Aku mengaminkan doa ku setelah selesai membaca doa.
Di dalam doa, aku meluahkan segala isi hatiku dan memohon ampun atas dosa-dosa ku serta iman yang teguh dengan memuji kebesaranNya
Aku membuka telekung dan membetulkan rambutku yang kusut. Rambutku yang sepanjang bawah dada, aku ikat tinggi agar kelihatan kemas. Telekung tadi aku lipat rapi dan simpan di dalam beg telekung yang kecil
Aku mengeluarkan pula beg kecil yang penuh dengan produk penjagaan muka
Aku ni tak adelah makeup sangat, sebab aku lebih kepada menjaga kulit
Aku menyapu semula moisturizor, serum dan sunscreen jenama Wardah sebelum memakai bedak compact dan lipstik jenama Maybeline.
Haih tak pandai lah aku nak makeup makeup ni
Tengok orang makeup retilah
Selesai semuanya, aku mula memakai stokin dan beransur keluar daripada surau kecil tersebut
Baru sahaja aku mahu menarik pintu, ia terbuka dari luar
Fiqah
Kami berpandangan untuk seketika sebelum dia mengalihkan pandangan dan dia ?
Menjeling ku ?
Tak akanlah
Mungkin firasat aku je kot
Aku hanya tersenyum
"Fiqah nak solat ke ? Nak pinjam telekung Rin ?"tanyaku
Fiqah sering membawa balik telekungnya kerana tidak mahu tinggal di sini dan akibatnya dia sering terlupa membawa telekung nya keesokkan hari. Akj dan Qila pula sering meninggalkan telekung kami di sini
Aku memandang Fiqah yang menanggalkan kasutnya dan terus masuk ke dalam surau tanpa berkata apa-apa
Dia hanya membiarkan persoalan ku tergantung sepi
Okey
Dah kenapa dia tu
Aku ada buat salah ke ?
Haih entahlah, perempuan
Aku mengangkat bahu
Tak apelah, bak kata Qila. Mungkin period
Aku berlalu keluar ke ruangan pejabat yang terletak di bahagian kanan lift, sementara toilet dan surau terletak di sebelah kiri lift
Duduk sahaja di tempat ku, aku tidak dapat menahan diri daripada mengeluh kecil
Aku mula terasa suasana yang tidak best
"Amboi, mengeluh kuat tu kenapa ? Banyak kerja ?" tanya Qila
Mataku alihkan ke arah Qila, senyuman ku ukir kecil
"Tak ade apalah" balasku
Qila hanya membalas senyuman ku
Aku mula meregangkan ototku sebelum menyambung kerja
********
Me
Su, aku balik lewat sikit nak siapkan kerjaSuraya🤍
Lambat sangat ke ?Me
Tak pun
Maybe setengah jam je
Pukul 6 aku balikSuraya🤍
Okey
Aku tunggu
Nanti dah nak balik bagitahuMe
OkeyAku menutup phone dan mula fokus ke arah screen komputer
Lagi sikit je nak siap !
![](https://img.wattpad.com/cover/247118955-288-k159969.jpg)
YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...