Bab 5

11.6K 97 1
                                    

Hari minggu pertama untukku setelah bekerja di syarikat Nadim Holdings Berhad.

Aku bersyukur sangat minggu pertama aku ni semuanya berjalan lancar. Kebanyakkannya aku hanya buat kerja yang diperlukan dan membantu rakan-rakan yang lain.

Tetapi bermula semalam, aku sudah punya kerja yang teratur dan memenuhi job scope ku sebagai seorang pekerja di jabatan HR.

Walaupun sangat berlainan daripada apa yang aku belajar tetapi aku tetap boleh selitkan dan aplikasikan di dalam pekerjaan ku

Aku bersyukur juga kerana Suraya banyak membantu aku, dia banyak tunjuk ajar tentang segalanya di dalam dunia pekerjaan. Dia juga turut membantu aku daripada segi kewangan, almaklumlah hidup di kota ni keras

Aku ada sahaja duit baki daripada peninggalan Mama dan Papa, duit zakat yang diterima dan juga duit tabungan aku tetapi telah ku asingkan kebanyakkannya untuk makan, tambang bas dan LRT. Selebihnya aku telah gunakan semasa memindahkan barang daripada kampung ke sini dan juga duit deposit rumah sewa

Nasib baiklah, roommate Suraya terdahulu mahu pindah kerana telah mendapatkan pekerjaan di tempat lain. Jadi bolehlah aku pindah masuk. Walaupun agak jauh daripada tempat kerja tetapi harga rumahnya boleh tahan murah untuk orang yang hidup di kota

Bersyukur juga aku dan Suraya bekerja di dalam satu kawasan yang sama cuma bangunan tempat kerja Suraya selang 2 blok sahaja daripada ku. Boleh lah dia menemaniku pergi dan pulang

Aku amat terhutang budi kepada Suraya sekeluarga, mereka banyak membantu aku membesar setelah kematian ahli keluarga aku.

Entah apalah nak jadi jika mereka tiada.

Walaupun Suraya tua setahun daripada ku tetapi kami sekampung dan berkawan daripada kecil. Apatah lagi adik beradiknya semua lelaki, jadi akulah menjadi teman kecilnya

Selesai sahaja mandi, aku memulakan hariku dengan mengoreng cekodok tepung untuk sarapan. Air minuman pula, aku bancuh milo panas

Suraya pula masih tidur, bukan kerana tidak sihat tetapi semalam dia tidur lewat kerana menyiapkan kerjanya.

Nasib baiklah dia boleh membawa kerja itu pulang kalau tidak, betapa lah dia di dalam pejabat.

Selesai dengan sarapan, aku mula membersihkan bilik ku dengan membersihkan kipas siling terlebih dahulu dan diikuti dengan mengelap segala meja dan cermin yang berhabuk sebelum menyapu lantai yang penuh dengan rambut gugur

Almaklumlah perempuan

Melihatkan rambut ku yang gugur ini terasa pelik kenapa aku tidak botak. Rambut gugur ni kalah orang sakit

Selesai dengan menyapu segala habuk, aku menyambung dengan menge-mop lantai

"Morning Rin"

Aku mengalihkan pandangan ku ke arah Suraya yang baru sahaja bangun tidur

Mata pun tak buka penuh lagi dik

"Morning" balasku

"Awalnya kau bangun" kata Suraya sambil menguap

Aku tertawa kecil

"Awal apanya, dah pukul 11 dah Su" balasku

Suraya hanya mengumam

"Dah cepat mandi, aku ada buat cekodoh tepung. Pergilah makan..."

"... Jadi tak nak keluar beli barang ?" tanya ku

Memang aku dan Suraya telah merancang untuk membeli barang dapur hari ini. Hanya barang keperluan basah yang utama seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now