Aku memandang siling bilikku yang berwarna putih
Haih
Aku mengalihkan pula pandanganku pada dinding aku tengok
Tepat pukul 7.30 pagi
Tadi selepas subuh, aku berbaring kerana bercadang untuk kembali tidur tetapi tidak boleh tidur sehingga sekarang
Badan aku terasa lemah untuk bangun
Tetapi terlalu segar untuk tidur
Haih
Aku bangun dari pembaringanku dan membuat senaman kecil.
Terasa segar tubuh badan ku selepas bermalas-malasan
Aku melangkah ke ampain dan mengambil tuala, bersedia untuk mandi
Keluar sahaja daripada bilik tidur, bilik mandi di ruang dapur menjadi tujuan ku untuk membersihkan badan
Aku juga turut menekan mesin basuh agar berjalan, jadi selesai mandi.
Boleh lah aku sidai baju lepas mandi
Selesai sahaja mandi, aku mula memakai baju dan seluar panjang. Senang nak keluar sidai baju nanti
Aku mengambil kesempatan untuk solat dhuha juga, agar rezeki yang datang meluas
Selesai solat dhuha, aku duduk di hadapan meja solek ki
Nak sapu ubat dulu ke eh ?
Aku melihat wajahku di dalam cermin
Teruk juga luka, mahu orang terkejut tengok aku
Aku membuat keputusan untuk sapu cream sahaja di celahan bibirku yang berdarah
Cukuplah tu
Dapat kurangkan bengkak di wajahku ini
Selesai dengan itu, aku berlalu ke dapur untuk menjerang air dan membancuh teh o panas
Untuk sarapan, aku rasa mahu mengoreng roti telur sahaja
Macam sedap
Ting ting
Terdengar sahaja bunyi mesin basuh baju berhenti, aku menangguhkan dahulu niat ku untuk membuat roti telur.
Aku letakkan baju bersih ke dalam bakul kosong dan bersedia untuk menyidai di luar rumah
Aku memakai tudung sarung terlebih dahulu sebelum keluar untuk menyidai baju dihadapan rumah
Sempat juga aku singgah di bilik Suraya dan seperti biasa dia masih tidur
Memang kalau cuti, dia akan tidur sepuas hatinya sehingga aku kejut untuk bersarapan
Haih
Sedang aku menyidai baju, ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah ku
Dahiku berkerut
Siapalah pula ni
Ada seorang jejaka keluar daripada kereta yang aku pun tidak tahu jenama apa
Tak akanlah orang hantar barang ?
Selalunya mereka akan hantar menggunakan motor atau van dan bukannya hantar melalui kereta mewah seperti ini
Orang kanan Aiden ke ?
Rasaku ini bukan orang kanan Aiden yang menghantar kami semalam kerana bentuk tubuhnya yang lebih kecil dan tidak begithu sasa pada pandanganku
Dia juga mempunyai potongan rambut yang berbeza serta wajahnya penuh dengan-
Senyuman ?
Wow pertama kali orang disekeliling Aiden tersenyum
YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...