C ; 43

399 14 0
                                    

Ikhwan ditumbangkan dengan ganas dan teruk. Mawar meraung menangis kesakitan. Harith membuka ikatan di badannya dengan risau. Harith kemudian menggenggam kedua-dua bahu Mawar.

"Kau okey tak ni?! Dia dah buat apa dengan kau! Cakap Mawar!" tegas Harith. Namun Mawar tidak mampu berkata apa-apa membuatkan Harith lagi marah. Harith menoleh ke arah Ikhwan lalu sambung membelasahnya sampai nyawa-nyawa ikan.

Ikhwan diikat dan dibawa ke suatu tempat setelah dipaksa memberitahu di mana pusat tersebut. Mawar dipeluk dan diusap belakangnya oleh Harith. Harith cuba sedaya upaya Mawar kekal tenang dan selamat bersamanya. Mereka akhirnya sampai di tempat pengumpulan video lucah, Hamzah pun sampai setelah beberapa minit bersama Majikan yang juga diikat

"Kau nak ikut aku tak.. Aku nak godam dan hapuskan sekarang.. Kau tak perlu terseksa lagi bukan salah kau..." - Harith

"(lap air mata) Biar saya sahaja yang hapuskan kesemua video terkutuk tu.. Saya dah berazam lama nak tolong kakak saya Harith" - Mawar

Harith tidak menolak. Dia angguk. Mawar keluar diiringi Harith di belakang. Mawar masuk ke dalam tempat tersebut dan memulakan skill hackernya. Dengan menangis menguruskan video yang tak guna itu.

"Shh... Slow slow Mawar... Kau boleh, Bukan salah kau shhh aku ada... " - Harith

Mawar kemudian menarik nafas dan hembus. Dia menggodam dengan perlahan-lahan. Hapuskan satu per satu. Setelah beberapa jam, video dan platform terakhir terhapus. Mawar toleh ke Harith dan berlari memeluknya

"Harith Saya berjaya... Saya berjayaa! " - Mawar sambil menangis. Harith senyum dan mengusap belakang Mawar. Harith jeling ke Hamzah. Hamzah angguk dan heret kedua-dua penjenayah tersebut

"Dah.. kita kena keluar dari sini" - Harith

"Mission selesaii!!" - Aiman dan Azman

Harith membawa Mawar ke dalam van. Sebelum beredar dia memandang Hamzah. Hamzah memberikan isyarat jangan risau. Mereka akhirnya meninggalkan Hamzah keseorangan
Hamzah mengurungkan kedua-dua penjenayah di dalam pusat terpencil itu lalu keluar.

*Disclaimer, Hamzah dah pakai sarung tangan

Hamzah kemudian memcampak minyak petrol di sekeliling pusat tersebut. Hamzah membakar tempat itu dengan hanya sebiji lighter. Pusat terbakar dengan membara. Hamzah beredar.

-
-

"Maaf cik, Mc deluxe tak boleh nak buat sekarang sebab pekerja pergi tandas tak balik balik lagi kami tak cukup pekerja ni cik" - Pekerja Mcd

Airil bengang. Dia menarik nafas dan diam sementara. Dia kemudian angkat kepalanya dan berkata sebelum melulu masuk

"You know what? Biar aku yang buat, ajar aku resepi dia" - Airil

Pekerja McD dah cuba halang tapi Airil masih bekeras. Mereka pasrah dan hanya membenarkan. Airil mengambil apron lebih dan memakai topi. Pekerja Mcd memulakan pelajaran.

Meanwhile dekat wad kecemasan

"Lamanya ambil angin, pergi makan angin sekali ke?" - Qhalisha

"Hahahahaha dia tengah cari burger la tu~ Airil satu je perangai dia.. Kalau dia nak, dia nak jugak so maybe la" - Rahimah

Qhalisha angguk faham sambil menjenguk kot kot si Airil ni dah datang balik. Time tu juga dokter datang untuk memeriksa

"Kandungan air dah mencukupi ni awak just kena makan je lepas tu nanti kami datang balik, bagi surat pergi farmasi minta ubat pastu boleh la balik rehat" - Dokter

Qhalisha dan Rahimah angguk. Dokter beredar dengan senyuman. Time tu juga perut Qhalisha berbunyi kuat. Rahimah tergelak manakala Qhalisha menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Aduhh mana Airil ni? Aku tengah selera ni kau pergi mana pulak

"Samekom sorry Airil lambat" Airil datang dengan termengah-mengah. Qhalisha dan Rahimah memandang satu sama lain. Rahimah kemudian bertanya

"Ni kenapa nampak letih semacam ni? Pastu ha lama sangat kamu beli makanan ambik angin nye kesian Qhalisha" - Rahimah

"(meletak burger atas laci sebelah) Ha?! Kenapa Qhalisha kau ada kena apa² ke?" - Airil

Qhalisha kedip mata berkali-kali. Risau sungguh dia hahaha. Rahimah ketawa kecil. Qhalisha kemudian senyum

"Ha ah, Saya jadi rindu sekejap tadi takde suami teman saya di sisi" - Qhalisha

Airil jeling lalu menjentik dahi Qhalisha. Qhalisha kemudian terjerit. Airil memberi Mc deluxe yang dipesan. Qhalisha sangat happy tanpa berkata apa dia lahap burger tersebut

"Mhmmm sedapnyaa asal lain sangat eh sedap kali ni? Abang beli Mcd mana ni?" Qhalisha tenung Airil. Airil tersengih namun tidak menjawab. Qhalisha hairan namun malas nak bergaduh dia sambung makan

"Sumpah sedap lain kali kalau nak makan Mcd nak pergi kat cawangan ni la" - Qhalisha

"Tak payah aku boleh buat sendiri kat rumah, membazir tenaga je beli" - Airil

Qhalisha muncung dan sambung makan tanpa tahu burger tu air tangan suaminya sendiri. Airil yang melihat Qhalisha makan lega dan gembira.

(Balik di rumah)

Mama sudah dihantar di rumah. Pukul 5 pagi, Airil dan Qhalisha tiba di rumah. Mereka turun kereta sambil melihat rumah Ikhwan yang sangat ramai orang. Perabotnya diangkat.

"Kenapa pula tu bang?" - Qhalisha

"Entah, Pindah kot? lepas ni tak payah la kau risau kan?" - Airil

Qhalisha kemudian angguk. Qhalisha dipimpin Airil sampai ke bilik. Mereka rehat sepanjang hari tersebut memandangkan Airil juga penat. Qhalisha mengantuk lepas makan ubat.

BERSAMBUNG

C | Airil Untuk Qhalisha Where stories live. Discover now