Qhalisha hanya menjalankan hari seperti biasa. Menaip semua data yang dikumpuli
Sedang menaip, cincin pertunangan menjadi perhatiannyaQhalisha berhenti menaip langsung memegang dan memuji cincin tersebut
"Cantik juga cincin ni ditangan aku HAHAHAH, haih.. tak sangka aku akan berkahwin tak lama lagi" - Qhalisha
"Kau nak kahwin dengan siapa" - Harith
Qhalisha mendengar suara itu terus gelabah. Terus cabut cincin lalu diletakkan di dalam laci
"Tak ada apa hahahaha aku cakap.. Kawan aku yang nak kahwin" - Qhalisha
Harith mengerutkan kening. Qhalisha ni okay ke tak? Bukan kitorang je ke kawan dia
"Lantak kau la, Ha ni thank you sebab dah matikan cip dalam camera tu and aku dah simpan dadah tu semua dalam peti" - Harith
"Ooo tak de hal tapi camera tu kan.. Kau jumpa mana ek? Asal tiba tiba ada kamera tengah tengah bangunan yang kau jumpa dadah tu" - Qhalisha
Harith diam. Tak nak bagitahu apa-apa sebab kalau tak sampai ke cerita Walid terlepas.
"Baguslah korang dah ada kat sini, Tok rasa dah bole ambush tempat scammer tu. Kesian si Aiman duduk lama-lama kat situ menyamar" - Tok Nazir
Harith dan Qhalisha toleh ke Tok Nazir dan angguk. Pak cik Azman pun ada
"Kalau macam tu dah sampai masa kita berlakun jadi mangsa scammer la Cik Azman~" - Qhalisha
"Betul tu~ kalau lama lama Aiman tu tak dapat customer mampus budak tu" - Azman
Harith dan lain lain ketawa. Mereka angguk satu sama lain dan mulakan operasi.
--
Airil mengemas baju di dalam biliknya. Safwan yang kebetulan lalu terhenti
"Kau nak pergi mana Ril? ooo mentang² dapat cuti lama menyempat eh kau.. Tu ha kerja office jangan lupa buat" - Safwan
"(tersengih) ya aku tahu la Wan, Ni ha aku nak balik rumah parents aku dah lama dah aku tak jumpa Mama Papa aku" - Airil
Safwan oooo je. Dia senyum. Airil akhirnya siap kemas.
"Lagipun malam tadi lepas hantar awek aku tiba-tiba Mama cakap rindu aku. So alang² cuti lama sikit ni aku nak balik" - Airil
"Ha yelah yelah, Bawak kereta leklok. Semoga dipermudahkan urusan ya? Haa jangan lupa update awek kau tu" - Safwan
"Hahahah bongok la, yaa baikk nanti kau kirim salam la kat diorang ni ya? Lambat sangat lepak nya tak jumpa la aku" - Airil
Safwan angguk senyum. Airil keluar dari bilik diiringi Safwan. Airil memanaskan enjin. Airil keluar dari rumah sewa dan hon.
