Bab 22

5K 114 0
                                    

Aku memerhatikan taman yang ada disekelilingku di penuhi dengan bunga daffodils dan bunga kegemaran ku iaitu bunga Tulip

Terasa sangat tenang

Aku tersenyum kecil menghirup udara segar di sini

Sangat nyaman

Satu-satunya taman bunga yang aku memang teringin sangat nak pergi kerana mempunyai bunga kegemaranku

Alhamdulillah

Bersyukur aku dapat menjejakkan kaki ke sini

Aku memandang satu bunga tips berwarna kuning yang terbentuk elok di taman itu

Aku mencangkung dan membelainya manja

Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah

"Myy"

Terdengar suara si manja memanggilku

Aku memandang ke arah punca suara tersebut

Aku tersenyum melihat seorang budak lelaki sekitar 3 tahun berlari ke arahku

Di tangannya ada sekuntum bunga tulip berwarna kuning

Sampai sahaja di sisiku, dia memberikan bunga itu kepadaku

"Tuk Myy tik" katanya

"Untuk Mummy ?" tanyaku

Aku ambil bunga itu daripada genggamannya

Laju sahaja dia mengangguk

Aku tersenyum kecil, kucupan lembut aku berikan ke pipi gebunya

"Terima kasih sayang Mummy" balasku

Serentak itu, ada seorang lelaki berbadan sasa dan berpakaian jaket tebal berwarna hitam berjenama Moncler muncul di belakangnya

Aku mendongak melihat jejaka itu

Aiden ?

"Happy Birthday My Sweetheart" katanya

Aku mengalih pandang ke tangan Aiden, dia sedang memegang sebungkus bunga tulip berwarna kuning di dalamnya

Aiden menghulurkan bunga tulip itu dan serentak itu aku bangun daripada cangkungan ku

Bungkusan bunga itu aku capai

"Ada 26 kuntum semuanya sempena 26 usia Sayang" balas Aiden

Aku rasa terlalu terharu dan gembira sangat

Aku memandang Aiden dengan penuh kasih sayang

Masya Allah, handsomenya Aiden

"Terima kasih Biy" kataku

Aiden tersenyum dan mengucup lembut dahiku

Ciuman itu turun ke hidung dan kedua-dua belah pipiku sebelum hinggap sekilas di bibirku

"Sama-sama Sayang" ucap nya tanpa serba salah

"Biy ni" kata ku manja

Aiden tergelak kecil

Aku membuang pandang ke arah budak lelaki yang bermain dengan rama-rama

Masya Allah terasa bahagia nya aku

Semoga kami sentiasa bahagia begini sehingga hujung nyawa kami

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now