Farish melihat semua maklumat terhadap Qhalisha. Dia agak terkejut dan mula faham. Dia menutup file yang diberi oleh pembantu² nya itu
“Aku dah agak.. Tak mungkinlah si Qhalisha tu memang nak senyap nak lupakan apa aku dah buat dengan Tiara kan? Huh rupanya dah rancang lama dengan the fact that Harith? Harith?! Kawan abang aku yang aku percaya sebelum ni? huh untuk balas dendam dengan aku? Siap tubuhkan agensi pulak tu” - Farish
“Tuan nak saya culik diorang dan kita ajar diorang hidup² ke?” - pembantu
“(geleng kepala) Tak, Jadi betulah kata Walid.. Harith memang ambil semula loket abang untuk meneruskan penghancuran ke atas kami, Apa yang abang aku dah buat sampai kau khianat dia macam ni Harith?! (tengok ke arah semua gambar Airil)” - Farish
Farish kemudian mencapai gambar² tersebut dan senyum sinis. Farish ketawa dengan seram membuatkan pembantu-pembantu takut akannya
“Aku tak boleh tangguh lagi, Aku akan hancurkan diorang semua ni demi keadilan keluarga aku! Aku nak kau.. Sediakan dan set up jadual baru hari meeting dan perdagangan kita faham? Aku nak kau upgrade semua barang kita yang rosak buang yang baru simpan kemas elok² lepas tu bagitahu aku bila semua ni dah selesai.. aku nak bagi PDRM dan agensi apa ni? balas dendam? huh.. Biar diorang masuk jerat kita kali ni.. kalau ada yang gagal.. Aku bunuh korang semua FAHAM!” - Farish
Semua tunduk hormat lalu bergerak membuat misi. Diorang merancang untuk memberikan ‘kerja’ kepada PDRM dan club of revenge.. Customer palsu supaya mereka termasuk dan dikurung dalam jerat yang disediakan. Farish tidak sabar akan kejatuhan mereka. Dia juga tidak sabar tak lama lagi.. Hidup dia dan Walid kembali gembira seperti yang direka cerita oleh Walid
-
-Qhalisha dan Airil elok je bersantai di ruang tamu pada petang yang indah itu, Namun Airil dikacau oleh satu panggilan
“Ril, Kita ada misi 740, kali ni misi tu dalam jail.. Aku nak kau datang balai kita bincang dan susun strategi dengan elok.. Kita dah tak boleh main main.. Kita akan start busy mulai hari ni” - Safwan
Airil angguk lalu membawa diri untuk bersiap. Qhalisha hanya lihat tingkah laku Airil yang agak kelam kabut. Airil mahu pergi namun Qhalisha menahan
“Abang, abang kenapa ni? Okay tak? hm.. Ada misi ya? Abang hati² tau.. saya akan sentiasa tunggu abang” - Qhalisha
Airil hanya tenung Qhalisha. Dengan dingin dia angguk lalu beredar dari rumah tersebut. Qhalisha merasa tidak sedap hati. Dia kemudian mengusap perutnya dan berkata
“Doakan papa dipermudahkan urusan ya sayang? Mama yakin.. Papa mesti akan nampak jalan satu hari nanti.. Kita akan hidup bahagia bersama (senyum sambil tahan nangis) ” - Qhalisha
(5 nak ke 6 bulan kemudian)
Airil sangat sibuk. Selalu balik pagi buta. Qhalisha bangun tengok² Airil dah pergi kerja. Serious sangat kes kali ni sampai 5 bulan ambil masa untuk susun plan. Qhalisha sebagai ibu yang mengandung, Kadang-kadang faham keadaan Airil.. tapi ya lah kan? Nak juga perhatian
“Patutke aku bagitahu sekarang pasal kandungan ni? Eh tapi macam ganggu dia je.. Tapi dah 4 bulan dah kandungan ni.. lagi berbaki minggu aku akan berpisah dengan dia " - Qhalisha
Jenuh memikir dari pagi sampai ke petang, nak bagitahu ke tak nak hahaha. Kak Esah sudah bersiap untuk balik kampung
“Qhalisha betul ke boleh duduk sorang² ni? Tak nak pergi rumah mak mertua kamu? Risau pulak akak” - Kak Esah
“(toleh ke Kak Esah dan senyum) Akak jangan risau~ selama ni saya okay je duduk sorang² pandailah saya hehe akak tuu jaga diri elok² ya? dah sampai bagitahu” - Qhalisha
Kak Esah angguk dengan senyuman. Qhalisha menghantarnya ke depan pada taxi yang sudah tunggu 5 minit yang lalu.
