Bab 10

9.5K 105 0
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat Nadim Holdings Berhad bersama kuih muih yang aku beli di kedai Mak Zie

Keadaan keliling masih senyap

Tiada orang

Awal sangat ke aku datang ?

Selalu ada beberapa orang yang sedang menunggu lift, tapi ini langsung tiada sesiapa

Aku menekan butang atas pada lift dan menunggu ia tiba

Sedang aku menunggu, konar mataku menangkap susuk tubuh yang sedang berjalan ke arahku

Ada juga orang yang dah sampai, ingat tadi ada cuti apa-apa yang aku tak tahu

Aku memandang sekilas dan tersenyum

Nak tunjuk ramah lah konon

Eh kejap

Dahiku berkerut

Aku salah nampak ke ?

Perlahan-lahan kepala ku pusing ke arah sebelah kananku di mana seseorang sedang berdiri

Terkelip-kelip mataku memandangnya

Jejaka segak berbaju kod kemas berwarna biru gelap dipadankan dengan kemeja putih berserta beg bimbit di tangannya dengan belahan rambut yang sempurna dan berkilat

Dia sedang memandang lift di hadapan kami yang masih belum tiba sambil tangannya yang bebas di masukkan ke dalam kocek

Wajah handsome nya yang membuatkan sesiapa sahaja yang memandang pasti akan cair

Tapi aku sekarang sedang keliru

Apa dia buat dekat sini seawal pagi ini ?

Mungkin sedar akan pandangan ku, jejaka itu bersuara

"Something wrong ?" dia bersuara

Sedar akan perbuatan ku, cepat-cepat aku membetulkan posisiku.

Tergeleng-geleng kecil aku

Aduhai Sabrina

Sumpah apa yang aku dah kena ni

Semalam hampir langgar kereta mewah dia

Hari ini, satu tempat kerja dengan dia

Seriusly ?

Ting

Buka sahaja lift, dia terlebih dahulu masuk ke dalam diikuti olehku

Senyap

Memang senyap sahajalah ruang itu apabila hanya kami berdua di dalam

"Awak, nak interview ke ?" tanyaku

Ringan pula mulut aku bertanya

Manalah tahu dia anak orang kaya yang dipaksa oleh ayah dia bekerja dekat company orang lain sebab dia selalu habiskan duit mak bapak dia

"Pardon ?"

Nak kering air liur aku apabila dia menjawab seperti itu, rasa takut pula

Mungkin dia bukan datang untuk interview

Entah-entah dia ke sini nak jumpa girlfriend dia, manalah tahu dia baru balik dari luar negara lepastu nak surprise kan girlfriend dia ke

Tapi awal pagi sangat dia datang kalau nak surprise pun

Haih

Banyak sangat aku ni tengok drama sampai macam-macam aku fikir

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now