(40 minit sebelum sampai rumah)
Airil turun di kedai buah. Takkan la balik tak bawa apa apa kan? Setelah selesai membeli
"Cukup la ni, lagipun bukannya ada ramai sangat dalam rumah aku ngan parents je" - Airil sambik kira buah dalam plastik
Airil kemudian menuju ke kereta, Tanpa disedari, terserempak dengan Qhalisha. Qhalisha berhenti dan menoleh ke arah Airil
"Itu bukan ke Boyfriend si Qhai? Jauhnya sampai ke sini buat apa? " - Qhalisha
Airil pun beredar dari situ. Qhalisha memandang dari jauh
"Hensemnya.. Memang patut pun dia dijodohkan dengan Qhairina" - Qhalisha
"Ada tak buah peach tu Qhalish? " - Azman dari earbud
Qhalisha tersedar dari mimpi. Dia pun mengabaikan kata kata negatif lalu sambung membeli buah buat alas perut sebelum mission berjalan semula
(Di rumah Airil)
Airil masuk ke rumah dengan tenang. Airil membeli salam. Kelihatan Mama Airil sedang masak manakala Papa menonton televisyen
"Mama, Papa Airil dah balikk" - Airil
Terkejut. Anak emas mereka balik tanpa diberitahu Mama terus letak senduk dan peluk si Airil. Papa membuat perkara yang sama
"Lamanyaa kamu tak balik Ril, Papa rindu" - Razalan
"Itulahh mama baru call semalam tak sangka pulak balik hari ni" - Rahimah
Airil sengih. Dia kemudian bau masakan yang sedap dia pergi ke dapur
"Kamu bertuah hari ni mama kamu dia rasa nak masak masakan kegemaran kamu, rindu sangat laaa ni sampai cara macam ni" - Razalan
"Hahahaha Airil pun rindu korang! Ni Airil ada bawa buah nanti kita makan sama sama" - Airil
Diorang ketawa bersama. Tiada yang boleh lawan keluarga bahagia Airil. Airil kemudian memeluk semula kedua parents nya itu.
"Alang-Alang kamu dah balik ni nak.. Mama rasa, papa ada something nak cakap" - Rahimah
Airil membuat muka yang tertanya-tanya. Airil menoleh ke arah Papanya
"(menundukkan kepala sebab bersalah) Ya.. kami ada something nak bagitahu, tapi Airil rehat-rehat la dulu ya? Kita chill² dulu " - Razalan
"Ooookay? Hahahah ya lah Airil masuk bilik dulu la kalau macam tu" - Airil
Mereka pun mengalu-alukan. Airil masuk bilik dengan kehairanan. Razalan dan Rahimah memandang satu sama lain dengan bersalah
---
"Arghh Baik lah baik lah! Kami takkan tipu orang lagi tolong berhenti" - Pengusaha syarikat scammer
Haa tau pun nak menyesal bila dah kene tumbukan dari bekas paskal, Harith
"Mana kau simpan semua duit kau? Kunci? Duit tu perlu dipulangkan dengan segera" - Harith
Semua diam dan takut. Pekerja scammer yang lain diikat dan dijaga oleh Aiman dan Azman. Harith men-acukan pisau kepada leher pengusaha tersebut
"BAIK BAIK SAYA AKAN BAGITAU TOLONG JANGAN BUNUH SAYA" - Pengusaha
Pengusaha tersebut memberitahu code tempat dan cara penyimpanan. Qhalisha yang berada di dalam van mencari tempat dengan komputer ajaibnya ahhaha
"Dah jumpa! Dah boleh teruskan dah Harith" - Qhalisha sambil tersenyum
Harith kemudian angguk selepas dengar dari earbud. Harith pukul pengusaha tersebut dan diletaknya dalam satu tong.
"Kau call polis serahkan diorang anak anak buah mamat ni. Tong ni macam plan, Buang dan hilangkan faham? " - Harith
"Baik faham Harith! " - Tabit Aiman dan Azman
Diorang kemudian melakukan tugas. Harith keluar dari bangunan tersebut dan memakai helmet beredar ke tempat penyimpanan duit yang dikatakan pengusaha
Harith memecut dengan superbikenya.. Setelah beberapa minit sampai
"Apa password peti ni" - Harith bertanya kepada Qhalisha
"Jap (menaip) Haa (menyatakan password)" - Qhalisha
Harith memasukkan password lalu peti terbuka. Melimpah duit. Harith mengetap giginya dan menggenggam tangan
"Keji betul penipu! Nanti datang sini bawa guni, banyak sangat diorang scam ni.. " - Harith
"Siap tuan! hehe" - Qhalisha
Misi selesai. Harith membawa duit itu sebahagian dan letak dalam superbike dia. Aiman dan Azman selesai terus bawa van pergi ke tempat Harith
-
-"WHAT?!? KAHWIN?! " - Airil
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...