Setelah sahaja naik, Kak Esah melambaikan tangan lalu akhirnya pergi. Qhalisha menghembuskan nafas lalu masuk ke rumah sambung berfikir. Penat dia tenung telefonnya
Manakala di side Airil,
“Okay muktamad, Semua laluan prison kita dah tahu .. Orang besar kat situ.. Kata kunci and so on. Sekarang ni masalah dia siapa nak jadi main character?” - Qaidir
Semua diam kerana menjadi Undercover of main character sebenarnya risiko yang sangat besar. Macam bermain dengan ajal. Airil tiada pilihan
“Aku akan jadi psycho tersebut. Aku rela dan redha so malam ni hantar aku dekat prison Yang lain carikan kes untuk aku” - Airil
“Airil seriouslah.. Bahaya ni ril kalau jadi apa² kesian kat bini kau” - Safwan
Airil cuba menerima kenyataan. Dia angguk dan meyakinkan anak team yang lain. Mereka berat nak lepaskan Airil namun turut setuju.
Mereka semua bergerak, Airil baru nak ke bilik senjata besar namun terhenti apabila mendapat panggilan dari Qhalisha. Lama dia tenung telefon tersebut.
“Airil kau tunggu apa lagi kat situ? Kita tak boleh leka ril benda ni kena cepat” - Thaqim
Airil sedar lalu angguk kepada Thaqim. Dia decline dan mematikan telefon bimbitnya. Terus menuju ke bilik senjata dan pertahanan diri bagi persiapan
“Ha..? Kena decline lepastu telefon dia terus mati? Busy sangat ni... Haih aku rasa memang kena hold dulu pasal ni” - Qhalisha
Qhalisha berfikiran positif dan keputusan muktamad, Dia mahu memberikan ruang kepada Airil. Dia pun tahu betapa seriousnya misi 740, Mungkin diorang dah dapat bukti besar? Sebab tu busy memanjang.. mungkin diorang dah tahu pasal Farish? Kan? Qhalisha tutup tv dan naik ke atas.
Airil dalam perjalanan ke bilik khas tersebut. Terserempak dengan Farish dan General Faisal. General Faisal angguk faham
“Kamu.. memang dah tak nak berkhidmat untuk negara lagi, kamu pasti?” - Faisal
“Saya dah tahu dan dapat apa yang saya nak.. Tak baik tangguh² kerja kan (smirked) okay lah tuan saya balik dulu selamat maju jaya PDRM” - Farish
Farish menoleh ke arah Airil yang berhenti. Farish senyum dan tunduk hormat. Dia melepasi Airil dengan senyuman sinis. Airil mengenggamkan kedua tangannya dan merasa hati tidak sedap. Dia menoleh ke arah Farish yang berjalan pergi
“(tepuk bahu) Jangan terganggu dengan dia.. Fokus apa yang kamu rancangkan Airil.. Jangan mudah goyah" - Faisal
Kata-kata tuan Faisal memberikan impak kepadanya. Tak sempat bertanya namun Tuan Faisal sudah berjalan pergi dahulu. Airil mengeluh dan meneruskan perjalanan ke bilik khas.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Airil Untuk Qhalisha
Action[Book 1] Takdir tu betul ke milik kita? Airil Fayyadh -°'°~ Seorang jejaka tinggi lampai. Umurnya 26 tahun .Sosok badannya yang 'muscular' . Sinar matanya sesuai dengan 'jawline' yang tajam. Sesuai sangat lah digelar Inspektor Airil Fayyadh. Ketua...