Bab 13

6.6K 122 0
                                    

Aku melihat jam tangan ku

Pukul 5 petang

Hanya tinggal lagi 30 minit sahaja untuk hari kerja berakhir

Aku memandang tempat duduk Fiqah yang masih kosong selepas kejadian tadi

Entah ke mana dia pergi

Kelibatnya pun hilang selepas aku ke surau

Barangan penting seperti beg tangannya juga sudah tiada

Aku ingin meminta maaf kepadanya tentang apa yang sudah terjadi

Kerana aku, dia berasa seperti itu

Haih

Aku tak tahu harus berbuat apa sekarang ini

"Rin..."

Aku mengalih pandang ke arah Qila

Aku tersenyum kecil

"... Kenapa Rin ? Sakit ke ?" tanya Qila

Aku mengeleng kecil

"Fiqah ke mana ?" tanyaku

Qila mengangkat bahu tanda tidak tahu

"Tapi beg tangan dia tak ade" kata Qila

Aku mengangguk faham

Aku mengeluh perlahan

Baru sahaja Qila ingin bersuara, ada satu suara yang menyapaku

"Hi princess"

Aku memandang Ammar dengan pandangan kosong

Matanya turun naik memandang pelik ke arah tanganku yang berbalut dan wajahku yang kusut

Dahinya berkerut

"Kenapa ni ?" tanya Ammar

"Encik Ammar tak tahu ke kenapa ? Apa yang Encik Ammar dah buat ?" tanya Qila

Nada suaranya sedikit tinggi daripada biasa

Aku memegang tangan Qila dan mengeleng kecil

Tanda jangan memberitahunya apa-apa

"Tadi lepas saya hantar Fiqah, saya sambung meeting dengan client dekat luar..."

".... Kenapa ni ?" tanya Ammar

Aku mengeleng kecil

"Tak ade apa Encik Ammar, saya terkena air panas sikit" balasku

Ammar diam seketika memandangku

"Masuk bilik saya, ini satu arahan" kata Ammar

Baru sahaja aku ingin bersuara, Ammar sudah bergerak ke biliknya

Aku mengeluh kecil

Aku tak nak cari nahas lagi

Kalau dibuatnya jika Fiqah tiba-tiba kembali ke sini, kemudian melihat aku dan Ammar dalam satu bilik

Haih

Entah apa lagi yang akan jadi

Aku hanya membatu di tempatku tanpa bergerak

Mungkin melihat aku tidak bergerak, Ammar kembali ke tempat ku

"Sabrina, saya cakap masuk bilik saya..."

"... Sekarang"

Dari riak suara Ammar, aku tahu dia sedang memberi arahan dengan tegas

Aku mengeluh lagi

Bangun dari duduk, aku berjalan ke bilik Ammar

Masuk sahaja ke dalam bilik Ammar, dia menyuruh ku duduk di hadapannya

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now