Bab 8

9.2K 94 0
                                    

Jangkaan aku apabila berjanji temu bersama Ammar akan menjadi kebosanan apabila aku akan berasa kurang selesa untuk berborak apatah lagi berkongsi apa-apa. Tetapi jangkaan ku meleset sama sekali apabila Ammar pandai membuatkan aku selesa dengannya

Selepas keluar daripada bangunan syarikat, Ammar membawa ku untuk makan di salah satu nasi arab yang terkemuka di Bangi.

Sampai sahaja di sana, kami makan sambil berborak di antara satu sama lain

Pelbagai topik yang kami bincangkan daripada cerita selepas kami berpisah sehinggalah masuk ke topik mengimbau masa-masa lalu. Bermacam-macam cerita yang kami kongsikan di antara satu sama lain

Sungguh aku tidak sangka, sejak berjauhan Ammar semakin petah bercakap dan aku akui dia sangat menjaga tutur katanya. Tidak seperti di office yang aku lihat tiap hari

Kata Ammar, bapa nya telah meninggal dunia 3 tahun lepas kerana COVID 19. Hanya tinggal ibu nya dan adik lelaki nya sahaja.

Bermacam-macam yang diluah oleh Ammar, dia struggles kerana harus memikul beban menjadi satu-satunya yang bekerja ketika itu kerana ibu nya hanya seorang suri rumah dan tidak pernah bekerja. Manakala adiknya pula masih menyambung pelajaran.

Disebabkan itu, Ammar tidak menyambung pelajarannya ke peringkat Degree dan hanya berhenti pada Diploma sahaja

Kata Ammar, pada mulanya dia bekerja di syarikat sebagai internship dan di offer untuk menyambung sebagai staff. Pada awalnya, dia menolak kerana dia ingin menyambung pelajaran tetapi setelah kematian bapanya dia setuju untuk sambung kerja di syarikat tersebut

Ammar bekerja di sana selama lebih kurang 3 tahun lebih dan dinaikkan pangkat selepas Leader Department sebelum ini dipindahkan ke cawangan Kedah. Dia di beri kepercayaan untuk memikul tugas itu

Dia sangat bersyukur kerana boss suka dengan kerjanya yang teratur, tambahan pula dia seorang yang dedikasi dan fast learner. Walaupun baru 2 bulan dinaikkan pangkat, Ammar sudah diberi kepujian oleh investor luar

Untung sungguh Ammar ni

Kami saling bertukar cerita sehingga kedai itu hendak tutup, kami pun tidak sedar akan waktu yang berjalan apatah lagi tidak berasa penat mengantuk bekerja

Sekarang aku rasa menyesal kerana bersangka buruk terhadapnya. Mungkin aku yang terlalu memikirkan sangat

Pukul 11 malam, Ammar menghantar ku pulang ke rumah.

Ye, kami bersembang sehingga pukul 11 malam. Aku pun tidak sedar akan waktu yang berlalu, rasa terpukul sangat dengan kata-kata sendiri

Bila pulang memang disoal siasat oleh Suraya, jadi aku ceritakan semuanya. Memandangkan Suraya setahun tua daripada kami, dia tidak mengingati siapa Ammar

Suraya mengingatkan aku agar berjaga-jaga kerana hati manusia kita tidak tahu. Apatah lagi dengan orang yang kita tidak kenal hati budinya. Aku hanya bersetuju

*****

Keesokkan harinya seperti biasa aku dan Suraya pergi ke kerja menaiki bas dan bertukar ke stesen LRT.

Tepat pukul 8 pagi, kami tiba di kedai Mak Zie

Mataku terpandang seorang wanita berada di belakang Mak Zie sedang membancuh air, mungkin itu Warda

Sudah hampir dua minggu aku bekerja di sini, hari ini barulah aku dapat melihat Warda

"Assalammualaikum" Mak Zie ucap Suraya

"Waalaikummussalam, lambat hari ni" tanya Mak Zie

"Bas lambat hari ni Mak Zie" balas Suraya

"Nak nasi lemak ke ?"

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now