Bab 12

6.7K 126 0
                                    

"Hi Rin"

Aku hampir mengeluh apabila mendengar suara itu

Walaupun aku tidak melihat gerangan daripada siapakah suara itu tetapi aku dapat mengangaknya

"Rin okey ? Semalam kata period pain kan ? Kenapa datang kerja ?" tanya Ammar

Aku memandang Ammar dengan senyuman tawar

Entah macam mana yang aku perlu cakap

Dia kawan ku tetapi tingkah nya membuatkan aku rasa serba salah

Aku rasa selesa dan serba salah dengannya kerana sering menolak ajakkannya tetapi apa yang aku boleh buat. Fiqah, kawan aku juga tetapi dia salah faham tentang hubungan kami

"Dah okey dah" kata ku senada

"Rin dah lunch ? Kalau belum, kita lunch sekali nak ?" balas Ammar

Aku mengeluh lagi

Mataku memandang Qila disebelah

Qila memandangku sambil membuat isyarat mata, aku faham akan isyarat itu

Bagus juga idea Qila ni

"Apa kata kalau Encik Ammar ajak Fiqah ? Lagipun Fiqah lunch sorang" kataku

Niatku hanya satu

Seperti yang Fiqah minta awal-awal perkenalan kami, dia ingin aku kenen kan mereka dua

Aku harap dengan cara inilah yang dapat menyejukkan hati Fiqah daripada terus dingin denganku

Dan aku mahu dia tahu yang aku tidak ada apa apa dengan Ammar !

"Kenapa ? Rin tak sudi ?" tanya Ammar

"Rin rasa tak selera makan sebab period kan, apakata Encik Ammar ajak Fiqah je" balasku

Aku memandang Fiqah yang baru sahaja keluar daripada pantry

Matanya naik memandang kami dan untuk seketika dia berhenti melangkah untuk beberapa saat sebelum perlahan-lahan ke arah kami. Mungkin dia terkejut melihat Ammar berada di sini

"Fiqah bukan lunch dengan Qila ke ?" tanya Ammar

"Kalau Encik Ammar nak lunch dengan Fiqah. Saya lunch dengan Rin" kata Qila

Serentak itu Fiqah tiba di tempatnya

Ammar yang perasan kehadiran Fiqah terus memandangnya

"Fiqah nak lunch sama ?" tanya Ammar

Fiqah nampak terkejut dan terkaku buat seketika

Rasa nak tergelak pun ada, mungkin tak menyangka Ammar akan mengajaknya

Fiqah memandang aku dan Qila sekilas sebelum kembali memandang Ammar

"Lunch sekali ?" tanya Fiqah

Untuk kepastian mungkin

Ammar mengangguk

Aku dan Qila menyaksikan mereka memandang antara satu sama lain

Ini rupanya tengok drama real life

"Yess, nak ?" tanya Ammar

"Nak nak" laju sahaja Fiqah menjawab

Setelah beberapa hari, barulah aku lihat senyuman Fiqah

Lamanya tak nampak Fiqah macam ni

Ceria dan cheeky

"Jom"

Laju Fiqah mengemas barangnya dan terus keluar bersama Ammar

Aku dan Qila berpandangan antara satu sama lain dan tertawa

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now