Bab 3

14.3K 92 2
                                    

Hari ini aku bersemangat !

Alhmaklumlah hari pertama bekerja

Seperti semalam, pukul 7.45 pagi aku dah terpacak di hadapan syarikat. Tetapi aku singgah untuk bersarapan di kedai Mak Zie

Tepat pukul 8.10 pagi, aku mula bergerak memasuki bangunan syarikat di ikuti dengan beberapa orang yang lain.

Tiba di tingkat 15, aku keluar daripada perut lift dan berjalan ke arah pejabat ku. Meja tempat yang Kak Lin tunjuk semalam laju sahaja aku tuju.

Ketika itu, hanya ada tiga orang sahaja di sana termasuk diriku

Aku mula membuka komputer di hadapan ku menggunakan password yang telah di beri semalam dan mula melakukan kerja-kerja ringkas yang telah di berikan oleh Kak Lin

"Hi Rin, selamat pagi"

Kepala aku dongak memandang punca suara

Aku tersenyum kecil membalas senyuman Qila

"Selamat pagi Qila"

Qila membalas senyuman ku

Qila hanya tua setahun daripada ku dan telah dapat masuk ke dalam syarikat ini sebulan lepas diikuti oleh Fiqah.

"Awalnya Rin sampai, Rin naik apa ?" tanya Qila

"Naik bas dan LRT" balasku

Ternganga Qila

"Serius ? Awalnya Rin sampai kalau macamtu. Rumah Rin dekat mana ?" tanya Qila

"Area Damansara" balasku

Qila mengangguk

"Mesti awalkan Rin keluar rumah"

Aku tersenyum kecil

"Nak atau tak memang kena keluar awal. Kalau tak memang terlambat nanti apatah lagi jarak waktu bas kepada bas lain tu jauh beza" kataku

Kalau terlepas bas pada waktu nya, mahu aku kena tunggu 15-20 minit. Terkadang sampai 30 minit. Kan dah terlambat kalau macam tu

"Betul juga ye" kata Qila

Tidak lama kemudian Fiqah turut tiba di tempatnya yang terletak di sebelah kanan Qila sementara tempatku di sebelah kiri Qila. Di sebelah ku pula adalah meja kosong yang tiada penghuni nya

Kami bersembang kecil untuk beberapa minit. Saling bertukar cerita dan pengalaman apabila jarak usia kami tidaklah jauh mana.

Fiqah sama umur dengan ku tetapi dia tidak menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah. Hanya cukup pada Diploma sementara Qila menghabiskan Ijazah nya dan menganggur selama lebih kurang 6 bulan sebelum mendapat kerja ini

Apabila beberapa pekerja mula datang ke dalam ruang pejabat, kami mula memberikan tumpuan kepada pekerjaan kami. Ada kalanya yang aku tidak faham, aku bertanya kepada Qila dan Fiqah

*****

Pada waktu makan tengahari, aku hanya menjamah roti yang aku bawa daripada rumah

Aku tidak merancang untuk makan di mana-mana harini cukuplah roti sebagai santapan.

Aku berlalu ke arah pantry di mana ia terletak di bahagian belakang bersebelahan bilik meeting. Mujurlah di dalam pantry terdapat beberapa biskut kering dan juga minuman paket 3in1 jadi boleh lah aku menambah makan tengahari ku

Aku mencapai mug yang berisi air milo panas yang aku bancuh tadi dan beberapa biskut kering serta roti aku tadi untuk di bawa ke ruangan ku

Sekarang tiada siapa di pejabat ni jadi tak ape kot kalau aku nak makan dekat tempat aku.

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now