Aiden membawa ku ke tingkat paling atas rumah itu iaitu ruangan tingkat tiga. Di ruang tingkat tiga ini hanya terdapat satu bilik sahaja, tiada ruang lagi selain bilik ini. Berbanding dengan tingkat 2 yang terlihat beberapa bilik di kiri dan kanan laluan
Aiden membuka pintu bilik itu dan menarik ku masuk ke dalam. Aku hanya mengikut sahaja tanpa membantah
Masuk sahaja ke dalam bilik itu, terbeliak mataku memandang sekeliling bilik. Kakiku secara automatik berjalan sendiri menikmati kecantikkan bilik ini
Bilik ini sungguh luas, sungguh cantik umpama rumah di dalam bilik
Aku dah tak peduli tentang Aiden yang sedang melihat aku dengan senyuman kepuasan, kaki ku atur ke arah sliding door yang besar di sudut bilik. Dari sini, aku boleh melihat dengan jelas kawasan persekitaran rumah mewah ini
Tersentak aku apabila sepasang tangan sasa memeluk erat badanku daripada belakang, dagu di labuhkan lembut di sebelah bahu kananku.
Siapa lagi kalau bukan Aiden
"Awak suka ?" Aiden bersuara di telingaku
Meremang bulu roma aku mendengar suara halusnya di tepi telingaku.
Kepala ku anggukkan laju, apabila segala organ tubuh badanku terkaku tidak tahu mahu bertindak apa
Jantung aku tak payah cerita, aku rasa dah ghaib dah
Beberapa minit berlalu, kedudukan kami masih sama. Hanya deruan nafas yang memecah kesunyian antara kami, Aiden seperti tiada tanda mahu melepaskan aku
"Tu.. Tuan" tergagap aku memanggil
Aku dengar Aiden mengumam, menyahut panggilan ku. Tangannya masih utuh memeluk erat tubuhku ke arah badannya
"Sa.. Saya nak mandi" aku menjawab
Tersentak aku apabila Aiden mencium lembut pipi kananku sebelum dia melepaskan pelukannya di tubuhku. Tangan ku di tarik membontotinya ke pintu yang berada satu sudut bilik
"Jom mandi sekali" Aiden bersuara sebaik kami sampai di depan pintu
Terus terhenti langkah, mandi sekali ?
Gulp
Ma..
Mandi se...
Mandi sekali ?
Aku rasa sekarang tubuh aku dah ghaib
Haa seramnya
"Kenapa ?" Aiden bertanya
"Mandi sekali ?" aku bertanya meminta kepastian
Aku rasa dah tercekik air liur bila Aiden mengangguk laju, muka dia boleh pula tu tayang selamba.
Muka aku rasa dah pucat
Tangan kiri aku yang bebas dari genggaman Aiden naik menguis baju.
Itu salah satu habit aku kalau nervous
YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...