Bab 29

6.5K 108 0
                                    

Naik sahaja ke dalam kereta mewah itu, tangan Aiden terus mencari tanganku. Di genggamnya erat tanganku dan di letakkan di atas pehanya menjadikan kedudukan ku dekat dengan Aiden

Sepanjang perjalanan, kami berbual kecil.

Hanya Aiden yang banyak bertanya perihal diri ku manakala aku pula lebih memilih untuk menjawab soalannya sahaja

Tak berani pula aku nak tanya apa-apa, takut nanti tersalah tanya. Aku yang naya nanti

Walaupun dia sudah berjumpa Mak dan Abah tapi dia tidak tahu tentang perjalanan hidupku

"Awak memang rapat dengan Suraya ke ?" Aiden bertanya

Aku mengangguk kecil

"Kami dari satu kampung yang sama, memang saya rapat dengan dia sejak sekolah rendah lagi. Sejak Mama dan Papa meninggal masa saya umur 16 tahun, keluarga Suraya lah yang sanggup jaga saya sampai sekarang" aku mula bercerita

Tersenyum kecil aku apabila teringatkan Suraya

Boleh dikatakan kami ni mempunyai jodoh yang kuat. Dari mendapat universiti yang sama sehinggalah tempat intern

Cuma apabila naik bekerja sahaja, Suraya memilih kerja yang di minati di syarikat lain dan aku pula di syarikat lain tetapi syarikat kami berdua tetap berdekatan antara satu sama lain

"Macam mana Mama dengan Papa meninggal ?" soal Aiden lagi

Untuk seketika aku terdiam

"Kemalangan, langgar lari" aku bersuara perlahan

Tiba-tiba terasa sebak di dada apabila teringatkan orang tua ku. Walaupun sudah 8 tahun berlalu tetapi aku masih lagi berasa sedih dan terkilan kerana kehilangan kedua-dua nya sekaligus

Untuk umurku yang masih muda ketika itu, sudah pasti aku berasa sangat tidak berguna dan berasa tidak adil. Untung sahaja aku masih mempunyai kekuatan untuk berdiri dan jadi seperti sekarang

Entah apa yang terjadi andai aku terlalu ikutkan kata hatiku dulu

Dapat aku rasakan tanganku yang di genggam oleh Aiden di kucup lembut olehnya

Mungkin dia sedang memberi aku kekuatan.

"Maaf ye, buat awak sedih" kata Aiden

Aku tergelak kecil

"Tak ade apa. Bukan salah tuan, dah memang nasib saya macam ni"

Aku mengalihkan pandangan ku ke arah Aiden apabila merasakan tanganku di genggam erat. Dapat aku lihat wajahnya sedikit tegang, matanya sesekali memandangku dan jalan

"Saya janji tak akan buat awak nangis lagi. Saya janji dengan nyawa saya sendiri" Aiden berkata perlahan tetapi dapat aku dengar

Aku sedikit tersentak dan dalam masa yang sama terharu dengan kata-kata Aiden

Untuk kali pertamanya, orang selain Suraya memahami apa yang aku rasakan

Walaupun aku tidak tahu nasib yang akan menimpa kami berdua tetapi sekurang-kurangnya aku masih punya kehidupan yang sederhana ini

Tiba-tiba rasa nak menangis

Haih nak period lah ni, emosi sangat

Aku kembali mengalihkan pandangan ke arah jalan yang sedikit sesak

Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Waktu orang balik kerja

"Saya sebenarnya nak tanya benda ni dah lama tapi tak tahu macam mana nak tanya" Aiden tiba-tiba bersuara

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now