Qhalisha. Dia melihat Qhalisha yang lemah menangis.
“Tolong tangkap Shamsul dan Farish hari ni juga... Tamatkan segalanya dekat sini” - Harith
Airil makin menggigil. Dia tidak percaya orang yang selalu dia cemburu, gaduh bakal tinggalkan dia. Safwan kemudian menepuk lengan Airil
“CEPAT AIRIL KITA KENA LARI DARI SINI, KEJAR MUSUH DENGAN SEGERA” - Safwan
Airil sedar dan serba salah nak berganjak namun dijalankan apabila Harith mengangguk
Airil melihat ke arah Qhalisha. Airil berlari ke arah Qhalisha dan mengenggam pipinya“Abang sayang Qhalisha sangat².. Qhalisha kena kuat untuk Harith, untuk abang! Abang minta maaf ya sayang (mengucup dahi Qhalisha) (toleh ke arah Harith dan genggam tangan Harith) Terima kasih bro, ajar aku tentang hidup, aku takkan lupa jasa kau” - Airil
Airil lari mengejar Farish dan Walid meninggalkan isteri yang kesedihan. Mereka tidak berganjak begitu juga Aiman dan Azman
“Aku tahu... Kau pasti ada masalah dengan dia.. aku tahu.. dia mesti dah banyak seksa kau secara mental... Aku kawan kau Qhalish.. tapi apa yang aku boleh tolong.. (muntah darah) dia... dia.. dia ikhlas dengan kau Qhalisha.. dia sayangkan kau sangat².. Kau jangan marah dia ya? Bagi dia peluang sekali lagi untuk dia buktikan cinta dia semula” - Harith
Muka Harith semakin pucat. Qhalisha agak risau begitu juga dengan Mawar. Waktu itu pasukan penyelamat tiba menghampiri mereka
“Aku rasa.. Aku nak jumpa Fariz sekejap dalam mimpi... Aku pergi dulu ya? Aku sayang korang.. Saya pun sayang awak Mawar, sayang sangat..(mengalirkan air mata dan senyum) jaga diri semua.. Assalamualaikum” - Harith
Itulah kata² terakhir yang keluar dari mulutnya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mawar meraung dan menangis sekuat hati, dia tidak boleh menerima bahawa cinta dan nyawanya sudah diragut.
Qhalisha diam dan terkedu. Rakan seperjuangan, abangnya itu akhirnya pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Aiman dan Azman turut sedih cuba mengelakkan pandangan daripada lihat mayat Harith.
--
Walid akhirnya berada di dalam kereta dan menghulurkan tangan kepada Farish untuk naik bersama. Farish kali ini tidak sambut dan terhenti
“Sudah Walid.. kita dah jauh sangat ni” - Farish yang menangis
Walid terdiam namun masih dengan sifat tamak. Dia menjerit ke arah Farish
“KAU DAH LUPA?! MACAM MANA HINANYA KELUARGA KITA DULU? DIORANG NI MANUPULATE JE LA SEDAR LA AKU CUMA TOLONG KELUARGA--” - Walid
“AKU CAKAP CUKUP! (menangis) Aku dah tak nak jadi penyebab Umi dan Abang terseksa dekat syurga nanti” - Farish
Walid menghentakkan tangan. Dia menarik balik tangan yang dihulur. Walid kemudian berkata
“IKUT KAU LAH! AKU DAH TAK NAK KESAH PASAL KAU! KAU PUN SAMA MACAM ABANG KAU YANG TAK GUNA TU” - Walid
Farish terasa. Dia mengenggam tangan dengan geram. Waktu itu, Airil dan team tiba sedia untuk menahan dan menembak dari jauh. Namun Farish mendahului, Dia tengok ke arah pemandu which is PA diorang sendiri
“Aku tahu kau dah cuba sedaya upaya untuk hentikan kitorang.. Maaf, aku terlambat. Maaf sebab selama ni aku butakan mata aku” - Farish
PA tersebut sebak lalu menatap kedua-dua tuannya itu. Walid geram dan memaksa PA untuk jangan berdrama dan terus jalan
“Tembaklah aku. Aku harus dihentikan, Kami harus dihentikan. Terima kasih (sebut nama PA) kau dah banyak berjasa dengan kami” - Farish
PA akhirnya menangis. Dia angguk lalu mengeluarkan pistol dari seat rahsia. Langsung menembak kedua kepala majikannya. Tindakan itu telah mengejutkan pihak polis yang baru nak bergerak.
“Terima kasih juga... dah bagi aku peluang” - PA
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...